Alhamdulillah kali ni cookies ni menjadi ^_^ resepi chocolate chips cookies ala-ala famous amos.. Masa belajar 2nd year dulu-dulu pernah try bake cookies ni dengan izyan tapi tak menjadi. Ada yang kurang crunchy, ada yang terhangit. Oven rumah tu pun ada masalah jugak sebab takde temperature. Just ada 4 gambar icon je. Pelik sungguh. Hehe main agak-agak jelah masak.
Alhamdulillah try lagi kali ni sementara belum start kerja lagi. Crunchy dan just nice cookies ni. Next time, insyaAllah boleh try guna nuts jugak. Resepi ni untuk rujukan saya in the future, tapi kalau ada yang nak cuba, silakan. Saya pun tak ingat siapa tuan resepi ni. Saya ada modify sikit ikut bajet saya.
Resepi chocolate chips cookies:
Saiz hidangan: 100-150 cookies (bergantung kepada saiz yg diingini).
Masa diperlukan: 1jam setengah
Bahan-bahan
250g mentega
2 cawan gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 setengah cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bicarbonat*
1 sudu teh baking powder*
Setengah cawan serbuk koko*
1 cawan chocolate chips
Kacang pecan/almond yang dikisar (optional)
Cara-cara
1. Pukul mentega bersama gula castor sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sehingga gebu.
3. Ayak bahan bertanda *. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit ke dalam mixer.
4. Masukkan chocolate chips ke dalam adunan. Sediakan tray untuk membakar dan bentukkan adunan itu seperti guli (saiz ni akan hasilkan cookies sebesar bulatan diameter approx. 3-4cm. Boleh besarkan saiz jika inginkan cookies yang lebih besar).
5. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius. Masukkan tray ke dalam peti sejuk sementara menunggu oven panas. Selepas 5 minit, bakar adunan tadi di dalam oven selama 15-20 minit.

Alhamdulillah ni hasilnya.. Colour memang nampak gelap sikit tapi sedap :) Maybe kalau letak pecan or almond, akan nampak cantik sikit. Boleh try untuk raya nanti insyaAllah..
No comments:
Post a Comment