Social Icons

Pages

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, 8 February 2015

10 tips buat bakal doktor Muslim


Alhamdulillah dh 10 bulan jadi HO.. Banyak sgt masam manis life as HO. 3-4 kali pernah ditanya oleh MO, menyesal tak jadi HO? InsyaAllah tak :) maybe kadang2 pernah rasa penat tapi insyaAllah banyak hikmah yang Allah kurniakan. I'm not perfect but InsyaAllah i'll try my best to improve.. I believe, there's always room for improvement.

 Dalam masa 10 bulan ni, banyak benda yang saya observe dan insyaAllah sedikit sebanyak boleh digunakan untuk perbaiki diri saya sebagai HO dan bakal MO insyaAllah.. Maybe berguna jugak untuk adik2 yg bakal bekerja nanti :) tak kisahlah kita graduan overseas or local university, insyaAllah setiap orang ada kelebihan yang boleh digunakan dan gunakan peluang yang ada untuk baiki kekurangan. Never underestimate our potential.

 1. Niat dan doa
Perbetulkan niat kita bekerja setiap hari.. Sebagai muslim, perbetulkan niat kita bekerja kerana Allah. InsyaAllah jika niat kita betul2 ikhlas kerana Allah, seletih mana pun kita, pasti stress level kita masih mampu dikawal. Tapi jika niat kita tak betul, misalnya terpaksa jadi Dr atas desakan keluarga, kerja yang ringan akan terasa sangat membebankan. Banyakkan berdoa sebelum memulakan kerja agar dipermudahkan kerja. Personally, dalam banyak keadaan, doa sangat membantu. Contoh real case, bila mana seorang senior HO meminta tolong untuk branulla setting yang dah berkali-kali dia cuba tapi still tak dapat. Bila junior HO mencuba, alhamdulillah berjaya sekali cubaan! Semuanya atas pertolongan Allah, Allah yang permudahkan kerja..

Sentiasa bersangka baik yang Allah akan bantu kita. Setiap pagi, minta restu parents dan minta doa mereka juga. InsyaAllah rezeki yang kita dapat akan lebih berkat. Awal2 pagi bila kita nak mulakan kerja, niatkan untuk tulis AM review sambil ziarah pesakit2. InsyaAllah 70,000 malaikat akan turut doakan rahmat untuk kita sepanjang hari tersebut. Hehe bukan senang nk dpt doa malaikat setiap hari, alhamdulillah bersyukur Allah pilih kita untuk ziarah pesakit di hospital. ^_^

2. Disiplin
This is the most important point for all doctors. Attitude. MIA (missing in action) antara masalah disiplin yang agak besar sebenarnya, tak kisahlah apa jua kerjaya pun. Pesanan saya untuk diri sendiri dan adik2, sentiasa ingat yang kita bekerja dengan nyawa manusia. Jangan disebabkan kemalasan, nyawa manusia lain diperjudikan. Cuba bayangkan jika pesakit tu adalah keluarga kita. Mesti kita taknak dapat doktor yang malas kan? Bagi muslim, sentiasa ingat yang kehalalan setiap sen gaji yang kita dapat tu bergantung kepada mutu kerja kita. Kalau MIA, takut2 jadi haram pulak gaji kita. Naudzubillah..

3. Sabar, sabar, sabar
Kerja sebagai HO memang memenatkan.. Kadang2 terpaksa 'ikat perut' dan terpaksa biarkan bladder full demi memastikan setiap plan yang dirancang utk pesakit2, dijalankan dgn sebaiknya. Disebalik kesibukan, insyaAllah ada banyak perkara mampu buatkan saya tersenyum, alhamdulillah.. Suatu nikmat bila dapat lihat pesakit yg pada awalnya admitted to ICU and intubated, bila dijaga berhari-hari, alhamdulillah dia mampu berjalan pulang ke rumah dgn senyuman dan ucapan terima kasih kepada Dr. Suatu nikmat bila Allah hadirkan manusia yang bermasalah, datang sebagai pesakit kita dan Allah bukakan peluang untuk berdakwah. Kesibukan kita bekerja mungkin membataskan dakwah kepada umum tapi apa yang specialnya, Allah hampirkan mereka dekat dgn kita untuk mudahkan kerja dakwah kita insyaAllah..

Bila dimarahi walaupun bukan atas kesalahan kita, bersabarlah. Sentiasa cuba bersangka baik. Mungkin keadaan agak berbeza di UK/ireland di mana jika seorang consultant (majoriti) ingin menegur, dia mungkin menegur ketika tutorial/meeting, bukannya di hadapan pesakit. Mungkin keadaan masa dan ruang yg terhad di sini menyebabkan ramai yg lebih mudah menegur secara direct di hadapan pesakit.. Setiap manusia dijadikan dgn personaliti berbeza. InsyaAllah ada hikmahnya, Allah temukan kita dgn setiap orang yg berbeza perwatakannya. Jangan terlalu sensitif, ambil teguran itu sebagai pembakar semangat utk menjadi HO yg lebih baik.

4. Be positive and optimis
Sentiasa berfikir positif dan bersyukur baik ketika diuji mahupun ketika dilimpahkan nikmat.

5. Rebut peluang menimba ilmu.
Banyak peluang utk tambah ilmu sepanjang HOship, e.g suturing course, life saving course, stress management, and other clinical management. Semasa tagging, rebut peluang untuk observe setiap procedure. Selepas observe, cuba assist and next cuba perform sendiri. Satu kelebihan jika kita pandai berbahasa mandarin & tamil. Mudah untuk berbual dgn pesakit. Ambil peluang HOship ni juga untuk grab sebanyak mungkin vocab drpd our colleague dan juga patient. Pernah berkali-kali diajar bahasa Mandarin dan Hokkien oleh patient di klinik bila meneka sy berdarah Cina. Walaupun sibuk, tapi insyaAllah sempat jika kita ada kemahuan.

