Alhamdulillah merasa jugak sampai ke Sabah :)
Teringin nak ke Sandakan, ziarah Azira dan kalau keadaan mengizinkan, boleh ke Sepilok, Semporna dan pulau-pulau cantik seperti Mabul dan Sipadan. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami sekeluarga. Setibanya di airport, saya membuat survey harga kereta sewa/taxi sewa. Kebanyakkannya agak mahal jika diambil bersama tourist guide (kira-kira rm350 jika ke gunung dan rm450 per day ke poring hot spring). Mujur kami bawa GPS ke Sabah, dan kebetulan ada seorang pemilik kereta sewa offer harga kereta sewa yang lebih murah, rm120 per day, kereta proton saga baru 1.3, dan alhamdulillah meter minyak kereta tak rosak (hehe selalu dapat kereta sewa dengan meter yang rosak bila menyewa di Langkawi). Dari airport ke hotel, kami menaiki teksi MPV, rm40 bagi perjalanan kira-kira 15-20 minit.
Kami berada di Sabah selama 4 hari 3 malam. Hari pertama, kami bersiar-siar di sekitar pasar philipines dan waterfront. Hari kedua, kami menyewa kereta awal-awal pagi dan bergerak ke Gunung Kinabalu, Kundasang, Poring Hot Spring dan Tamparuli. Hari ketiga pula kami bergerak ke Tunku Abdul Rahman marine park. Hari keempat, kami sekadar shopping souvenir di pasar tamu.
Pusat bandar kota kinabalu
Kami sekeluarga stay di Pantai Inn, agak strategik, within walking distance to pasar philipines (10-15minute). Harga agak reasonable, cumanya tax dan service charge agak tinggi. Saya tak pasti kalau kesemua hotel di Sabah dikenakan tax dan service charge. Setakat pengalaman saya berjaulah bersama rakan-rakan dan bertanggungjawab untuk uruskan accommodation di Istanbul dan 4 buah daerah di Spain, kesemua hotel & hostel yang ditempah, tidak dikenakan tax dan service charge. The price was exactly same as the price stated on the website. Rasa sedikit tertipu bila nak checkout dan terpaksa bayar lebih. Banyakkk..huhu. Hotel ini saya tempah online. Dari segi parking, parking agak senang dan available. Bilik pun agak bersih dan kemas. Ok la, nothing to complain except the tax. Terdapat pasar tamu di lorong belakang hotel pada setiap pagi ahad. Bagi yang ingin membeli souvenir buat Muslimat, mungkin boleh beli pearl brooch atau bracelet di sini ataupun di pasar philipines. Bagi muslimin pula, boleh try tshirt. Jangan lupa untuk negotiate harga. Di pasar philipines (opposite La Meridean Hotel) pula, boleh dibeli souvenir dan barangan makanan kering (ikan bilis putih, ikan kering, collagen/rumpai laut dan sebagainya), dan kalau ada budget lebih, boleh try makan seafood fresh di pasar tersebut, especially sotong bakar & king prawn (huhu mahal sangat yang ni).
Terkejut tengok kuda laut kering pun ada dijual di pasar philipines. Katanya, bagus
untuk buah pinggang. tak sanggup rasanya nak makan.
Gunung Kinabalu & Kundasang
Dinasihatkan bagi yang ingin ke gunung supaya keluar awal pagi, pada pukul 7 supaya keadaan kurang berkabus bila tiba di puncak nanti. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam dari pusat bandar, dan bergantung kepada keadaan trafik(hehe banyak lori yang bawa slow) dan cuaca yang berkabus.Terdapat banyak resort & homestay di sepanjang kaki gunung dan puncak gunung. Saya tak pasti berapa harganya. Lagi baik kalau tempah bermalam lebih awal, takut-takut terdampar kat atas gunung pulak kalau bilik dah penuh.hehe.. Gunung yang cantik sangat tapi pada hari yang saya sekeluarga pergi, cuaca agak kurang mengizinkan untuk kami mengambil gambar puncak gunung.
Alhamdulillah setibanya di Kundasang, cuaca dah semakin baik. Kundasang ni lebih kurang seperti Cameron Highland, sejuk nyaman dan merupakan tempat tanaman sayur-sayuran, teh dan strawberry. Kat sini strawberry kecil dan mahal sikit berbanding di Cameron Highland. Bagi yang suka buah-buahan, boleh singgah di sebaris gerai buah-buah di bahu jalan. Haritu harga buah Durian Belanda/Eropah murah sangat kat situ, rm6/kg. Kalau di Alor Setar ni agak mahal, dalam rm15/kg. Susah jugak nak jumpa buah ni. Buah ni sangat bagus untuk cegah kanser, sama seperti brokoli. Alhamdulillah sempat juga menunaikan solat di masjid tertinggi di Malaysia (hehe saya rasalah), bukan dari segi ketinggian bangunan masjid ini, tapi tinggi dari segi kedudukannya di atas Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia :)
Kundasang
Pasar buah Kundasang
Kolam air panas Poring
Kolam ini terletak kira- kira 20 minit memandu dari Ranau. Pada kebiasaannya, pelancong akan singgah di sini selepas turun dari Gunung Kinabalu dan Kundasang.
Tamparuli
Kami singgah di Tamparuli dalam perjalanan pulang dari gunung ke pusat bandar. Dalam perjalanan ke Rumah Terbalik, kita akan dapat lihat jambatan tergantung yang juga merupakan tarikan pelancong ke sini. Di Rumah Terbalik, setiap pelancong dikenakan bayaran untuk masuk, bagi yang berminat nak masuk ke dalam rumah, dikenakan bayaran rm10 per person dan dilarang mengambil gambar di dalam rumah. Bagi yang hanya berminat mengambil gambar luar rumah, dikenakan bayaran rm5 per person.
Tunku Abdul Rahman Marine park
Kami bergerak ke Jesselton point yang terletak kira-kira 5minute drive from hotel dan menaiki bot ke Sibu Island dan Manukan Island. Tiket rm33 per person, tax rm 7.20 dan conservation fee rm3 (bayar apabila tiba di pulau pertama). Subhanallah cantik sangat pulau-pulau ni, nak snorkelling dan seawalking pun boleh. Air yang sangat jernih, pasir yang memutih dan tidak tercemar. Pantai yang luas dan bagi yang ingin mengelakkan pandangan ke arah 'ikan duyung', hehe (orang yang memakai bikini dan terdampar di pantai), boleh memilih tempat yang kurang padat sikit.
Sibu Island
Manukan Island
Bagi yang merancang untuk ke Sabah, enjoy your trip! Betulkan niat bermusafir dan perbanyakkan doa ketika bermusafir nanti ^_^
bestkan travel sabah. :D byk lg ni tmpt xdpt pegi
ReplyDelete