Social Icons

Pages

Sunday, 8 February 2015

10 tips buat bakal doktor Muslim


Alhamdulillah dh 10 bulan jadi HO.. Banyak sgt masam manis life as HO. 3-4 kali pernah ditanya oleh MO, menyesal tak jadi HO? InsyaAllah tak :) maybe kadang2 pernah rasa penat tapi insyaAllah banyak hikmah yang Allah kurniakan. I'm not perfect but InsyaAllah i'll try my best to improve.. I believe, there's always room for improvement.

 Dalam masa 10 bulan ni, banyak benda yang saya observe dan insyaAllah sedikit sebanyak boleh digunakan untuk perbaiki diri saya sebagai HO dan bakal MO insyaAllah.. Maybe berguna jugak untuk adik2 yg bakal bekerja nanti :) tak kisahlah kita graduan overseas or local university, insyaAllah setiap orang ada kelebihan yang boleh digunakan dan gunakan peluang yang ada untuk baiki kekurangan. Never underestimate our potential.

 1. Niat dan doa
Perbetulkan niat kita bekerja setiap hari.. Sebagai muslim, perbetulkan niat kita bekerja kerana Allah. InsyaAllah jika niat kita betul2 ikhlas kerana Allah, seletih mana pun kita, pasti stress level kita masih mampu dikawal. Tapi jika niat kita tak betul, misalnya terpaksa jadi Dr atas desakan keluarga, kerja yang ringan akan terasa sangat membebankan. Banyakkan berdoa sebelum memulakan kerja agar dipermudahkan kerja. Personally, dalam banyak keadaan, doa sangat membantu. Contoh real case, bila mana seorang senior HO meminta tolong untuk branulla setting yang dah berkali-kali dia cuba tapi still tak dapat. Bila junior HO mencuba, alhamdulillah berjaya sekali cubaan! Semuanya atas pertolongan Allah, Allah yang permudahkan kerja..

Sentiasa bersangka baik yang Allah akan bantu kita. Setiap pagi, minta restu parents dan minta doa mereka juga. InsyaAllah rezeki yang kita dapat akan lebih berkat. Awal2 pagi bila kita nak mulakan kerja, niatkan untuk tulis AM review sambil ziarah pesakit2. InsyaAllah 70,000 malaikat akan turut doakan rahmat untuk kita sepanjang hari tersebut. Hehe bukan senang nk dpt doa malaikat setiap hari, alhamdulillah bersyukur Allah pilih kita untuk ziarah pesakit di hospital. ^_^

2. Disiplin
This is the most important point for all doctors. Attitude. MIA (missing in action) antara masalah disiplin yang agak besar sebenarnya, tak kisahlah apa jua kerjaya pun. Pesanan saya untuk diri sendiri dan adik2, sentiasa ingat yang kita bekerja dengan nyawa manusia. Jangan disebabkan kemalasan, nyawa manusia lain diperjudikan. Cuba bayangkan jika pesakit tu adalah keluarga kita. Mesti kita taknak dapat doktor yang malas kan? Bagi muslim, sentiasa ingat yang kehalalan setiap sen gaji yang kita dapat tu bergantung kepada mutu kerja kita. Kalau MIA, takut2 jadi haram pulak gaji kita. Naudzubillah..

3. Sabar, sabar, sabar
Kerja sebagai HO memang memenatkan.. Kadang2 terpaksa 'ikat perut' dan terpaksa biarkan bladder full demi memastikan setiap plan yang dirancang utk pesakit2, dijalankan dgn sebaiknya. Disebalik kesibukan, insyaAllah ada banyak perkara mampu buatkan saya tersenyum, alhamdulillah.. Suatu nikmat bila dapat lihat pesakit yg pada awalnya admitted to ICU and intubated, bila dijaga berhari-hari, alhamdulillah dia mampu berjalan pulang ke rumah dgn senyuman dan ucapan terima kasih kepada Dr. Suatu nikmat bila Allah hadirkan manusia yang bermasalah, datang sebagai pesakit kita dan Allah bukakan peluang untuk berdakwah. Kesibukan kita bekerja mungkin membataskan dakwah kepada umum tapi apa yang specialnya, Allah hampirkan mereka dekat dgn kita untuk mudahkan kerja dakwah kita insyaAllah..