6. Jaga kesihatan fizikal, rohani dan mental.
Sesibuk mana pun kerja, jangan lupa untuk grab makanan untuk dimakan. Biar sentiasa ada biskut atau roti bun dalam beg. Bila tak sempat ke cafe, boleh makan kt pantri for 5min. Jangan zalimi badan kita. InsyaAllah rehat jap 5-10min untuk ke tandas, makan dan solat. Jangan jadikan alasan sibuk tu untuk melambatkan solat. Takut hilang redha Allah bila ibadah tak dijaga sepanjang bekerja. Satu lagi, isu aurat dan ikhtilat. Usah memandang ringan tentang aurat terutamanya bagi doktor muslimah. InsyaAllah kebanyakkan dewan bedah ada menyediakan tudung sterile yg berwarna biru/hijau. Pakai tudung, jangan hanya memakai cap. Jaga aurat kita, jaga hubungan dgn Allah, insyaAllah Allah akan sentiasa jaga kita. Jika rasa stress, rehat sebentar. Jangan paksa diri sendiri. 1-2 bulan sekali cuba reward diri dgn bercuti bersama keluarga. InsyaAllah selepas cuti, akan rasa lebih segar untuk bekerja.

7. Menjaga hubungan sesama manusia.
Jaga hubungan kita dgn rakan sekerja, staff nurse, pesakit, keluarga pesakit dan staf hospital yg lain. Beradablah bila bercakap. Bila kita menjadi orang atasan, hormati yg di bawah. Bila bekerja, tak kiralah seletih mana pun kita, janganlah bersikap biadap. Berakhlaklah seperti muslim sejati. Berikan senyuman setiap kali bertemu pesakit. InsyaAllah senyuman seorang doktor mungkin mampu mengurangkan penderitaan pesakit tersebut.

8. Plan kewangan sebaik mungkin.
Memang best bila 1st time dapat gaji dgn effort sendiri. Banyak benda yg nk diberikan kpd diri sendiri sebagai reward. Sebaik-baiknya, rancang dulu kewangan kita sejak gaji pertama lagi. Sedikit panduan yg boleh kita guna dalam mengurus kewangan. Setiap individu mungkin ada cara yg lebih baik utk dirinya.

 20% gaji untuk kebajikan kedua ibu bapa (dari kecil sampai ke besar mereka jaga kita, sumbangkanlah gaji kita untuk mereka. Bagi lebih drpd 20% lagi bagus, bergantung kpd kemampuan kita)
10% gaji untuk pelaburan/saving. 
10% gaji untuk anak dlm jgka masa sederhana dan jangka masa panjang.
10% gaji untuk pendidikan untuk diri (Buku, kursus)
10% gaji untuk kemahuan diri dan pasangan.
20% gaji utk perbelanjaan sewa
10% gaji untuk pemberian hadiah, sedekah, infaq, zakat.
10% gaji untuk insuran, bil dan sebagainya

9. Rawat pesakit sepertimana kita merawat keluarga kita.
Anggap setiap pesakit kita adalah ahli keluarga kita. Pandang mereka dgn pandangan kasih sayang dan simpati. Rawat sebaik mungkin. Jika mereka cerewet, bersabarlah. Anggap seakan-akan kita tgh menjaga ibu bapa kita. Akan ada suatu masa, pesakit kita itu seorang penagih dadah, seorang wanita yg mengandung kerana terlanjur ataupun banduan. Siapa pun dia, kita tak layak menghukum mereka. Sejahat mana pun seorang banduan, rawatlah mereka seperti seorang hamba Allah. Jangan menghukum masa lalu mereka. Barangkali taubat mereka lebih diterima Allah berbanding kita? Hanya Allah yg berhak menghukum. Rawatlah mereka seperti pesakit lain.

10. Sentiasa bersyukur.
Bersyukurlah Allah berikan nikmat kpd kita untuk menjadi doktor. InsyaAllah Allah tambah nikmat hambaNya yg bersyukur. Bukan semua org Allah mudahkan urusan utk menjadi doktor. Ada yg tersungkur separuh jalan. Ada yg kuat semangat belajarnya tapi Allah tak rezekikannya utk menjadi doktor. Banyak pahala yg Allah ingin berikan kpd kita. Jika terasa susah, sentiasa ingat yg Allah takkan membebani hambaNya dengan sesuatu yg hambaNya tak mampu tanggung. Banyakkan istighfar, insyaAllah banyak kerja yang Allah akan permudahkan.

Kata-kata hikmah Salahuddin AlAyyubi sebagai sumber motivasi insyaAllah :
- saya meminta kekuatan dan Allah memberi saya KESULITAN untuk menjadikan saya KUAT
- saya meminta kebijaksanaaan dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN
- saya meminta kemakmuran dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA
- saya meminta keberanian dan Allah memberikan saya BAHAYA untuk DIATASI
- saya meminta cinta dan Allah memberikan saya orang BERMASALAH yang perlu DIBANTU
- saya meminta nikmat dan Allah berikan saya PELUANG
- saya tidak meminta apa-apa untuk diri saya tapi saya menerima semua yang saya perlukan

Saya pun masih HO yg muda, hehe, banyak lagi yg perlu belajar. Sekadar berkongsi ilmu serba sedikit..

