Social Icons

Pages

Tuesday, 2 July 2013

Panduan solat bagi wanita yang sakit untuk bersalin

Panduan solat bagi wanita yang sakit untuk bersalin: 

“Contoh situasi yang diberikan adalah seorang pesakit yang merasa sakit hendak bersalin, bukaan serviks baru 3cm. Darah dan air ketuban mula membasahi kaindan katil. Dalam menahan sakit, azan Subuh berkumandang. Wanita tersebut ingin menunaikan solat namun bimbang keselamatan janinnya sekiranya bangun berdiri. Sekitar tempat berbaring dikotori dengan darah. Pesakit yang berada dalam keadaan sakit akibat kontraksi rahim, perlu membersihkan diri dan pakain terlebih dahulu sebelum menunaikan solat.

Apa yang dialami pesakit ini dikira sebagai situasi darurat yang mengharuskan perkara yang dilarang. Dia harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwudhu. Dia juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana dia memang akan bersalin bila-bila masa dan waktu Subuh yang pendek.

Walaupun terdapat darah yang keluar pada masa itu, ia dikira sebagai darah fasad (rosak). Hukum darah fasad sama seperti darah istihadah. Pesakit perlu berusaha terlebih dahulu memenuhi tuntutan syarak yang asal bagi menunaikan solat. Sebagai contoh, sekiranya dia mampu mengelap darah dengan tisu ataupun kain bersih di tempat dia berbaring, maka dia perlu lakukan itu. Sekiranya dia mampu membuang alas yang kotor itu, maka dia perlu juga lakukannya walaupun tidak dapat mencari alas yang bersih sebagai ganti. Lebih baik dia solat di atas katil tanpa alas dan kotor sedikit dibandingkan bersolat di atas alas yang tercemar dengan kotoran dan najis secara langsung. 

Kemudian, dia perlu menggunakan air bagi berwudhu. Mintalah segelas ataupun sebotol air. Basuh ataupun ratakan air pada anggota wudhu yang wajib iaitu muka, tangan hingga ke siku, sebahagian kepala dan kaki. Basuhan atau sapuan itu dilakukan sekali sahaja iaitu bilangan wajib. Bagi menutupi aurat, memadai jika pesakit berselimut menutupi seluruh badannya sehingga ke kaki. Dia juga bertudung lengkap ataupun meletakkan kain yang dililit menutupi rambut. Kemudian pesakit boleh bersolat dalam keadaan duduk ataupun berbaring menurut kemampuan.”

[Perkongsian daripada buku Fikah Perubatan terbitan PTS dan PAPISMA, ms 231.]

Buat para doktor, insyaAllah mungkin kita boleh cuba curi masa sikit & ambil peluang untuk beritahu para pesakit bahawa solat masih wajib ditunaikan dan jika ada suami pesakit yang menemani di labour room,adalah lebih baik jika si suami diminta untuk membantu isterinya untuk berwudhu.(kalau tak silap saya, kebanyakkan labour room di Msia membenarkan si suami untuk menemani isteri di labour room sementara menunggu proses bersalin). Jika tiada, mungkin boleh minta junior nurse/midwife bantu pesakit untuk berwudhu. Masih ada lagi segelintir wanita yang keliru dengan darah tersebut dan menganggapnya sebagai nifas. Perlu ingatkan juga pesakit untuk menutup aurat di labour room, Alhamdulillah ramai yang bertudung tapi disebabkan baju pesakit yang berlengan pendek(bagi sesetengah hospital), terdedahlah sedikit aurat. Eloklah kalau dapat ditutup dengan sweater. Wallahualam

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text