Social Icons

Pages

Tuesday, 18 March 2014

Travelog United Kingdom: London

Alhamdulillah sepanjang 5 tahun di Ireland, saya dan rakan-rakan sempat melancong ke London 3 kali. tak termasuk flight transit lah. Setiap kali takkan sempat nak travel keseluruhan London. Sedikit catatan rumusan lawatan ke London. Mana tahu, maybe Allah rezekikan saya untuk ke sana lagi in the future, boleh rujuk notes sendiri :)

Penginapan

Kami menginap di Malaysian Hall, Bayswater, London. Harganya lebih murah sikit
untuk students dan lokasinya dekat dengan restoren makanan halal. Bagi yang
mencari masakan Malaysia, boleh makan di kantin Malaysian Hall. Pekerja kantin
ni memang pekat betul loghat Kedah, hehe.. Makanan halal lain (Chinese, Indian
dan Arabic) mudah untuk dijumpai di sepanjang jalan dari Malaysian Hall ke
Bayswater tube station.



Pengangkutan
- bagi yang sempat menghabiskan masa seharian di London, boleh memilih untuk
menaiki Hop-on-hop-off bas, tapi saya lebih prefer naik tube/underground sebab
lebih murah tapi takde tourist guide lah, kena pandai2 survive cari info and
ask Mr Google. :)
- bagi yang ingin menaiki tube untuk sehari penuh, digalakkan untuk membeli day
ticket, boleh dibeli menggunakan Oyster card.


Tourist attractions:

Tower Bridge (commonly known as London Bridge)
- a must visited place. cantik view di sini.. selalunya orang datang ke sini untuk bersiar-siar dan bergambar. takde special aktiviti sangat di sini.




Big Ben
- antara mercu tanda London. Jam ini dah berusia lebih 100 tahun. (Hehe dah seusia dengan Masjid Zahir Alor Setar)




London Eye
- saya tak pernah naik London Eye/ferris wheel ni. selalu tak sempat nak pergi. kalau berminat, bolehlah pergi, terletak di seberang Big Ben, kiranya kena cross bridge ataupun naik tube.

Trafalgar Square
- bagi yang berminat untuk ke muzium, boleh ke sini. di sini, terdapat national museum, saya kurang berminat, so saya just bersiar-siar di luar muzium. 



Oxford Street
- bagi yang suka shopping, boleh singgah di oxford street. Saya pernah singgah
oxford street masa first time ke London tapi saya kurang berminat sikit. Maybe
sebab kurang offer dan harga agak mahal. Kalau yang berminat shopping barang
branded, boleh shopping di Harrods jugak tapi seingat saya, kena naik tube ke
jalan lain. As usual, saya window shopping je di London. Kalau nak betul2
murah, boleh ke London time Boxing Day (day after Christmas). Personally,
tempat shopping yang paling best adalah di Ceshire Oak, salah sebuah factory
outlet terletak agak outskirt di Liverpool. Di situ banyak barang yang branded
pada harga factory yang affordable, contohnya kasut Sketchers & Clarks,
pakaian sukan Adidas, GAP (hehe yang ni kena boikot ni), dan kedai menjual
pinggan mangkuk.


Buckingham Palace
- kebanyakkan upacara formal kerabat diraja Britain diadakan di sini.
- jika bertuah, boleh saksikan Guard Changing Ceremony. So far, 3 kali pergi
belum sempat tengok ceremony ni. Kalau tak silap, ceremony ni around pukul
11/1, boleh check semula diwebsite palace.
- agak susah sikit untuk cari makanan halal di sini. So boleh bawa bekal siap2
kalau teringin nak picnic di garden berhampiran dengan palace.




Kensington Garden
- menempatkan istana yang diubahsuai menjadi muzium dan garden yang sangat
cantik. Boleh singgah di sini jika mampu berjalan jauh di sepanjang garden yang
luas ini. Kalau ada yangtak larat nak berjalan jauh, rasanya lebih baik elakkan datang ke sini.
 