Moga Allah permudahkan semua urusan kita insyaAllah.. :)

Tuesday, 18 March 2014

Dirimu memang cantik oleh Ustazah Norhafizah Musa.



Hadis: Allah itu cantik dan sukakan yang cantik.
Tips wajah berseri:
- Terimalah hidup ini dengan redha.


Pendekatan Barat & Islam kearah kecantikan.
1. menerima seadanya. 
Pendapat Barat: Titik tumpu kita adalah di tengah kepala, iaitu titik yang paling sakit adalah tempat paling banyak stress. Tempat lain: sekeliling mata, bawah hidung, bawah bibir, di axilla/ketiak. Banyakkan tekan di tempat itu. 
Dalam Islam, kita belajar konsep redha. Bangun pagi, peluk diri sendiri dan lafazkan Ya Allah aku sayang dengan diriku.

2. sayang dengan apa yang kita ada. Jangan memandang kecantikan seperti yang diukur oleh manusia.

3. memaafkan diri sendiri akan kesilapan yang kita pernah lakukan.


Prasayarat untuk kelihatan cantik kepada penduduk bumi & langit:

1. Nilai tauhid mesti ditekankan. 
Kisah sahabat nabi yang tak handsome, Julaibib. Suatu hari nabi bertanya kepada Julaibib jika dia mahu berkahwin. Dia ingin berkahwin tapi tiada siapa yang mahu berkahwin dengannya. Nabi mencarikannya seorang wanita yang paling cantik dan bijaksana. Rasulullah berjumpa dengan ayah wanita tersebut untuk meminang. Bila mendengar nama Julaibib, ayahnya ingin berbincang dulu dengan anak. Anaknya yang cantik itu bersetuju dan terima apa yang Rasulullah tetapkan. Mereka berkahwin. Julaibib syahid dalam peperangan tak lama kemudian. Nabi berkata, 'Aku daripadanya, dia daripadaku.' yang bermaksud Rasulullah & Julaibib sehati sejiwa, tanpa memandang rupa paras.


2. Cantik dengan ilmu hikmah. 
Orang bijaksana diberikan hikmah, bijak menyampaikan mesej, tidak perlu bercakap banyak tapi kata-katanya sampai kepada manusia.

Pada suatu hari, seorang ibu asyik menyulam ketika anaknya sedang bermain. Anaknya bermain sambil memerhatikan ibunya. Anaknya yang kecil itu pergi kearah si ibu dan melihat hasil sulaman di bahagian bawahnya. Ditanya si anak, kenapa buruk sangat sulaman itu. Si ibu menjawab, 'takpelah ibu buat kerja, kamu pergi main'. Berulang2 kali si anak bertanya. Tidak lama kemudian, si ibu memanggil si anak dan menunjukkan hasil sulamannya yang cantik. Si anak terpegun dan bertanya, 'kenapa tadi tak cantik, tapi sekarang cantik sangat?' Si ibu menjawab, 'Sepertimana yang kita melihat kurniaan Allah daripada bawah (di bumi), kelihatan tidak cantik, tidak memuaskan hati manusia.. Sedangkan di 'atasnya' (di arasy Allah), Allah sedang 'menyulam' kehidupan kita dengan sebegitu indah, namun belum kita sedari.. Setiap ciptaan dan kejadian pasti ada hikmah yang belum kita dapat lihat..

Wanita yang diberikan hikmah, pasti akan menjadi ibu yang baik. Ditegur si anak dengan penuh hikmah dan lemah lembut tanpa perlu terjerit-jerit.

3. Akhlak
Bersabar dan jaga lidah kita. Banyakkan menyebut astaghfirullah, subhanallah, alhamdulillah..


4. Kecantikan zahir. Jaga penampilan diri khususnya di rumah. Jaga syariat. Jangan tabarruj. Jaga kebersihan.

5. Menabur budi pada orang lain, mengharapkan rahmat daripada Allah. Bersiap sedia untuk membantu orang.

Petua kecantikan (yang ustazah dapat daripada seorang pakar ObsGynae yang pernah tinggal di Saudi): 

Makanan sunnah:
- bangun tidur, banyak minum air suam, dibacakan bismillah dan baca doa minum air zamzam bila nak minum apa-apa jenis air.
- minum 1 sudu minyak zaitun.
- 2 sudu besar pati delima (buah syurga)
- 1 sudu madu, 1 sudu minyak habatussauda, 1 sudu minyak kelapa dara, beberapa helai daun zafaran(saffron) - campurkan dalam air, minum setiap pagi, 2 jam sebelum breakfast
- selepas breakfast, minum cuka tamar sikit.
- tak makan jajan/jeruk
- snack: gigit-gigit kulit kayu manis (from indonesia) - ada unsur penenang. Untuk keperluan wanita, masalah senggugut, antipenuaan: amalkan kacip fatimah yang asli.


- amal soleh & zikrullah. 

Makin kuat mujahadah kita, makin bertambah cantik dan diberikan cahaya oleh Allah. Banyakkan sujud syukur.. insyaAllah.

Tuesday, 7 January 2014

Sehijau Bumi Ireland

Allahu, rasa rindu sangat kat Ireland dan teman-teman seperjuangan di sana.. Moga semuanya baik-baik di sana. Alhamdulillah, 5 tahun yang sangat bermakna buat hamba Allah  ini. InsyaAllah kalau ada rezeki, maybe boleh ke sana lagi. Hehe, hopefully insyaAllah.. Bumi Ireland yang subur dengan tarbiyah di sana. Alhamdulillah banyak hati yang terbuka untuk menerima tarbiyah di sana. Banyak peluang mencari ilmu agama, terpulang kepada kita samada mahu ataupun tak.

