“HambaMu telah
datang menyambut panggilanMu Ya Tuhan, hambaMu datang menyambut panggilanMu.
Sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu dan
tidak ada sekutu bagiMu.”
Begitulah lafaz
talbiah yang senantiasa meniti di bibir setiap tetamu Allah ketika menjejakkan
kaki ke Baitullah. Hati manusia bersemangat menuju kepadanya masa demi masa,
tahun demi tahun tanpa mengira umur dan jarak perjalanan, bagi memerhati dan
mengambil ibrah daripada tempat suci ini.
Setiap hati pasti
akan tersentuh apabila melihat Kaabah. Takbir dilafazkan berulang-ulang kali
dan doa dibaca setiap kali melihat Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat
Islam. Antara petikan doa yang dibacakan ketika melihat Kaabah adalah, “
Wahai Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan,
dan kebaikan begitu juga tambahkanlah kurnia Engkau kepada sesiapa juga yang
memuliakan Baitullah dan membesarkannya daripada kalangan mereka yang
mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran, ketinggian dan
kebajikan.” Subhanallah,
setiap mata yang memandang, pasti seakan-akan tidak percaya akan diberi peluang
oleh Allah untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini.
Alhamdulillah seronok rasanya berpeluang melihat suasana umat Islam berpusu-pusu ke masjid meskipun azan akan berkumandang lagi sejam. Saf-saf sudahpun hampir penuh. Subhanallah suasana solat jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ketika waktu subuh dan isyak & solat Terawih sangat meriah, hampir sama bilangan makmum yang hadir. Ramai yang berlumba-lumba mencari keredhaan Allah dan ganjaran solat di MasjidilHaram yang setara dengan seratus ribu solat di masjid lain. InsyaAllah jika setiap tetamu Allah yang hadir itu dapat mengamalkan sikap yang sama iaitu bersiap sedia awal untuk solat berjemaah, berlumba-lumba mengimarahkan masjid di tempat asal mereka dan bersatu di dalam saf yang sama apabila mereka pulang ke tanahair, pasti umat Islam akan menjadi umat yang paling berdisiplin dan bersatu dalam menentang musuh. Inilah antara bekalan rohani yang perlu dibawa pulang oleh setiap tetamu Allah ke kampung halaman.
Alhamdulillah seronok rasanya berpeluang melihat suasana umat Islam berpusu-pusu ke masjid meskipun azan akan berkumandang lagi sejam. Saf-saf sudahpun hampir penuh. Subhanallah suasana solat jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ketika waktu subuh dan isyak & solat Terawih sangat meriah, hampir sama bilangan makmum yang hadir. Ramai yang berlumba-lumba mencari keredhaan Allah dan ganjaran solat di MasjidilHaram yang setara dengan seratus ribu solat di masjid lain. InsyaAllah jika setiap tetamu Allah yang hadir itu dapat mengamalkan sikap yang sama iaitu bersiap sedia awal untuk solat berjemaah, berlumba-lumba mengimarahkan masjid di tempat asal mereka dan bersatu di dalam saf yang sama apabila mereka pulang ke tanahair, pasti umat Islam akan menjadi umat yang paling berdisiplin dan bersatu dalam menentang musuh. Inilah antara bekalan rohani yang perlu dibawa pulang oleh setiap tetamu Allah ke kampung halaman.
Pertama kali
mendengar bacaan doa qunut yang paling panjang dalam hidup ini dan penuh dengan
makna, walaupun hanya dapat memahami beberapa ayat dek kerana ilmu bahasa Arab
yang masih cetek, bacaan doa qunut tersebut pasti mampu membuat setiap
tetamuNya mengalirkan air mata. Subhanallah..jika saya dapat memahami bahasa
Arab dan tafsir al-Quran dengan lebih mendalam, pasti setiap rakaat solat
terawih dapat dihayati dengan khusyuk. InsyaAllah, ayuh kita sama-sama gunakan
umur yang Allah berikan kepada kita untuk memperbaiki ibadah kita dengan cara
menimba ilmu sebanyak yang mungkin termasuklah bahasa Arab.
