Alhamdulillah
Allah izinkan & permudahkan perjalanan family saya ke Ireland (termasuklah
anak saudara, Fiedhia yang baru setahun setengah masa tu). Bila family dapat
datang ke Cork, tu antara hadiah yang sangat special daripada Allah, Alhamdulillah..
InsyaAllah saya kongsikan sedikit tips yang sempat saya cari & beri kepada
kakak saya untuk handle Fiedhia semasa dalam long haul flights
Penang-KL-Amsterdam-Cork. Huhu, kesian kat family, terpaksa travel lama. Yelah,
kalau estimate total journey, it took 19 hours (including transit). Dalam
flight KL ke Amsterdam ambil masa 12+ hours. Before this, paling lama pun
parents pernah travel untuk umrah & haji, dan flight ambil masa lebih kurang
6-8 hours. Alhamdulillah they managed well, Fiedhia pun sangat2 excited naik
her first flight. Selalunya yang merisaukan ibu-ibu adalah space flight yang
limited, anak-anak meragam dalam flight dan jet lag.
Gambar fiedhia tengah excited kt airport ^_^
So
few tips to handle baby/kids for a long flight journey. Thanks to izyan jugak
yang tolong2.
1. Make sure semasa booking
untuk flight ticket, check if basinet is provided. Basinet ni macam baby cot
yang kecil dan ada certain measurement. Kalau tak silap, maximum length is
78cm. So kalau baby yang dah besar, tak muat dan si ibu perlu mendukung anak
semasa dalam flight. Kalau nak bawa stroller, make sure check kids luggage
rules. InsyaAllah stroller boleh check-in ataupun boleh bawa sampai ke pintu
flight and ambil semula bila arrive at destination. Kalau boleh, pilih flight
yang akan travel waktu malam supaya mudah anak-anak nak tidur.
2. Bagi ibu yang kurang
selesa mendukung anak untuk tempoh yang lama, dinasihatkan untuk membeli seat
untuk anak (bagi anak yang dah boleh duduk). Kebanyakkan flight tidak
menyediakan tempat asing untuk kanak-kanak. Kalau tak silap, bayaran dikenakan
untuk tax.
3. Pastikan pakaian yang
dipakai oleh anak adalah pakaian yang selesa. Kalau nk fly ke negara yang
sejuk, tak perlulah pakai tebal semasa dalam flight. Bawa coat/knitwear dalam
handluggage dan just pakai bila dah kapal dah landing di negara tersebut.
Kesian kt anak-anak kalau panas dalam flight. InsyaAllah suhu dalam flight
boleh dikawal secara personal. Kalau tak tahu, boleh tanya kepada stewardess,
jangan biar anak-anak sejuk J
4. Antara barang-barang yang
perlu dimasukkan dalam hand luggage (beg yang dibawa masuk ke dalam flight) :
botol susu kosong (insyaAllah air suam boleh diisi dalam flight nanti), susu
tepung, shawl/selendang (bagi yang breastfeeding, bolehlah guna shawl semasa menyusu
dalam flight nanti), pakaian extra untuk anak-anak, lampin pakai buang, alat
permainan/storybooks (jika flight lama, bawa 4-5 toys, especially new toys
supaya diorang tak cepat boring. Cuba sembunyikan sedikit toys ni supaya
diorang tak nampak dan si ibu boleh control bila nak bagi new toys. Make sure toys
yang dibawa tiada air/peralatan tajam. Boleh guna Apps on smartphone jugak),
snack (walaupun dalam flight nanti ada disediakan snack, just bawa je supaya anak-anak
tak cepat lapar dan kadang-kadang, si anak akan cerewet dengan inflight meal.),
minyak angin/balm yang selalu digunakan bila anak kembung perut, baby lotion
& powder, baby wipes.
5. Risau jet lag? ada yang
bagi tips suruh sediakan anak-anak mengikut local time. Maksudnya, kalau nak
fly ke London yang mempunyai beza waktu 7 jam lambat daripada Malaysia, pastikan
anak-anak tidur mengikut waktu malam London. Ada jugak yang bagi tips, just
ignore je. Yang penting, pastikan diorang tenang pada hari nk fly. Kalau fly
waktu tengahari, pastikan before fly, anak-anak aktif atau busy bermain.
insyaAllah diorang akan letih & mengantuk semasa dalam flight nanti. Ada
yang suggest untuk ajak si anak bermain masa kat airport nanti. Ajak lompat atau
lari-lari anak (hehe tapi kalau malu, control2 lah sikit, hehe). Tapi semua
tips ni bergantung kepada individu. sometimes, it works, sometimes, not.
During
travelling:
- Baca bismillah, doa minta Allah permudahkan perjalanan. Jangan lupa bawa dokumen anak jugak (passport/MyKid).
- Ada jugak yang suggest supaya menyusukan anak semasa take-off supaya telinga si anak berasa selesa. Kalau bayi, dia tak mampu nak beritahu si ibu pasal telinganya yang rasa terseumbat ketika take off, so dia akan menangis jelah. insyaAllah kalau menyusu, diorang akan rasa lebih selesa. Kalau kita yang dh dewasa ni, bolehla kunyah chewing gum.
During
arrival:
- Jaga anak-anak. Jangan biar diorang terlepas. Kadang-kadang diorang sangat excited sampai terlupa parents diorang.
- Pastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya bila tiba di hotel/rumah. Kadang-kadang kanak-kanak lebih cepat adapt dengan suasana baru dan kurang jet lag.
Jangan
expect perfection during the journey. Hehe, kalau ada masalah ataupun anak-anak
kurang sporting, it’s ok. Just anggap yang kita tengah race in The Amazing Race.
Biasalah budak-budak, excited dengan benda & tempat baru.. ;) Enjoy the
journey!
No comments:
Post a Comment