Bagi saya, Ireland merupakan sebuah negara yang agak selamat walaupun ia bukanlah negara Islam. Teringat kata-kata seorang tokoh Islam yang berjumpa akhlak Muslim di Negara Eropah (Negara bukan Islam). Huhu menyedihkan, tapi itulah reality yang kami dapat lihat. Jika orang di sana memeluk Islam dan tidak meminum arak serta menjaga ikhtilat, insyaAllah mereka mampu menjadi Muslim yang baik. Inilah antara tugas yang berat bila belajar di sana; menjadi duta Islam dan menyampaikan Islam. Alhamdulillah sepanjang 5 tahun di Cork, belum pernah terjumpa dengan peragut atau mendengar kes penyeluk saku. Ada juga beberapa kes mencuri di rumah. Kalau kes tembak- menembak tu memang agak rare di Ireland. Keadaan ni mungkin berbeza di Dublin, di mana ada sahabat yang pernah dicuri telefonnya ketika sedang mendengar lagu di dalam bas.

Seperti negara barat yang lain, di Ireland juga mengamalkan toilet tanpa air ( air hanya terdapat di sink). Digalakkan untuk membawa botol mineral kecil sepanjang berada di Ireland bagi sesiapa yang rasa kurang selesa menggunakan tisu sahaja.

Do's
- ucapkan terima kasih kepada pemandu bas. Mungkin situasi ini agak janggal jika di Malaysia tetapi di Cork ia merupakan budaya yang dilakukan oleh hampir kesemua penumpang.
- bawa shopping bag. Di sesetengah shopping complex di malaysia, ini sudahpun menjadi budaya.tak mengapa kalau terlupa bawa shopping bag. Beg plastic boleh dibeli dan setiap beg plastik akan dikenakan bayaran tertentu.
- bagi muslim, biasakan membawa kompas dan alas yang boleh dijadikan sejadah (sejadah plastic yang foldable ataupun shawl/mafla. Selalunya kami menunaikan solat di dalam fitting room, ambil 1 baju dan bawa masuk ke dalam fitting room. Ini salah satu tips survival di negara bukan Islam. Kebiasaanya tiada prayer room, melainkan di universiti ataupun di airport. Amalkan memakai pakaian menutup aurat seperti stoking supaya mudah untuk bersolat di mana-mana asalkan tempat itu diyakini bersih. Hehe jangan pakai telekung pulak bila nak solat atas rumput nanti ;)
- ambil tahu senarai barang yang mengandungi bahan yang haram, contohnya, lard, spirit dan sebagainya. To be safe, beli makanan suitable for vegetarian dan check if ada alcohol. Jangan risau untuk practise sebagai muslim di sana. InsyaAllah Irish sangat respect Muslim/Christian yang nak practise their religion.

Don'ts
- do not bargain. Di Ireland, setiap barang dijual dengan harga tetap
- jika nak ambil wudhu di tandas awam, jangan angkat kaki ke sink. Dinasihatkn agar memakai khuf sebelum keluar rumah. Elakkan juga membiarkan air menitis ke lantai sehingga basah.
- elakkan bertanya soalan-soalan yang sensitive kepada local people misalnya umur, status perkahwinan. Jika ingin memulakan perbualan, boleh mulakan dengan isu cuaca ireland ataupun sukan. Orang-orang Ireland suka sangat  bila berbual tentang cuaca.

Beberapa tempat menarik yang sempat saya lawati sepanjang saya belajar 5 tahun di Ireland (hehe tak banyak sangat travel dalam Ireland sebab selalunya cuaca tak mengizinkan):

Cork:
University College Cork (a must visit place, cantik sangat..hehe maybe bias sikit)


Cork City Centre (TK Max yang best! Shopping complex yang menjual barang branded pada harga yang murah, lebih kurang macam reject shop tapi best. Penneys/Primarks, Aldi (tapi bukan kat city centre), Debenhams)

The Lough Lake

Blarney Castle

Fota Zoo


Inchidoney Beach & Mini Railway Museum. Tempat favourite fiedhia bila dapat tengok bangunan, rumah semua kecil je :)



Ballycotton


Kerry/Killarney:
Ring of Kerry

Killarney

Limerick:
Bunratty Castle (tempat yang sangat menarik kalau nak belajar tentang sejarah & budaya di Ireland.)



Galway:
Cliffs of Moher. (Tebing yang sangat cantik. Kalau kenal Westlife, kat sini lah lokasi salah satu video clip, kalau tak silap, lagu My Love. hehe masa ni guna kamera lama lagi..)

Connemara National Park

Dublin:
Dublin City Centre
Kildare village (factory outlet yang sangat best untuk beli barang branded tapi pada harga yang murah. Tapi saya mampu beli Tefal & Clarks jelah.. hehe tu pun sebab kasut Clarks sangat berkualiti dan tahan setahun kalau berjalan setengah-1 jam ke kampus/hospital di Cork. Harganya pun jauh lebih murah berbanding Clarks di Malaysia. Dan Tefal pulak, well known for stainless steel cookware. Memang best lah bagi yang suka memasak bila dapat guna periuk yang berkualiti.)
Japanese garden, Kildare (yang ni tak sempat masuk sebab dah tutup. So gambar google jelah)

InsyaAllah Ireland mampu memikat hati bagi yang sukakan kehijauan dan kehidupan yang simple, tak hectic sangat.. rindu Ireland ^_^


