Social Icons

Pages

Sunday, 25 May 2014

Panduan memohon kerja sebagai pegawai perubatan UD41

Alhamdulillah tahniah kepada adik2 di Cork yang baru bergelar Dr, moga Allah mudahkan lagi urusan2 yang akan datang. Baru-baru ni ada seorang Jr yang bertanya tentang langkah2 selepas grad dan memohon kerja. Rasanya lebih baik jika saya tulis disini dan moga bakal2 Dr di tempat lain juga dapat manfaatnya.Jika ada yang terkurang/tersilap, boleh maklumkan ya! :)

Kerjaya sebagai Dr memang mencabar, baik dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani. Akan ada masa di mana tahap selfesteem seperti rollercoaster, ada masanya tinggi, ada masanya rendah. Sebagai langkah pertama, dekatkan diri kita dengan Allah. Lakukan solat istikharah dan moga Allah mudahkan urusan kita dan diberikan kekuatan.

Gunakan masa lapang yang ada ini untuk ulangkaji, bila dah kerja nanti insyaAllah masanya sangat terhad. Gunakan masa ni juga untuk kutip sebanyak mungkin ilmu agama, hadiri tamrin/daurah, dan menyumbang dalam kerja amal. Dapatkan sebanyak mungkin tarbiyah dan tazkiyatunnafs yang akan menjadi bekalan di saat kita lemah nanti. Dan yang paling penting, sebelum mengisi apa2 borang mohon kerja, perbetulkan niat kita bekerja sebagai doktor kerana Allah.

Langkah awal bagi adik2 yang ingin memohon kerja:

1. Dapatkan dokumen daripada pihak univ:
- dean's letter yang mengandungi nama seperti dalam IC
- transcript (minta sebanyak mungkin)
- medical degree

Dapatkan sebanyak mungkin salinan dokumen ini dan dapatkan pengesahan salinan. Sebahagian daripada dokumen ini akan digunakan sehingga mendaftar di hospital nanti:
- kad pengenalan, sijil kelahiran
- sijil SPM
- dean's letter (rasanya cukup untuk buat 2 salinan
- transcript
- medical degree
- sijil pengakuan sementara MMC (akan diperolehi selepas mendaftar di MMC)
- laporan medical checkup, surat akuan sumpah, surat setuju terima perlantikan, surat perlantikan jawatan (yang akan diperolehi selepas interview SPA nanti)
- surat panggilan ke Program Transformasi Minda (rasanya cukup 3-4 salinan, bergantung kepada hospital requirement)

2. Mengisi borang SPA online

Borang yang perlu diisi adalah Borang SPA8i. Borang ni boleh diisi secara online di website SPA (http://www.spa.gov.my/Portal/ ). Borang ini boleh diisi semasa adik2 masih di luar negara dan belum graduate. Lagi awal lagi bagus :)

Selepas 3 hari bekerja, adik2 boleh hubungi pihak SPA 03-8885 6000 bagi memilih tarikh interview Pegawai Perubatan Gred UD41. Pihak SPA akan menghubungi adik2 untuk maklumkan tentang tarikh interview. Mungkin adik2 boleh rancang masa untuk hubungi pihak SPA, just in case pihak SPA hubungi ketika adik2 masih di luar negara. Tiada surat akan diberikan mengenai interview, jadi jangan lupa detail yang pihak SPA akan maklumkan nanti. Interview mungkin akan diadakan 2 kali sebulan di bangunan SPA Jalan Cenderasari, KL dan juga di Kompleks Kerajaan di Putrajaya.

3. Mendaftar diri di Malaysian Medical Council (MMC)

Langkah seterusnya adalah mendaftar diri di MMC, di Jalan Cenderasari, bersebelahan Masjid Negara, KL.

Ada beberapa borang yang perlu diisi dan salinan dokumen yang perlu disahkan:
- dean's letter daripada med school. Surat ini mestilah mengandungi nama adik2 seperti dalam IC (jika ada binti, wajib ada Binti juga dalam surat ini). Jika ada kekurangan pada nama dalam surat ini, adik2 perlu terlebih dahulu mendapatkan akuan sumpah dan surat baru yang akan mengesahkan dean's letter tersebut. Perkara ini boleh dielakkan jika adik2 sempat untuk minta med school & univ admin untuk register Binti kepada nama adik2 dan dapatkan dean's letter.
- IC, sijil kelahiran, sijil SPM
- transcript
- medical degree
- borang perakuan pendaftaran sementara & fitness to practice declaration form. Borang ini perlu didownload di website MMC http://mmc.gov.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=54&Itemid=89 Seingat saya borang ini tidak perlukan salinan.

Urusan mungkin mengambil masa 15min - 1 jam bergantung kepada masa kita tiba di sana. Jika datang semasa hampir lunch hour, mungkin akan ambil masa yang lebih lama. Bawa dokumen asal dan salinan yang disahkan. Sijil Pendaftaran Sementara akan diberikan setelah urusan selesai.

