Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah
Allah berikan peluang kepada diri ini untuk mencari ilmu di negara orang dan
diberikan kesempatan menjejaki dan mengambil ibrah di negara Islam & juga
negara Barat. Pada masa yang sama, Allah
berikan juga tanggungjawab untuk berkongsi ilmu & pengalaman yang pernah diperolehi
sepanjang bermusafir kepada sahabat-sahabat. Moga perkongsian ini mampu
membantu sahabat-sahabat yang akan bermusafir, tidak kiralah jauh mahupun
dekat, insyaAllah.
Imam As-Syafie’ : “Mengembaralah dengan meninggalkan
negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. Dan bermusafirlah kerana terdapat lima
faedah bermusafir iaitu menghilangkan kedukaan, mencari rezeki, faedah ilmu,
faedah adab dan menemani orang yang mulia.”
Sesetengah ulama berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah mewakilkan para malaikat untuk menjaga orang yang bermusafir untuk melihat maqasid mereka. Maka, setiap orang akan diberikan habuan berdasarkan niat mereka. Sesiapa yang niatnya kerana dunia, maka akan diberikan habuan daripada dunia dan kuranglah bahagian akhiratnya yang berlipat ganda, dikecamukkan niatnya dan dia sibuk, tamak dan mencari dunia. Manakala sesiapa yang niatnya kerana akhirat, maka diberikan pandangan yang tepat, hikmah, kebijaksanaan dan dibukakan kepadanya peringatan dan pengajaran mengikut kadar niatnya. Dihimpunkan kepadanya niatnya, dan didoakan kepadanya oleh para malaikat dan diminta ampun oleh para malaikat kepadanya.”(Ihya Ulummudin, jilid 2)
Terlalu banyak faedah bermusafir; dapat membantu proses membina karakter seseorang individu, mengenali kebaikan & keburukan seseorang dengan lebih mendalam, mengambil ibrah daripada sejarah destinasi yang ditujui dan sehinggalah kepada faedah yang sangat besar, iaitu mengejar mardhatillah atau keredhaan Allah.

Jom kita belajar
adab bermusafir mengikut sunnah.
http://www.youtube.com/watch?v=V7LKbFw-Vn4
1. Berniat &
berdoa sebelum memulakan permusafiran
Saya ingin kongsikan
doa musafir yang diambil daripada buku panduan umrah. Boleh amalkan untuk
setiap kali permusafiran, terutamanya bagi pelajar-pelajar yang akan
meninggalkan keluarga di tanahair bagi melanjutkan pengajian ke luar negara. Sebelum
bermusafir, niatkan terlebih dahulu tujuan permusafiran tersebut. Doakan juga agar
Allah temukan dengan insan-insan yang baik yang dapat membantu kita sepanjang
permusafiran.
Maksud doa:
Ya Allah, Engkaulah
teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga untuk keselamatan kaum keluarga
yang ditinggalkan, harta benda, anak cucu, dan sahabat handai. Ya Allah,
sesungguhnya kami memohon kebaikan & ketakwaan dalam perjalanan ini dan juga
amalan-amalan yang Engkau redhai. Ya Allah, kami memohon supaya diperdekatkan
jarak perjalanan ini dan dimudahkan perjalanan kami ini dan kurniakanlah kepada
kami di sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta. Ya
Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu dari segala bahaya dalam
perjalanan & perkara-perkara yang mendukacitakan. Jauhilah perubahan buruk
pada kaum keluarga, anak cucu, dan sahabat handai kami (yang telah ditinggalkan).
Ya Allah, letakkanlah kami dan mereka sekalian dalam pemeliharaanMu. Janganlah
Engkau mengubah kesihatan yang ada pada kami & pada mereka, wahai Tuhan
yang Maha Pengasih lagi Penyayang. [1]
2. Melantik ketua
perjalanan jika melibatkan 3 orang atau lebih.
3. Memastikan makanan
& minuman yang halal terutamanya bagi individu yang akan ke negara yang
majoritinya bukan Muslim
4. Menjaga amal
ibadah ketika bermusafir. Islam memberi kelonggaran kepada umatnya yang
bermusafir dengan membenarkan solat Jamak & Qasar dan pemakaian stoking Khuf
bagi memudahkan mengambil wudhu.
Semoga
Allah permudahkan setiap perjalanan kita di dunia & akhirat, ameen. Jika
ada kesalahan dalam entry saya ini, mohon maklumkan kepada saya agar dapat
diperbetulkan. Jazakumullahu khairan jazaa.
Rujukan :
1. Buku
Panduan Praktis Umrah & Ziarah: Teman Tetamu Allah. Ditulis oleh Sidang
Pengarang Darul Nu’man, Terbitan Darul Nu’man
No comments:
Post a Comment