St Paul's Church
- kami ke sini untuk melihat pokok bunga ros berhampiran church. Kami tak masuk
pun church, sekadar berjalan di sekeliling. Memang cantik bunga-bunga ros di
situ, wangi dan saiz pun besar macam bunga ros di Turki. Alang-alang nak
habiskan day ticket (Oyster), tak salah singgah di sini menjamu mata lihat ros
^_^






M&M world
- coklat di sini dah not suitable for vegetarian. Dulu-dulu coklat di sini halal kecuali yang berwarna merah, maroon dan pink. tapi sekarang dah tak halal & not suitable for vegetarian (memang susah nak jumpa yang ada logo
halal tapi not suitable for vegetarian). Jadi saya nasihatkan agar elakkan
membeli coklat di sini. InsyaAllah diMalaysia ada M&M yang halal :)
- it's ok kalau nak singgah ke sini untuk membeli souvenir (hehe agak mahal,
average keychain/magnet berharga 5-6pounds) ataupun saja2 nak travel.







Madame Tussaud Museum
- muzium yang menempatkan patung lilin menyerupai rupa artis, ahli sukan dan
pemimpin terkenal seperti Obama dan Queen Elizabeth. Saya dan kawan-kawan ke
sini semasa 1st year. Pada ketika itu saya kurang tahu sangat pasal tempat ni,
so saya ikut je. Tapi rasanya that would be my first and last time, sebab rasa
sangat tak sedap hati bila berada dalam muzium lilin ni. Dikelilingi oleh
patung buatan manusia, sekali imbas memang seakan-akan manusia. Cukup sifatnya.
Cumanya tidak ditiupkan ruh. Scary kan kalau fikir ada ruh dalam patung tu.
Bila teringatkan hadith yang mengatakan malaikat tidak akan masuk dalam rumah
yang ada patung, mungkin sebab itu timbul rasa tidak selesa berada dalam tu.


Bicester village
- transport ke village ni agak mahal, kalau tak silap almost 20 pounds untuk
tiket train from Marrylebone Station. Di sini, bolehlah membeli barangan
berjenama pada harga yang agak murah, contohnya Prada, MK, Coach dan
sebagainya. Huhu tak mampu lah saya nak beli sangat, sekadar bawa family
berjalan-jalan. Tak sanggup rasanya beli handbag yang berharga ribuan ringgit,
banyak lagi benda dan komitmen lain yang perlukan duit tu. Takut jugak kalau
Allah tanya kat akhirat nanti pasal handbag ribuan ringgit tu, takut tak mampu
jawab soalanyang Allah tanya.


Greenwich
- terletak lebih kurang 30 minit perjalanan tren dari London city centre. Di
sini, terdapat muzium yang mempamerkan koleksi maritim laut British dan
Greenwich Meridian Time line yang digunakan sebagai bermulanya bacaan tempoh
masa bagi seluruh dunia. GMT line ni terletak di atas bukit dan perlu mendaki
selama lebih kurang 10-15minit. Mahal jugak bayaran nakmasuk ke GMT line ni so
saya tengok dari luar.







Do's & Don'ts


Do's 
- please bargain bila membeli souvenir di Bayswater (di tempat lain saya tak
pasti). Dan jika bercadang untuk travel around Europe, saya galakkan untuk
membeli souvenir untuk keluarga/sahabat, di London memandangkan di sini harga
souvenir lebih murah berbanding di daerah lain di UK, Paris, dan Spain. Tapi
kalau ingin membeli barang-barang lain misalnya pakaian dan makanan, elakkan
tawar menawar. Ini bukan budaya menjual di sini :) Di Bayswater kita boleh
bargain, maybe disebabkan owner kedai adalah Indian/Arab. Kalau di kedai tu
terpamer harga fridge magnet 8 for 10pounds, cuba negotiate sampai 12 for 10
pounds, saya dah try ^_^. Selalunya bila kita masuk kedai, dia akan offer 10
for 10.
- jika bercadang menaiki tube/underground, jangan lupa simpan route map laluan
tube. Boleh juga download Apps route map ini sebelum travel.
- sama seperti tavel ke mana-mana negara di Europe, jangan lupa bawa kiblat
compass.


Don'ts
- bila menggunakan toilet, elakkan membasahkan toilet tersebut. Boleh belajar
pakai stokin khuf untuk mudah ambil wudhu.


Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana izinkan saya merantau di bumiNya. Moga Allah rezekikan kita semua untuk merantau di atas bumiNya juga insyaAllah..



No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text