Makkah dan Madinah
menjadi tempat Allah mentarbiyah hamba-hambaNya dengan sikap bersabar. Cuaca
panas terik di Madinah yang boleh menyebab air separuh mendidih, mampu mendidik
hati agar bersabar dalam beribadah. Kebetulan, semasa bulan Ramadhan, cuaca di
Madinah begitu panas sekali, ujian buat tetamu-tetamuNya. Itu hanyalah
sebahagian kecil kepanasan dunia yang Allah ingin uji kepada semua tetamuNya.
Tak terbayang rasanya bila memikirkan kepanasan yang bakal dihadapi oleh
seluruh umat manusia ketika di padang Mahsyar nanti, di mana matahari akan
berada sejengkal di atas kepala seperti apa yang pernah diterangkan oleh
kebanyakkan ustaz dalam ceramah mereka. Allahuakbar, semoga Allah permudahkan
perhitungan kita kelak dan ditempatkan bersama orang mukmin.
Timbul rasa kagum
kepada muslimat-muslimat berbangsa Arab dan negara sekitarnya yang menutup
sepenuhnya aurat mereka dengan sentiasa mengenakan jubah hitam dan niqab biarpun
cuaca panas terik. Ada yang berpakaian sehingga 2-3 lapis dan menutup
keseluruhan muka, hanya dibiarkan lubang-lubang kecil pada bahagian mata untuk
melihat. Sebahagian daripada kita mungkin pernah mengeluh apabila dinasihatkan
untuk menutup aurat dalam keadaan suhu di Malaysia yang lebih sejuk berbanding
Madinah. Ada yang berfikir panjang untuk memakai sarung kaki yang wajib dipakai
bagi menutup aurat dengan lebih sempurna. InsyaAllah, semoga Allah lembutkan
hati-hati setiap hambaNya agar berlumba-lumba dalam berusaha menjadi muslimah
yang lebih baik. Apabila berbicara tentang pakaian, mengimbas kembali suasana
ketika di Baitullah di mana majoriti berpakaian putih dan hitam; putih bagi
yang berihram dan bertelekung manakala hitam bagi kebanyakkan yang berjubah.
Kita mengagungkan persaudaraan iman, mempereratkan ikatannya di antara jamaah
umrah serta menyemai persamaan di antara kita. Setiap insan memakai pakaian
yang sama, keadaan dan ibadah yang sama; tidak ada keutamaan di antara mereka
melainkan ketakwaan.
Salah satu perkara
yang berjaya menarik perhatianku adalah suasana ibu bapa yang membawa hampir
keseluruhan ahli keluarga mereka ke masjid untuk solat berjemaah. Ada yang
mendukung bayi yang masih kemerah-merahan ketika solat. Budaya yang mungkin
agak sukar dapat dilihat di Malaysia. Ada di kalangan kita yang bimbang
sekiranya anak-anak kita menangis yang mungkin akan mengganggu konsentrasi para
jemaah. Tidak salah jika mencuba untuk membawa kanak-kanak atau bayi ke masjid.
Yang penting adalah pastikan masjid tidak dicemari dengan najis mereka dan jika
bayi mula menangis, cubalah memujuk dengan cara mendukung. Banyak kaedah yang
boleh kita pelajari dalam mendukung anak ketika solat.
Ketika usia yang
masih muda ini, berazam, berdoa dan berikhtiarlah untuk menjejak kaki ke
Baitullah. Berusahalah dengan cara menimba ilmu untuk mengerjakan ibadah haji
& umrah, serta berusaha mencari rezeki yang halal bagi merealisasikan
cita-cita kita ini ketika mana badan masih sihat, akal masih cerdas mengingati
ayat-ayatNya dan kudrat yang masih kuat dalam beribadah. InsyaAllah semoga
setiap impian kita akan dimakbulkan oleh Allah. InsyaAllah setiap saat, tenaga
dan harta yang kita korbankan dalam ibadah ini pasti kelak akan menjadi bukti
kecintaan kita kepada Yang Maha Esa.
Dari Abu Hurairah
r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Satu umrah kepada umrah (lain)
adalah penebus bagi dosa yang ada di antara keduanya, dan haji yang mabrur itu
tidak ada balasan baginya kecuali syurga.” (HR. Al-Bukhari (II/629))
No comments:
Post a Comment