Assalamualaikum wbt.
Recently ada sorang adik lepasan SPM bertanya tentang journey saya after SPM. Saya rasa ada baiknya kalau saya berkongsi di sini, moga lebih banyak manfaatnya.
Saya guna 'akak' lah ek, rasa selesa sikit. Akak batch SPM 2005 dan alhamdulillah sehari sebelum birthday akak, Allah hadiahkan result SPM yang akak impikan. ^_^ Kepada adik-adik yang bakal mengambil result exam 1-2 hari lagi, moga Allah kurniakan kejayaan yang cemerlang. Bagi yang mendapat result yang cemerlang, alhamdulillah jangan lupa sujud syukur dan berterima kasih kepada cikgu dan ibu bapa yang banyak berkorban.. Bagi yang mendapat result kurang baik, jangan risau.. It's not the end of the world. Teruskan usaha, kejayaan seorang mukmin itu bukan bergantung kepada bilangan A dalam peperiksaan, tetapi sejauh mana Allah berkati usaha dan ilmu yang diperolehi.
Back to the topic, lebih kurang 1-3 minggu after result was announced, akak apply biasiswa MARA. Kiranya after dapat result, memang beli newspaper everyday sebab nak tunggu iklan biasiswa mara jpa. Antara sebab akak memilih Mara adalah interview in one-one/two basis. Kiranya akak tak perlu berada dalam group. Akak kurang suka interview in groups memandangkan akak kurang suka dominate the discussion. Dan antara sebab lain adalah tiada 10years bonding with government. Maybe boleh rujuk rules yang terkini. JPA scholars perlu berkhidmat 10tahun dengan kerajaan, tapi pelajar ditaja 100% dan tidak perlu bayar langsung. Bagi MARA scholar pula, kami (batch SPM 2005) diberi biasiswa (Skim Pelajar Cemerlang SPC) bernilai RM1.05juta dan dikehendaki membayar 1%, kira-kira RM10,500. Akak rasa still murah compared to PTPTN dan dapat pengalaman yang priceless di sana. Tapi, bagi adik-adik yang plan untuk apply MARA, kena recheck tentang bayaran. Ada junior akak yang dikehendaki bayar 10% dan 25%, bergantung kepada batch.
Pada asalanya akak plan nak apply Medic in Egypt tapi disebabkan tiada kelulusan bahasa Arab SPM, akak memilih Eropah. Alhamdulillah, ada hikmahnya. Mungkin akak akan susah nak survive dalam suasana masyarakat Arab yang agak kasar. Aturan Allah tu cukup cantik kan? ^_^
Pada 15 April 2006, akak dipanggil untuk interview di KL. Tarikh ni akak ingat sebab pada hari yang sama, satu-satunya arwah nenek meninggal dunia dan akak tak sempat nak ziarah sebelum dikebumikan. Al-fatihah..
Interview kejap je, around 15-20minit dan antara soalan yang ditanya, personal details, kenapa nak jadi Dr, tokoh uang dikagumi (boleh jawab Ibnu Sina yang hebat dalam perubatan) macam mana kalau dapat univ di Indonesia or Russia. InsyaAllah tak susah pun :)
Sebelum adik2 merancang nak meneruskan cita-cita sebagai seorang doktor, ada beberapa perkara yang ingin akak ingatkan. Firstly, tanya kepada diri sendiri kenapa kita nak jadi Dr? Perbetulkan niat kita. Alhamdulillah, akak ucapkan tahniah kepada adik2 yang ingin jadi Dr kerana ingin menyumbang untuk ummah kerana Allah Taala. Tapi jika adik2 bercita-cita menjadi Dr kerana title, harta (gaji permulaan seorang Dr agak tinggi berbanding kakitangan awam lain), kerana 'cool'nya seorang Dr, kerana terlalu banyak sangat A atas slip exam, atau atas permintaan ibu bapa, akak harap adik2 dapat berfikir sekali lagi.. Kalau boleh, fikir 100-200 kali pun takpe. Akak menyimpan impian menjadi doktor sejak di sekolah menengah dan tidak dipaksa oleh ibu bapa. Gaji doktor pun akak taktau sangat sampailah bila dah grad baru tahu gaji doktor. Sepanjang akak menuntut ilmu perubatan, banyak perkara yang akak dapat lihat. Ada sahabat yang belajar medic kerana ibu bapa, akhirnya stress nak menghabiskan study. Ini bukan 1,2 kes tapi banyak. Ada yang baru setahun di Ireland, sudah didiagnose dengan kemurungan/depression dan terpaksa dihantar pulang ke Malaysia. Ada juga yang belajar di negara lain dengan kes yang sama. Last year, ada dalam news seorang pelajar medic 3rd year yang membunuh diri kerana tertekan. Bukanlah niat akak untuk menakutkan adik2, cuma nak adik2 berfikir betul-betul. Menuntut ilmu bukan perkara main-main, tapi ini medan kita untuk ke syurga insyaAllah.. Perbetulkan niat untuk belajar kerana Allah, insyaAllah Allah akan sentiasa bantu kita di saat ups and downs.
