Info
tentang Turki
Sedikit ringkasan info menarik
tentang Turki:
- merupakan sebuah negara Timur
Tengah yang kedudukan geografinya terletak antara Eropah & Asia. Laut
Marmara digunakan sebagai sempadan memisahkan antara Eropah dan Asia.
- sejarah kegemilangan empayar Turki
Uthmaniyyah
- didiami oleh 73.7 juta penduduk,
bahasa Turki sebagai bahasa rasmi, sebuah negara secular dan tiada agama rasmi
(Islam merupakan agama dominan iaitu 97%), menggunakan matawang Turkish Lira
(TL) yang dianggarkan lebih kurang 2 kali ganda nilai Ringgit Malaysia, zon waktu GMT+2.
- perkhidmatan pengangkutan awamnya
sangat efisien dan terdapat banyak pilihan yang memudahkan pelancong untuk
melancong. Perkhidmatan bas ekspress di sini sangat mantap. Makanan disediakan
oleh pramugara bas bagi perjalanan jauh. Urusan pembelian tiket juga memerlukan
info jantina penumpang agar penumpang akan duduk di sebelah penumpang yang sama
jantina. Subhanallah, seronoknya kalau ada perlaksanaan sistem sebegini dalam
bas di Malaysia. Bagi penumpang suami isteri/keluarga, boleh kemukakan kad sah
nikah/ kad pengenalan.
Istanbul
Perjalanan kami bermula di Istanbul.
Sebaik saja mendarat di Attartuk International Airport, kami segera mengatur
langkah ke hsotel yang disewa, iaitu Stray Cat Hostel. Misi bermula dengan
pencarian mesin tiket untuk pengangkutan awam (Tren & Tram). Mujur Allah
kirimkan seorang pakcik untuk bantu kami dalam usaha membeli tiket tersebut.
Tiket tersebut lebih kurang seperti kad Touch n Go yang boleh ditambahnilai. Jika
tak silap saya, kami topup 10L setiap hari memandangkan tram merupakan
pengangkutan utama kami untuk ke setiap destinasi. Boleh je nak berjalan kaki,
tapi almaklumlah bila tram ada, kita ‘hop-on hop-off’ jelah. ^_^
Dari airport, kami menaiki tren dan
bertukar menaiki tram untuk sampai ke hostel di New Istanbul. Keadaan hostel
agak ok lah untuk kami yang travel sebagai backpackers dan budget travel.
Mungkin kurang sesuai bagi mereka yang allergic kepada kucing. Kami berehat dan
keluar mencari makan setibanya di hostel. perjalanan diteruskan pada keesokan
harinya.
Topkapi
Palace
Gambar pintu utama Topkapi Palace
Pada keesokannya, kami memulakan
perjalanan kami selepas breakfast dan menuju ke Topkapi Palace di Old Istanbul.
Alhamdulillah cuaca sangat baik. Musim panas di Turki terasa seperti di
Malaysia, cumanya kadang-kadang terasa angin yang dingin. Dicadangkan masa
melawat Topkapi Palace adalah sekitar 3-4 jam dan mulakan lawatan pada awal
pagi, muzium akan ditutup pada pukul 4petang, dibuka setiap hari kecuali Selasa.
Tempoh lawatan bergantung juga kepada bilangan pengunjung. Kami tak berkesempatan
melawat ke semua penjuru istana, tak sempat memasuki Harem (perlukan bayaran
asing jika ingin masuk). Tapi Alhamdulillah kami sempat melihat muzium barang
tinggalan Rasulullah SAW walaupun terpaksa beratur panjang. Terdapat sebuah
muzium (Royal Apartment) yang mempamerkan barang-barang Rasulullah SAW seperti
pedang, kesan tapak kaki, helaian rambut dan juga barang-barang lain kepunyaan
para sahabat dan para anbiya. Sayangnya, kami tidak dibenarkan mengambil gambar
di muzium ini.
Kaligrafi di hadapan pintu besar.
Di sudut lain pula, ditempatkan
koleksi pedang-pedang yang digunakan ketika berperang. Kejap merasa izzah
dengan kemenangan Islam dalam perang tersebut, kejap pula merasa gerun bila
teringat pedang tersebut telah menumbangkan ribuan manusia. Terdapat juga
muzium yang menempatkan barangan dapur istana & juga koleksi jam yang
dihadiahkan oleh negara-negara lain. Koleksi jam yang sangat unik dan sangat
cantik. InsyaAllah rasanya susah sangat nak jumpa sebegitu pada zaman sekarang.
Subhanallah cantik hasil seni binaan
tamadun Islam pada zaman dulu. Pernah diberikan kesempatan untuk melihat istana
tinggalan tamadun Inggeris. Tapi personally saya rasa, seni bina istana tamadun
Islam seperti Topkapi Palace (di Istanbul) dan Istana Cordoba (di Spain)
ternyata jauh lebih menarik perhatian saya. Seni binanya penuh dengan tulisan
khat yang mengagungkan Allah dan ayat alQuran di dinding-dinding. Berbeza
dengan seni bina istana tamadun Inggeris, misalnya Istana AtTartuk yakni istana
Dolmabahce (di Istanbul) yang lebih menekankan unsur kemewahan melalui
penggunaan emas pada tiang, rangka pintu, bingkai gambar dan perabot.