Alamat MMC:
Majlis Perubatan Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Block B, Ground Floor,
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur
Tel: 03-22628480


4. Menghantar borang BMD di KKM Putrajaya

Dokumen/salinan yang disahkan dan diperlukan:
- Borang Maklumat Diri - download di website dan diisi http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/981
- IC, sijil kelahiran
- Sijil SPM, dean letter, transcript, degree
- Sijil Pendaftaran Sementara MMC

Alamat KKM:
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Bahagian Sumber Manusia,
Unit Pengurusan dan Professional,
Aras 9, Blok E7,
Kompleks E,
62590 Putrajaya.
Tel: 03-88833888

5. Melapor diri di MARA
Urusan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tapi bagi yang tinggal jauh dari KL, adalah digalakkan untuk selesaikan secepat mungkin. Bagi pelajar JPA, wajib lapor diri dalam tempoh sebulan setelah tiba di Malaysia.

Dokumen yang diperlukan:
- 3 salinan ijazah
- 3 salinan transcript
Mengisi borang di pejabat MARA:
- Borang Lapor Diri di Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) 
- Borang Tuntutan Elaun Akhir Pengajian (EAP) di BPP (bagi yang dah dapat semasa di luar negara, tak perlu isi borang ni)
- Borang Pengurangan Kredit di Bahagian Kawalan Kredit (bertentangan BPP)

6. Menghadiri interview SPA
Boleh rujuk previous entry saya bagi sedikit perkongsian tentang interview SPA.

Selepas menghadiri interview, insyaAllah jika lulus, adik2 akan menerima surat lantikan. Di dalam surat lantikan ini disertakan juga borang medical checkup dan surat akuan sumpah. Sementara menunggu surat panggilan PTM, selesaikan secepat mungkin.

7. Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM).
Lebih kurang 4-6minggu selepas interview, adik2 akan mendapat surat tawaran PTM yang wajib dihadiri. Dokumen yang diperlukan akan disertakan dalam surat nanti. Maklumat hospital yang dimohon akan dimaklumkan dalam surat yang akan diberipada malam hari pertama di PTM. Peluang untuk membuat surat rayuan diberikan tetapi keputusan bergantung kepada keadaan.

8. Lapor diri kepada Pengarah Hospital & Jabatan Kesihatan Negeri.
Urusan ini bergantung kepada hospital masing-masing dan keperluan dokumen mungkin berbeza mengikut hospital.
Secara umumnya, dokumen/salinan yang diperlukan:

- salinan IC, sijil kelahiran, sijil SPM, transcript, degree, sijil pendaftaran sementara MMC, surat tawaran lantikan, surat tawaran PTM
- salinan IC ibu bapa
- salinan medical checkup
- salinan surat pendaftaran KWSP
- salinan bank statement yang disahkan

Hopefully, perkongsian ini membantu adik2. Moga Allah permudahkan semua urusan kita insyaAllah.. ^_^

12 comments:

  1. Salam sejahtera! Graduasi saya Januari 2015, tetapi di dalam borong online SPA ruangan tahun graduasi hanya sampai 2014. Bolehkah saya memohon dengan 2014?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. InsyaAllah boleh2. Kebanyakkan HO start housemanship sebelum graduasi. insyaAllah tak jadi masalah.

      Delete
  2. Salam :) Salinan2 dokumen dalam perenggan no.7 & 8 (selain bank statement)perlu disahkan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. saya tak pasti wajib disahkan ataupun tak bagi document utk PTM. bagi hosp, mostly tak wajib sahkan except bank statement

      Delete
  3. MashaAllah! This is extremely useful! Thank you so much :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. hopefully dpt membantu adik2 :)

      Delete
  4. Sekarang, pendaftaran untuk memilih tempat housemanship boleh di buat melalui internet. Apa pandangan anda? Patutkah saya ikut langkah di atas sepenuh nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti apa requirement/steps dalam online form. mungkin boleh guna sharing saya if applicable. insyaAllah saya dapat new info nanti saya update

      Delete
  5. Semasa lapor diri, setiap dokumen perlu ada berapa salinan? Satu? Dua atau tiga salinan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapor diri di hospital ke? bergantung kepada requiremement hospital tersebut.. jika lapor diri di Mara, perlu bawa 3 salinan

      Delete
  6. Salam. Nak tanya. Sy student tahun akhir luar negara. Lepas isi borang online spa8i tu, bila kita akan ada interview? Boleh ke lepas grad nanti?

    ReplyDelete
  7. Salam. Nak tanya. Sy student tahun akhir luar negara. Lepas isi borang online spa8i tu, bila kita akan ada interview? Boleh ke lepas grad nanti?

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text