Alhamdulillah tak lama pastu, akak dapat tawaran biasiswa dan belajar di Kolej Mara Banting, untuk program persediaan (International Baccalaureate Diploma) sebelum ke Ireland. Alhamdulillah terlalu banyak urusan yang Allah mudahkan untuk akak. Bercakap tentang IB(International Baccalaureate) ni, 1st time akak dengar bila nak apply scholarship haritu. Memang tak pernah tahu atau kenal orang yang buat IB ni. IB ni lebih kurang macam A-level tapi banyak aktiviti diluar kelas. Tujuannya untuk wujudkan a whole oriented student. Bagi adik yang suka aktiviti luar seperti sport, social service and arts, insyaAllah akan suka IB. Akak suka social service (external service) di PDK Semenyih, salah satu nursery bagi special kids. Alhamdulillah banyak experience yang diperolehi. Satu perkara yang mungkin buatkan students rasa IB ni agak berat adalah Extended Essay(EE) yang melibatkan research. Tapi insyaAllah ilmu research ni sangat berguna semasa di universiti nanti.
Pada semester ketiga, kesemua student dikehendaki menduduki exam IELTS untuk Irish/UK university entrance. Dan pada semester keempat, diadakan interview univ di KMB. Final exam pula pada awal May 2008.
Alhamdulillah, Allah kurniakan result IB yang membolehkan akak fly ke ireland. Ada juga kawan-kawan akak yang tak dapat fly kerana tak lepas requirement. Akak ingin ingatkan adik2 juga agar sentiasa berusaha study, scholarship ke KMB belum guarantee scholarship untuk fly ke ireland/uk. Alhamdulillah akak dapat tawaran belajar 5 tahun di ireland and alhamdulillah nothing to regrets for 5 years. Ada jugak twinning program (2 1/2 tahun di ireland dan 2 1/2 tahun clinical di malaysia), akak rasa program ni sangat menarik bagi yang ingin bekerja di Malaysia. InsyaAllah lebih banyak skill boleh diperolehi di Malaysia.
Roughly pasal medic, antara subject yang akan dipelajari dalam medic di ireland: anatomy, physiology, biochemistry, clinical practice, behavioral science & professionalism and optional subject. Pada tahun ketiga, student akan mula menghabiskan lebih banyak masa di hospital/clinical. Belajar medic bukan sekadar menghafal tetapi lebih kepada memahami dan menganalisa keadaan pesakit. Tak mudah nak belajar medic tapi insyaAllah pengalaman yang bagi akak mampu menyedarkan kita tentang betapa kerdilnya kita dan mendekatkan kita kepada Allah setiap kali menziarah pesakit2.
Jika adik2 berpeluang belajar di luar negara, jangan lupa untuk terlibat dalam persatuan di sana dan juga menuntut ilmu agama dalam program yang disediakan. Di sana, univ tidak menyediakan sebarang lecture agama, semuanya terpulang kepada kita untuk ikhtiar mencari ilmu. InsyaAllah peluang terbentang luas di dalam persatuan2, apa yang penting kemahuan kita untuk mencari & menyebarkan ilmu agama.
Akak doakan yang terbaik untuk adik2, bitaufiq wannajah fil imtihan!
No comments:
Post a Comment