Perjalanan
pada pagi seterusnya diteruskan dengan menaiki feri dari hentian Kabata ke
Bursa. Setibanya di Bursa, kami menaiki bas untuk ke city centre. Hurm, seperti
biasa, ada masalah sedikit bila berkomunikasi dengan pakcik2 bila nak bertanya tentang
bas mana yang perlu diambil. Alhamdulillah Allah temukan kami dengan seorang
pakcik yang juga merupakan pelancong di situ. Setelah hampir 45-60 minit
menaiki bas, kami tiba di city centre. Susah jugak sebenarnya nak mencari bus
stop yang dicari. Mujurlah Ulucamii agak besar dan kami memilih bus stop
selepas ternampak Ulucamii. Kami menunaikan solat Zuhur di salah satu surau
sebelum bergerak ke Ulucamii.
Huhu,
perut pun dah mula lapar. Susah jugak nak mencari kedai makan yang menjual
kebab atau makanan berat. Kebanyakkan kedai makan di sekeliling Ulucamii adalah
café yang menjual kopi dan minuman. Alhamdulillah, setelah berjalan 15-20
minit, kami terjumpa restoren Kebab Iskander. Kebabnya agak mahal. Menu yang
kami makan: kebab Iskander + jus delima, berharga lebih kurang 20 TL atau
10euro atau RM40+. Kebiasaanya, kalau di Ireland, kebab selalunya dijual pada
harga 5-7euro, tapi kalau di UK, lagi murah. Boleh dapat 1 meal kebab (termasuk
fries) pada harga kurang 5 pound (bergantung pada tempat). Walaupun haga Kebab
Iskander ni agak mahal, tapi masyaAllah, ni kebab paling sedap pernah saya
makan di dunia ^_^ hehe exaggerate. Tapi seriously sangat sedap, Alhamdulillah..
Kami
meneruskan perjalanan ke Koza Han iaitu bazaar. Barang yang best dijual disini
bukanlah baju (walaupun target nak membeli jubbah disini), tapi buah-buahan
yang segar, manis & murah.. Bazar yang sangat besar dan mempunyai 4
penjuru. Kalau nak shopping di sini, pastikan anda bargain..
Selesai
shopping & makan buah-buahan, kami bergerak ke Ulucamii/Mescid. Masjid di
Turki terlelu banyak. Bagi yang bercadang nak ke Turki, tanamkan azam untuk
beriktikaf dan mengumpul pahala solat tahiyatul masjid di masjid-masjidnya.
Alhamdulillah kami juga berkesempatan untuk bertemu dengan makcik-makcik yang
sangat baik dan mesra. Jelas kelihatan kemesraan mereka meskipun kami tak mampu
berbual-bual kerana makcik-makcik ni tak memahami bahasa Inggeris. Memang agak
sukar untuk bertemu rakyat Turki yang boleh speaking English di Bursa.
Sejam
sebelum Maghrib menjelang, kami segera bergerak ke stesyen bas Bursa yang
terletak lebih kurang 30-40minit dari Ulucamii. Lebih kurang 4 jam di sana,
kami bergerak menaiki bas ke Ankara.
Ankara
Kami bermalam di sebuah hostel berhampiran Universiti Ankara. Kami sempat menziarahi Kocatepe Camii/mosque. Masjid yang sangat besar. Perjalanan dari hostel kami mengambil masa lebih kurang setengah jam berjalan untuk ke masjid. Sekali sekala berpeluang tarbiyah badaniyah, apa salahnya ^_^ asyik berjalan dalam cuaca sejuk di Ireland, kali ni tukar angin pulak :)
Pada asalnya kami bercadang untuk ke makam Attarturk, tapi memandangkan masa yang tidak cukup untuk perjalanan ke sana, kami membatalkan niat kami.
No comments:
Post a Comment