Bila dimarahi walaupun bukan atas kesalahan kita, bersabarlah. Sentiasa cuba bersangka baik. Mungkin keadaan agak berbeza di UK/ireland di mana jika seorang consultant (majoriti) ingin menegur, dia mungkin menegur ketika tutorial/meeting, bukannya di hadapan pesakit. Mungkin keadaan masa dan ruang yg terhad di sini menyebabkan ramai yg lebih mudah menegur secara direct di hadapan pesakit.. Setiap manusia dijadikan dgn personaliti berbeza. InsyaAllah ada hikmahnya, Allah temukan kita dgn setiap orang yg berbeza perwatakannya. Jangan terlalu sensitif, ambil teguran itu sebagai pembakar semangat utk menjadi HO yg lebih baik.

4. Be positive and optimis
Sentiasa berfikir positif dan bersyukur baik ketika diuji mahupun ketika dilimpahkan nikmat.

5. Rebut peluang menimba ilmu.
Banyak peluang utk tambah ilmu sepanjang HOship, e.g suturing course, life saving course, stress management, and other clinical management. Semasa tagging, rebut peluang untuk observe setiap procedure. Selepas observe, cuba assist and next cuba perform sendiri. Satu kelebihan jika kita pandai berbahasa mandarin & tamil. Mudah untuk berbual dgn pesakit. Ambil peluang HOship ni juga untuk grab sebanyak mungkin vocab drpd our colleague dan juga patient. Pernah berkali-kali diajar bahasa Mandarin dan Hokkien oleh patient di klinik bila meneka sy berdarah Cina. Walaupun sibuk, tapi insyaAllah sempat jika kita ada kemahuan.

6. Jaga kesihatan fizikal, rohani dan mental.
Sesibuk mana pun kerja, jangan lupa untuk grab makanan untuk dimakan. Biar sentiasa ada biskut atau roti bun dalam beg. Bila tak sempat ke cafe, boleh makan kt pantri for 5min. Jangan zalimi badan kita. InsyaAllah rehat jap 5-10min untuk ke tandas, makan dan solat. Jangan jadikan alasan sibuk tu untuk melambatkan solat. Takut hilang redha Allah bila ibadah tak dijaga sepanjang bekerja. Satu lagi, isu aurat dan ikhtilat. Usah memandang ringan tentang aurat terutamanya bagi doktor muslimah. InsyaAllah kebanyakkan dewan bedah ada menyediakan tudung sterile yg berwarna biru/hijau. Pakai tudung, jangan hanya memakai cap. Jaga aurat kita, jaga hubungan dgn Allah, insyaAllah Allah akan sentiasa jaga kita. Jika rasa stress, rehat sebentar. Jangan paksa diri sendiri. 1-2 bulan sekali cuba reward diri dgn bercuti bersama keluarga. InsyaAllah selepas cuti, akan rasa lebih segar untuk bekerja.

7. Menjaga hubungan sesama manusia.
Jaga hubungan kita dgn rakan sekerja, staff nurse, pesakit, keluarga pesakit dan staf hospital yg lain. Beradablah bila bercakap. Bila kita menjadi orang atasan, hormati yg di bawah. Bila bekerja, tak kiralah seletih mana pun kita, janganlah bersikap biadap. Berakhlaklah seperti muslim sejati. Berikan senyuman setiap kali bertemu pesakit. InsyaAllah senyuman seorang doktor mungkin mampu mengurangkan penderitaan pesakit tersebut.

8. Plan kewangan sebaik mungkin.
Memang best bila 1st time dapat gaji dgn effort sendiri. Banyak benda yg nk diberikan kpd diri sendiri sebagai reward. Sebaik-baiknya, rancang dulu kewangan kita sejak gaji pertama lagi. Sedikit panduan yg boleh kita guna dalam mengurus kewangan. Setiap individu mungkin ada cara yg lebih baik utk dirinya.

 20% gaji untuk kebajikan kedua ibu bapa (dari kecil sampai ke besar mereka jaga kita, sumbangkanlah gaji kita untuk mereka. Bagi lebih drpd 20% lagi bagus, bergantung kpd kemampuan kita)
10% gaji untuk pelaburan/saving. 
10% gaji untuk anak dlm jgka masa sederhana dan jangka masa panjang.
10% gaji untuk pendidikan untuk diri (Buku, kursus)
10% gaji untuk kemahuan diri dan pasangan.
20% gaji utk perbelanjaan sewa
10% gaji untuk pemberian hadiah, sedekah, infaq, zakat.
10% gaji untuk insuran, bil dan sebagainya

9. Rawat pesakit sepertimana kita merawat keluarga kita.
Anggap setiap pesakit kita adalah ahli keluarga kita. Pandang mereka dgn pandangan kasih sayang dan simpati. Rawat sebaik mungkin. Jika mereka cerewet, bersabarlah. Anggap seakan-akan kita tgh menjaga ibu bapa kita. Akan ada suatu masa, pesakit kita itu seorang penagih dadah, seorang wanita yg mengandung kerana terlanjur ataupun banduan. Siapa pun dia, kita tak layak menghukum mereka. Sejahat mana pun seorang banduan, rawatlah mereka seperti seorang hamba Allah. Jangan menghukum masa lalu mereka. Barangkali taubat mereka lebih diterima Allah berbanding kita? Hanya Allah yg berhak menghukum. Rawatlah mereka seperti pesakit lain.