Thursday, 14 November 2013

Tips to survive long haul flights with baby/kids


Alhamdulillah Allah izinkan & permudahkan perjalanan family saya ke Ireland (termasuklah anak saudara, Fiedhia yang baru setahun setengah masa tu). Bila family dapat datang ke Cork, tu antara hadiah yang sangat special daripada Allah, Alhamdulillah.. InsyaAllah saya kongsikan sedikit tips yang sempat saya cari & beri kepada kakak saya untuk handle Fiedhia semasa dalam long haul flights Penang-KL-Amsterdam-Cork. Huhu, kesian kat family, terpaksa travel lama. Yelah, kalau estimate total journey, it took 19 hours (including transit). Dalam flight KL ke Amsterdam ambil masa 12+ hours. Before this, paling lama pun parents pernah travel untuk umrah & haji, dan flight ambil masa lebih kurang 6-8 hours. Alhamdulillah they managed well, Fiedhia pun sangat2 excited naik her first flight. Selalunya yang merisaukan ibu-ibu adalah space flight yang limited, anak-anak meragam dalam flight dan jet lag.

                                      
                                                      Gambar fiedhia tengah excited kt airport ^_^

So few tips to handle baby/kids for a long flight journey. Thanks to izyan jugak yang tolong2.

Before travelling:
1.      Make sure semasa booking untuk flight ticket, check if basinet is provided. Basinet ni macam baby cot yang kecil dan ada certain measurement. Kalau tak silap, maximum length is 78cm. So kalau baby yang dah besar, tak muat dan si ibu perlu mendukung anak semasa dalam flight. Kalau nak bawa stroller, make sure check kids luggage rules. InsyaAllah stroller boleh check-in ataupun boleh bawa sampai ke pintu flight and ambil semula bila arrive at destination. Kalau boleh, pilih flight yang akan travel waktu malam supaya mudah anak-anak nak tidur.
2.      Bagi ibu yang kurang selesa mendukung anak untuk tempoh yang lama, dinasihatkan untuk membeli seat untuk anak (bagi anak yang dah boleh duduk). Kebanyakkan flight tidak menyediakan tempat asing untuk kanak-kanak. Kalau tak silap, bayaran dikenakan untuk tax.
3.      Pastikan pakaian yang dipakai oleh anak adalah pakaian yang selesa. Kalau nk fly ke negara yang sejuk, tak perlulah pakai tebal semasa dalam flight. Bawa coat/knitwear dalam handluggage dan just pakai bila dah kapal dah landing di negara tersebut. Kesian kt anak-anak kalau panas dalam flight. InsyaAllah suhu dalam flight boleh dikawal secara personal. Kalau tak tahu, boleh tanya kepada stewardess, jangan biar anak-anak sejuk J
4.      Antara barang-barang yang perlu dimasukkan dalam hand luggage (beg yang dibawa masuk ke dalam flight) : botol susu kosong (insyaAllah air suam boleh diisi dalam flight nanti), susu tepung, shawl/selendang (bagi yang breastfeeding, bolehlah guna shawl semasa menyusu dalam flight nanti), pakaian extra untuk anak-anak, lampin pakai buang, alat permainan/storybooks (jika flight lama, bawa 4-5 toys, especially new toys supaya diorang tak cepat boring. Cuba sembunyikan sedikit toys ni supaya diorang tak nampak dan si ibu boleh control bila nak bagi new toys. Make sure toys yang dibawa tiada air/peralatan tajam. Boleh guna Apps on smartphone jugak), snack (walaupun dalam flight nanti ada disediakan snack, just bawa je supaya anak-anak tak cepat lapar dan kadang-kadang, si anak akan cerewet dengan inflight meal.), minyak angin/balm yang selalu digunakan bila anak kembung perut, baby lotion & powder, baby wipes.
5.      Risau jet lag? ada yang bagi tips suruh sediakan anak-anak mengikut local time. Maksudnya, kalau nak fly ke London yang mempunyai beza waktu 7 jam lambat daripada Malaysia, pastikan anak-anak tidur mengikut waktu malam London. Ada jugak yang bagi tips, just ignore je. Yang penting, pastikan diorang tenang pada hari nk fly. Kalau fly waktu tengahari, pastikan before fly, anak-anak aktif atau busy bermain. insyaAllah diorang akan letih & mengantuk semasa dalam flight nanti. Ada yang suggest untuk ajak si anak bermain masa kat airport nanti. Ajak lompat atau lari-lari anak (hehe tapi kalau malu, control2 lah sikit, hehe). Tapi semua tips ni bergantung kepada individu. sometimes, it works, sometimes, not.

During travelling:
  1.             Baca bismillah, doa minta Allah permudahkan perjalanan. Jangan lupa bawa dokumen anak jugak (passport/MyKid).
  2.             Ada jugak yang suggest supaya menyusukan anak semasa take-off supaya telinga si anak berasa selesa. Kalau bayi, dia tak mampu nak beritahu si ibu pasal telinganya yang rasa terseumbat ketika take off, so dia akan menangis jelah. insyaAllah kalau menyusu, diorang akan rasa lebih selesa. Kalau kita yang dh dewasa ni, bolehla kunyah chewing gum.

During arrival:
  1.      Jaga anak-anak. Jangan biar diorang terlepas. Kadang-kadang diorang sangat excited sampai terlupa parents diorang.
  2.     Pastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya bila tiba di hotel/rumah. Kadang-kadang kanak-kanak lebih cepat adapt dengan suasana baru dan kurang jet lag.
Nice video & tips utk ibu-ibu ^_^ http://uk.lifestyle.yahoo.com/video/handle-children-long-haul-flight-104001658.html

Jangan expect perfection during the journey. Hehe, kalau ada masalah ataupun anak-anak kurang sporting, it’s ok. Just anggap yang kita tengah race in The Amazing Race. Biasalah budak-budak, excited dengan benda & tempat baru.. ;)  Enjoy the journey!