Setelah hampir 3 jam di situ, kami
menunaikan solat Zuhur di salah sebuah surau di dalam istana dan bergerak ke arah
Haghia Sophia.
Haghia
Sophia/Ayasofya Mosque
Gambar dari luar Haghia Sophia
Haghia Sophia pada asalnya merupakan
gereja, kemudian diubah kepada masjid selepas pembukaan dan kini, merupakan
sebuah muzium. Ketika Sultan Mehmed II menguasai bandar ini pada tahun 1453,
Haghia Sophia berada dalam keadaan terbiar memandangkan pemerintah sebelum itu
tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Setelah penguasaan Constantinople ataupun
Istanbul, bangunan ini diubahsuai menjadi masjid. Ketika diubah menjadi masjid,
solat fardhu Jumaat yang pertama adalah diimamkan sendiri oleh Sultan Mehmed
II. Subhanallah, sangat kagum dengan pemimpin yang berjaya memimpin rakyat
bukan sekadar dalam urusan pentadbiran negara, tetapi juga dalam amal ibadah.
Di setiap bucu dalam bangunan, diletakkan kaligrafi tulisan “Allah, Muhammad,
Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Hasan, Husein.” Kami berkesempatan menziarahi
makam para sultan yang terletak di dalam sebuah muzium di antara Topkapi Palace
dan Haghia Sophia. Kami hanya mengambil gambar di luar Haghia Sophia dan mengambil
keputusan untuk tidak masuk ke dalam kerana ada berita yang mengatakan bahawa
hasil kutipan tiket akan disumbangkan kepada gereja. Sahih ataupun tidak,
wallahualam. Lagi pun kami agak kepenatan bila ternampak barisan pengunjung
yang beratur terlalu panjang. Jadi kami hanya berehat dan menjamu makanan
ringan di gerai berhampiran.
Di bahagian luar Haghia Sophia,
terdapat gerai-gerai makana, dan salah satu gerai yang menarik perhatian adalah
gerai menjual Simit. Simit, roti berbentuk seperti cincin besar yang ditaburi
dengan bijan dan boleh dicelup ke dalam coklat cair, lebih kurang macam pretzel. Salah satu makanan yang terkenal di Turki. Minuman yang terkenal pula adalah teh Turki yang dihidangkan dalam cawan yang kecil.
Gerai yang menjual Simit.
Blue Mosque
(Sultanahmet Mosque)
Blue Mosque. (alamak termasuk pula gambar makcik Turki)
Kami kemudian meneruskan lagi
perjalanan ke Blue Mosque yang terletak sangat hampir dengan Topkapi Palace dan
Haghia Sophia, mungkin sekadar 100-150 meter jarak. Di pertengahan jalan, kami
diberhentikan oleh 3 orang gadis bertudung dan memberi salam kepada kami dan
bertanyakan sekiranya kami berasal dari Indonesia. Adik-adik ni sangat excited
semasa memberi salam dan apabila kami beritahu yang kami orang Malaysia, riak
wajah mereka nampak seakan-akan agak kecewa kerana menyangka kami orang
Indonesia. Apa-apa pun kita masih serumpun. Kami berbual sebentar dengan
adik-adik tu. Rupanya adik-adik ni belajar di salah sebuah university di Turki
dan sedang menghadiri conference di Istanbul. Tak lama kemudia, datang pula 3
orang lelaki menyapa kami bertiga. Mereka bertiga antara peserta conference
tersebut juga. Selepas berbual-bual dengan keenam-enam adik ini, kami bergerak
ke Blue Mosque untuk solat Asar berjemaah. Subhanallah, seronok rasa dapat
melancong ke negara orang dan bukan saja tak perlu risau tentang tempat untuk
menunaikan solat, tapi dapat peluang menunaikan solat secara berjemaah di dalam
masjid. Mungkin itu yang menambahkan lagi kemanisan bermusafir.
Blue Mosque
Blue Mosque telah dibina antara tahun
1609 dan 1616 dan upacara pecah tanah dilakukan oleh Sultan Ahmed I.Pada
awalnya, kompleks masjid ini mengandungi sekolah rendah, hospital, maahad
tahfiz, hamam (tempat mandi umum) dan kedai-kedai. Kebanyakkan
bangunan-bangunan telah roboh dan yang menjadi tinggalan sekarang adalah
masjid, makam dan madrasah. Hiasan dalaman masjid ini cukup cantik. Kebanyakkan
masjid di Turki mempunyai chandelier (lampu besar) di bahagian tengah masjid.
Ini antara masjid yang wajib dilawati jika melancong ke Istanbul. Anatara typical
senibina masjid disini adalah mempunyai kubah yang banyak, menara di setiap
penjuru kubah dan chandelier.
Selepas selesai menunaikan solat,
kami bergerak keluar mencari makan malam. Perjalanan diteruskan pada
keesokannya.
No comments:
Post a Comment