“Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di
kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke
negeri orang. Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan.
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.
Aku melihat air menjadi rosak kerana diam
tertahan.
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak,
akan keruh menggenang.
Singa jika tidak tinggalkan sarang tidak
akan dapat mangsa.
Anak panah jika tidak tinggalkan busur
tidak akan kena sasaran.
Jika matahari di orbitnya tidak bergerak
dan terus diam,
Tentu manusia bosan padanya dan enggan
memandang.
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum
digali dari tambang.
Kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu
biasa jika di dalam hutan.”
(Mutiara kata oleh Imam Syafie)
Allahuakbar! Hebat kata-kata orang yang berjuang.
"Bangunlah untuk menyongsong urusan besar yang sedang
menantimu dan tugas berat yang akan dibebankan kepadamu. Bangunlah untuk
berjuang dan berusaha dan bersusah payah. Bangunlah, waktu tidur dan istirehat
telah berlalu.. Bangunlah dan bersiapsiagalah menyongsong urusan ini.."
(Mutiara kata oleh Syed Qutb)
Tiada istilah rehat di dunia. Yang ada cuma istilah penat mengejar dunia. Tiada lagi lelah, keluh-kesah. Tiada lagi makna kalah. Ayuh segera bertukar arah agar hati condong ke akhirat. Moga Allah kuatkan ikatan hati kita agar sama-sama berlumba-lumba mengejar mardhatillah dan kebahagiaan yang hakiki, insyaAllah..

No comments:
Post a Comment