Sunday, 27 October 2013

Tiada lagi tangisan

                
Saya masih lagi ingat sebuah kisah yang pernah diceritakan ketika usrah di KMB beberapa tahun yang lalu….
Ketika sedang memetik buah-buahan yang masak ranum di sebatang pohon yang renek, seorang pemuda terjumpa sebuah kepompong kupu-kupu. Sambil diperhati dan diamati kepompong itu, dia terlihat akan sebuah lubang yang kecil pada kepompong itu. Selama beberapa jam, dia memerhatikan seekor kupu-kupu yang bertungkus-lumus untuk keluar daripada lubang yang kecil itu. Subhanallah, sungguh menakjubkan! Setelah beberapa lama memaksa dirinya keluar dari kepompong itu, si kupu-kupu berhenti seketika. Pemuda itu terus memerhati dan pada sangkaannya, si kupu-kupu telah berputus asa dan berhenti berusaha.

Pemuda itu berasa kasihan dan terus membuat keputusan untuk membantu si kupu-kupu. Diambilnya gunting dan terus menggunting lubang yang kecil itu. Si kupu-kupu berjaya keluar dengan mudahnya dari kepompong itu. Namun, tubuh kupu-kupu itu sangat kecil dan sayapnya masih berkedut. Pemuda tersebut terus memerhatikan kupu-kupu itu dan mengharapkan sayap kupu-kupu itu kembang dan mampu menampung berat badannya, dan kemudian dapat terbang bebas.

Namun,sangkaannya meleset. Apa yang diharapkan oleh pemuda itu, kini hanya tinggal harapan. Si kupu-kupu terpaksa melalui seluruh hayatnya dengan hanya merayap, tidak dapat terbang seperti rakan-rakannya yang lain. Sayapnya masih berkedut dan tidak mampu menampung badannya yang berat itu. Ia tidak mampu terbang selama-lamanya. Barulah pemuda tersebut faham bahawa setiap kejadian alam itu ada hikmahnya. Kesusahan yang terpaksa si kupu-kupu hadapi, akan menjadikannya lebih kuat. kupu-kupu itu perlu berjuang dengan usahanya sendiri untuk melepasi setiap halangan. Melalui lubang yang kecil itulah, si kupu-kupu dapat memaksa cecair daripada tubuhnya untuk masuk ke dalam sayap-sayapnya supaya dapat bersedia untuk terbang sebaik sahaja berjaya keluar daripada kepompong itu. Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.
******************************************************
Tiada perkara yang akan datang dengan mudah tanpa perlu berusaha. Setiap pahit manis dalam melalui kehidupan ini, perlulah dihadapi dengan tabah, kerana itulah yang akan mematangkan seseorang. Mari kita ikuti teladan daripada kisah kehidupan Rasulullah sendiri, meskipun telah mempunyai darjat yang tinggi sebagai kekasih Allah, namun Baginda tetap diuji dengan pelbagai ujian. Sejak kecil, baginda diuji dengan kehilangan ibu bapa tersayang dan terpaksa menjadi yatim piatu. Namun, Baginda tidak pernah menyalahkan takdirnya. Baginda lalui dengan hati yang terbuka.
Apabila meningkat dewasa, baginda diuji lagi apabila mendapat tentangan semasa ingin berdakwah. Baginda tidak pernah berputus asa. Semakin banyak ujian yang diberikan, semakin terserlah personaliti Baginda yang kita kagumi sehingga kini. Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin apabila diuji, kita akan mudah mengeluh, menangis dan seterusnya berputus asa. Berat sangatkah ujian kita sebagai manusia jika dibandingkan dengan Rasulullah? Rasulullah tidak pernah berputus asa biarpun nyawa menjadi taruhan.
“Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu…” (Al-Baqarah :214)
                                    Sumber: Google
Setiap kejadian alam dan ciptaan Allah memberi ruang kepada kita untuk berfikir sejenak dan cuba mengadaptasikannya ke dalam realiti kehidupan ini. Seekor larva tidak mungkin akan bertukar menjadi seekor kupu-kupu yang cantik sekiranya ia tidak berubah dan berusaha sedaya upaya menghadapi setiap halangan sepanjang perubahan itu. Begitu juga manusia, perlukan perubahan untuk berjaya. Sentiasa istiqamah dalam berubah dan tidak sesekali berasa lemah dan berputus asa.
Thomas Alva Edison, seorang pereka mentol pernah berkata, 3 perkara yang paling diperlukan bagi meraih kejayaan adalah bekerja keras dan cerdas, ketekunan dan akal fikiran yang sihat. Beliau juga menjelaskan, setiap perkara dapat dihasilkan dengan baik bagi orang-orang yang terus bekerja sambil mencari dan memanfaatkan kesempatan. Baginya, “ Hidup adalah satu perjuangan. hidup memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, malah bagi meraih kejayaan, keringat dan air mata diperlukan.” Beliau sendiri pernah menghadapi beribu-ribu halangan sebelum berjaya mencipta sebuah mentol yang dapat digunakan sehingga kini. Namun beliau tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa mencuba sebanyak 1000 kali dan gagal dalam setiap percubaan.
Pernah salah seorang sahabatku memberikan kata-kata semangat, “A diamond is a chunk of coal that is made good under pressure.” Ya,tepat sekali! Tanpa tekanan yang sangat tinggi, takkan mungkin sebuah permata yang sangat indah dan sangat bernilai, dapat kita lihat pada hari ini. Seorang insan yang boleh digelar sebagai Muslim berjaya, pasti telah melalui setiap detik-detik yang mencabar  yang telah membentuk peribadinya sebagai seorang yang lebih berani, kuat dan sentiasa bersabar dengan ujian yang diturunkan oleh Allah. Allah telah berfirman,
“ Dia (Ibrahim) berkata, “Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Al-Hijr: 56)
Ayuh kita imbas kembali zaman bayi yang dilalui oleh kita semua. Bayi yang lahir secara fitrahnya tidak pernah berputus asa, meskipun acapkali terjatuh apabila cuba bertatih, bayi-bayi ini masih lagi bersemangat untuk bangkit semula dan terus berjalan. Dan kini, bayi yang kerap jatuh bangun itu telah berjaya menjadi seorang manusia dewasa. Apakah yang akan terjadi sekiranya bayi-bayi ini berputus asa sejak kecil? Allah telah memberikan begitu banyak contoh dan teladan melalui alam semulajadi yang boleh kita jadikan iktibar. Semuanya terpulang kepada kita semua untuk mengambil masa dan berfikir sejenak tentang keajaiban yang kita lalui selama ini. Semoga Allah sentiasa menjaga hati kita agar sentiasa berfikiran positif terhadap ujian yang diberikan, respond dengan cara bersabar dan tidak cepat berputus asa, insyaAllah. Wallahualam.

