Social Icons

Pages

Wednesday, 19 February 2014

Nasi kerabu Irish style


Ni resepi nasi kerabu yang masak 1st time dulu-dulu. Jazakillahu khayr to kak zue yang kongsikan resepi nasi kerabu kelantan. Tapi saya dah tukar sikit jadi nasi kerabu Irish style sebab tak cukup barang time tu.. Masak ala perantau.

First time masak resepi ni masa hari raya aidiladha masa 3rd year. Mama selalu pesan, kalau nak masak sedap, jangan lupa selawat dan masak dengan kasih sayang. ^_^

Resepi nasi kerabu irish style:

Saiz hidangan: 8-10 orang (ni saya masak untuk muslimat, muslimat makan sikit2 je ^_^)
Masa diperlukan: 2jam (kalau ada orang tolong hiriskan sayur, lagi kurang masa diperlukan, hehe)



Bahan-bahan:
Nasi:
3-4 cawan beras
Pewarna biru muda (gunakan 1-2 titik sahaja untuk hasilkan warna baby blue)
2 helai daun pandan

Lauk:
Ayam/ikan goreng

Kerabu tuna:
3 tin Tuna (versi perantau, kalau senang dapatkan ikan fresh lagi better)
3-4 batang serai, dihiris halus
2 cawan kelapa parut - digoreng sedikit tanpa minyak sehingga keperangan.
3-4 ulas bawang merah dihiris nipis
Minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit air perahan lemon

Kuah sambal:
1/2 - 1 cawan minyak masak
20 tangkai cili kering (dibelah, direndam dalam air panas selama 20 minit, kemudian ditapis dan dibuang biji cili)* 
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang merah*
1-2 sudu makan serbuk kunyit
1 keping asam keping
(Bahan bertanda * dikisar bersama)

Sayur/ulam :
- brocolli dan carrot yang dipotong kecil dan direbus sebentar.
- menu asal nasi kerabu menggunakan timun, kacang panjang & taugeh yang dihiris halus. Bagi anak perantau yang ingin menjimatkan kos/mengubah selera, boleh menggantikannya dengan brocolli dan carrot yang lebih murah harganya ;)

Accessory:
-telur masin (jika ada)
-keropok goreng
- budu

Cara-cara:
1. Sediakan bahan untuk memasak nasi. Beras dibasuh dan dimasukkan air mengikut sukatan. Titiskan pewarna biru dan daun pandan ke dalam beras dan digaulkan. Masak nasi di dalam rice cooker.
2. Bagi menyediakan sambal, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar tadi dan masukkan asam keping. Tumis sehingga pecah minyak (minyak timbul di permukaan kuah sambal) dan aroma sambal boleh dihidu, lebih kurang 15-20 minit. Sambil menunggu kuah sambal masak, boleh sediakan kerabu tuna. Masukkan serbuk kunyit dan kacau selama 5 minit. Kuah sambal siap dimasak bila kuahnya agak kering.
3. Untuk kerabu tuna, tumiskan bawang merah sehingga keluar aroma. Kemudian masukkan tuna yang telah dihancurkan dan tuang sedikit perahan lemon. Gaulkan sehingga tuna agak masak. Masukkan hirisan serai dan gaul selama 3-4 minit. Akhir sekali, masukkan kelapa parut dan masukkan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati. Bagi yang sukakan kerabu tuna yang lebih halus, kerabu boleh juga dikisar di dalam blender sebelum dihidangkan.
4. Untuk penyediaan lauk, ayam atau ikan boleh digorengkan bersama garam dan kunyit. Sayur-sayuran pula dihiris halus dan dihidangkan (saya gunakan carrot dan brocolli, so saya hiris terlebih dahulu sayur tersebut dan kemudian direbus.) 

Siap! ^_^

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text