10. Sentiasa bersyukur.
Bersyukurlah Allah berikan nikmat kpd kita untuk menjadi doktor. InsyaAllah Allah tambah nikmat hambaNya yg bersyukur. Bukan semua org Allah mudahkan urusan utk menjadi doktor. Ada yg tersungkur separuh jalan. Ada yg kuat semangat belajarnya tapi Allah tak rezekikannya utk menjadi doktor. Banyak pahala yg Allah ingin berikan kpd kita. Jika terasa susah, sentiasa ingat yg Allah takkan membebani hambaNya dengan sesuatu yg hambaNya tak mampu tanggung. Banyakkan istighfar, insyaAllah banyak kerja yang Allah akan permudahkan.

Kata-kata hikmah Salahuddin AlAyyubi sebagai sumber motivasi insyaAllah :
- saya meminta kekuatan dan Allah memberi saya KESULITAN untuk menjadikan saya KUAT
- saya meminta kebijaksanaaan dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN
- saya meminta kemakmuran dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA
- saya meminta keberanian dan Allah memberikan saya BAHAYA untuk DIATASI
- saya meminta cinta dan Allah memberikan saya orang BERMASALAH yang perlu DIBANTU
- saya meminta nikmat dan Allah berikan saya PELUANG
- saya tidak meminta apa-apa untuk diri saya tapi saya menerima semua yang saya perlukan

Saya pun masih HO yg muda, hehe, banyak lagi yg perlu belajar. Sekadar berkongsi ilmu serba sedikit..

Moga Allah permudahkan semua urusan kita insyaAllah.. :)

Tuesday, 13 January 2015

Pesanan seorang Dr buat ibu bapa

Pesanan buat para ibu bapa/ bakal ibu bapa; elakkan memaksa si anak menjadi doktor jika itu bukan impiannya.

1. "Kerja sbg doktor itu mulia. Tak salah kan jika inginkan anak menjadi doktor?"
- Ya, alhamdulillah, memang pekerjaan doktor itu salah satu kerja yang mulia. Tapi bergantung juga kpd niat dan perbuatannya. Jika niat si anak yang terpaksa bekerja kerana ibu bapa, mungkin perbuatannya akan membahayakan pesakit sekiranya dia merawat sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Risau jika dia hanya mengumpul dosa-dosa sepanjang bekerja. Usah 'cagarkan' nyawa insan lain (bakal pesakit si anak) hanya demi mengejar cita2 si ibu bapa.

2. "Dia pandai dan mampu belajar medic."
 - belajar dan bekerja adalah 2 hal yg berbeza. Ada segelintir pelajar yg excellent semasa di medical school tapi bila bekerja sbg doktor, praktikalnya lemah. Bila disoal, rupanya ramai yg dipaksa menjadi doktor. Ada juga yg depressed bila terpaksa melakukan kerja yg tak diminati. Kepada ibu bapa, jangan rosakkan masa depan anak anda dgn memaksanya. Jika si anak minat medic tapi tak minat bekerja sbg doktor di hospital, si ibu bapa usah risau dan berasa rugi. Bidang perubatan sgt luas, tak terhad kpd bekerja di hospital semata-mata. InsyaAllah luas lg peluang utk berkhidmat kpd ummah..

3. "Gaji tinggi.. Senang future nanti."
- hurm, jangan terlalu materialistik. Jika gaji itu halal kerana kerjanya yg ikhlas, alhamdulillah. Tapi jika ada dosa dlm pekerjaannya itu, takut jika ada sebahagian gaji itu yg tiada keberkatan. Setiap sen yang dia perolehi, ada nilaian halal ataupun haram. Bantulah dia agar dia ikhlas bekerja kerana Allah dan beroleh pahala ibadah bg kerja yg dilakukan, dan bukan bekerja kerana manusia.

Sekadar pesanan berdasarkan pemerhatian dan perbualan. Alhamdulillah Allah kurniakan saya ibu bapa yg sangat supportive dgn minat anak mereka ni. Hanya Allah yg mampu membalas dgn ganjaran yg terbaik atas pengorbanan mereka, insyaAllah. Moga Allah redha dan kurniakan istiqamah buat kita semua insyaAllah..
 

Sample text

Sample Text