Sunday, 20 October 2013

Terapi 10T Tips mengawal stress yang dikongsikan di IKIM fm

  1. Tadabbur alquran - Mendalami alQuran sehingga memberi ketenangan. 
  2. Tafakkur - merenung kejadian sedalam-dalamnya hingga merasai hikmah yang Allah cuba sampaikan melalui kejadian tersebut. 
  3. Tawadhu' - mengambil wudhu’ apabila berada dalam keadaan stress -menghasilkan ketenangan jiwa 
  4. Tahajjud - mengorbankan nikmat duniawi demi merai niat menyembah Allah SWT. 
  5. Takallam - meluahkan perasaan kpd orang lain (kaunseling) dan berbicara perkara yg baik 
  6. Tadbir - urus kehidupan dgn cara yg baik (masa, kerja,keluarga) 
  7. Tawakkal - berserah diri di bawah perlindunganNya pada waktu menghadapi kesukaran. 
  8. Tadzkir - mengingati Allah SWT dengan cara berzikir. 
  9. Tasykur -berterima kasih/bersyukur kpd Allah.Tidak memikirkan apa yang kita tidak miliki 
  10. Taqarrub - mendekatkan diri kpd Allah sehingga dapat menduduki tempat yang terhormat dan mulia disisiNya dengan cara mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Selamat beramal! :)

Thursday, 15 August 2013

Kesilapan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Berikut adalah beberapa panduan yang pernah dikongsikan oleh seorang hamba Allah berkenaan pendidikan anak-anak/tarbiyatul aulad. Saya sekadar berkongsi pengalaman orang lain, belum dapat berkongsi pengalaman sendiri lagi :) Semoga kita semua dapat mengamalkannya nanti, insyaAllah.



1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Sunday, 28 July 2013

Tips for the Last 10 Nights (Laylatulqadr)

Powerful Tips for the Last 10 Nights (Laylatulqadr) by Shaykh Tawfique Chowdhury.

1. Do not let your 'performance' until now affect your last 10 days. The moment of forgiveness could be today or anytime in the coming days! It is not all lost! If you sincerely wish it could have been better - Chin up and get ready to make it your best yet! Start with a positive, sincere intention!

2. Today, take a little time to read the Tafseer of Surah al-Qadr to understand what actually happens this night! You will feel its power & greatness so much more!

3. Do not wait for the 27th Night to give it your "all". The entire last 10 days should be your target. Stay up each night! Would you want to miss Laylatul Qadr even "by chance"?

4. Do not fall into any innovations/celebrations any masjid or culture might try to promote. Follow the Sunnah! The Prophet (sallAllahu 'alaihi wa sallam) guided us simply: "Whoever stays up and prays on Laylat al-Qadr out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven.” 

5. Memorize and keep asking the dua' taught by Rasulullah (sallAllahu 'alaihi wa sallam): Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibb al-‘afwa fa’affu ‘anni (O Allaah, You are forgiving and You love forgiveness, so forgive me).

6. Prepare a short dua' list. Remember this is as awesome as it ever gets for a servant of Allah! The Night of Qadr, of Destiny! Consciously pick each and everything you crucially wish for in this dunya, in your deen, family, and in your aakhirah! Don't forget to include the brothers and sisters around the world who are suffering and in grief!

7. Take brief naps during the day, if possible. Keep your stomach light and sleep as soon as you have prayed 'isha. Do not delay! After a brief nap, refresh yourself and get ready for worship. 

8. Don't neglect your family! Rasulullah made it a point to wake up his wives throughout these nights! And yes, your children are not too young to stay up some part of the night - if they can be allowed to play video games or watch TV, they can be inspired to be up at least for some time! Prepare them, make them excited, plan some activities for them to do!

9. Look the Part: The way we dress and prepare has a big effect on our psychology. Wear your best, perfume yourself, and feel the energy! 

10. Choose a spot, whether in the Masjid or in your home, where you can have peace and solitude. Keep your mushaf, praying mat, and water at hand so that you are not distracted by constantly getting up for this or that. 

11. IMP: This is not the night to tweet pics or update FB statuses about how amazing the night is and how you are feeling & worshipping Allah! Let that be a secret between you & your Rabb! So switch off those phones, Wifi, laptops and computers. Disconnect with the world, and connect with al-'Afuww!

12. If you find yourself feeling sleepy, vary your acts of worship. Alternate between qiyaam, heartfelt dua'a, reading the Qur'an. Do not spend the night listening to lectures or recitations. Or do it only for a short while when you feel the sleep coming on! 

13. Patience is the Key: The last 10 days might be tiring. You might still have work or school. This is the time to bear all that hardship, and keep firm sabr. Think how Allah has blessed you with this tremendous opportunity that might NEVER come again in your life again. If you knew for sure that this was your last Ramadhan, if you knew certainly that Jannah was up for grabs, wouldn't you sprint for it no matter what it takes?

14. This is most important: Keep husn adh-dhann bi Allah (good expectations from Allah). When you ask, remember you are asking the Most Generous King. If you hope for the best, He will give you the best. Don't hold back. Trust in Him, pour out your heart in front of Him, and let no doubt, no barrier, no evil thoughts keep you away from ar-Rahman, ar-Raheem!

Thursday, 6 June 2013

Adab bermusafir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah Allah berikan peluang kepada diri ini untuk mencari ilmu di negara orang dan diberikan kesempatan menjejaki dan mengambil ibrah di negara Islam & juga negara Barat.  Pada masa yang sama, Allah berikan juga tanggungjawab untuk berkongsi ilmu & pengalaman yang pernah diperolehi sepanjang bermusafir kepada sahabat-sahabat. Moga perkongsian ini mampu membantu sahabat-sahabat yang akan bermusafir, tidak kiralah jauh mahupun dekat, insyaAllah.

Imam As-Syafie’ : “Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. Dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iaitu menghilangkan kedukaan, mencari rezeki, faedah ilmu, faedah adab dan menemani orang yang mulia.”

Sesetengah ulama berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah mewakilkan para malaikat untuk menjaga orang yang bermusafir untuk melihat maqasid mereka. Maka, setiap orang akan diberikan habuan berdasarkan niat mereka. Sesiapa yang niatnya kerana dunia, maka akan diberikan habuan daripada dunia dan kuranglah bahagian akhiratnya yang berlipat ganda, dikecamukkan niatnya dan dia sibuk, tamak dan mencari dunia. Manakala sesiapa yang niatnya kerana akhirat, maka diberikan pandangan yang tepat, hikmah, kebijaksanaan dan dibukakan kepadanya peringatan dan pengajaran mengikut kadar niatnya. Dihimpunkan kepadanya niatnya, dan didoakan kepadanya oleh para malaikat dan diminta ampun oleh para malaikat kepadanya.”(Ihya Ulummudin, jilid 2)

Terlalu banyak faedah bermusafir; dapat membantu proses membina karakter seseorang individu, mengenali kebaikan & keburukan seseorang dengan lebih mendalam, mengambil ibrah daripada sejarah destinasi yang ditujui dan sehinggalah kepada faedah yang sangat besar, iaitu mengejar mardhatillah atau keredhaan Allah.

Jom kita belajar adab bermusafir mengikut sunnah. 

http://www.youtube.com/watch?v=V7LKbFw-Vn4

1. Berniat & berdoa sebelum memulakan permusafiran

Saya ingin kongsikan doa musafir yang diambil daripada buku panduan umrah. Boleh amalkan untuk setiap kali permusafiran, terutamanya bagi pelajar-pelajar yang akan meninggalkan keluarga di tanahair bagi melanjutkan pengajian ke luar negara. Sebelum bermusafir, niatkan terlebih dahulu tujuan permusafiran tersebut. Doakan juga agar Allah temukan dengan insan-insan yang baik yang dapat membantu kita sepanjang permusafiran.

Maksud doa:

Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga untuk keselamatan kaum keluarga yang ditinggalkan, harta benda, anak cucu, dan sahabat handai. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan & ketakwaan dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai. Ya Allah, kami memohon supaya diperdekatkan jarak perjalanan ini dan dimudahkan perjalanan kami ini dan kurniakanlah kepada kami di sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari segala bahaya dalam perjalanan & perkara-perkara yang mendukacitakan. Jauhilah perubahan buruk pada kaum keluarga, anak cucu, dan sahabat handai kami (yang telah ditinggalkan). Ya Allah, letakkanlah kami dan mereka sekalian dalam pemeliharaanMu. Janganlah Engkau mengubah kesihatan yang ada pada kami & pada mereka, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang. [1]

2. Melantik ketua perjalanan jika melibatkan 3 orang atau lebih.

3. Memastikan makanan & minuman yang halal terutamanya bagi individu yang akan ke negara yang majoritinya bukan Muslim

4. Menjaga amal ibadah ketika bermusafir. Islam memberi kelonggaran kepada umatnya yang bermusafir dengan membenarkan solat Jamak & Qasar dan pemakaian stoking Khuf bagi memudahkan mengambil wudhu.


Semoga Allah permudahkan setiap perjalanan kita di dunia & akhirat, ameen. Jika ada kesalahan dalam entry saya ini, mohon maklumkan kepada saya agar dapat diperbetulkan. Jazakumullahu khairan jazaa.

Rujukan :
1. Buku Panduan Praktis Umrah & Ziarah: Teman Tetamu Allah. Ditulis oleh Sidang Pengarang Darul Nu’man, Terbitan Darul Nu’man

 

Sample text

Sample Text