Social Icons

Pages

Wednesday, 29 January 2014

Interview SPA

Alhamdulillah dah dapat surat tawaran lantikan after interview SPA untuk pegawai perubatan UD41 ataupun Houseman, semalam (28/1/2014) di Putrajaya. Alhamdulillah Allah makbulkan hajat saya untuk interview seorang diri, bukan dalam kumpulan. Usually interview akan buat in groups of 5. Ada 3 interviewers; 1 from SPA, 2 orang from KKM/medical doctors. Just nk share sikit, takut terlupa nanti.. I was asked to introduce myself, how do I cope with new environment in Ireland, qualities of a good doctor, and my weakness. The medical part of my interview was related to my origin, in Kedah. I was asked if I have experienced being in the paddy field. Hehe of course! There was paddy field in front of my house but unfortunately, it has been developed into housing area since 2008. I was further asked about common disease occur in paddy field area & management for snake bite. No question was asked on infectious disease. Few of my friends who studied in Indonesia (just met them for the first time during the interview), were asked about infectious disease (typhoid, dengue), organisational chart of KKM, 11 tugas pengamal perubatan. Some of my friends were also asked about orthopedics. Some tips for those who will be attending the interview, if the officer asked you to arrive at 8am, please come earlier (7-7.30am) if you want to start early. The interview will be based on the first come, first serve basis. I arrived around 7.40am and I was the fourth on the list. And please bring all the original and certified copies of important documents and your photo. All the best! ^_^

Tuesday, 7 January 2014

Sehijau Bumi Ireland

Allahu, rasa rindu sangat kat Ireland dan teman-teman seperjuangan di sana.. Moga semuanya baik-baik di sana. Alhamdulillah, 5 tahun yang sangat bermakna buat hamba Allah  ini. InsyaAllah kalau ada rezeki, maybe boleh ke sana lagi. Hehe, hopefully insyaAllah.. Bumi Ireland yang subur dengan tarbiyah di sana. Alhamdulillah banyak hati yang terbuka untuk menerima tarbiyah di sana. Banyak peluang mencari ilmu agama, terpulang kepada kita samada mahu ataupun tak.

Bagi saya, Ireland merupakan sebuah negara yang agak selamat walaupun ia bukanlah negara Islam. Teringat kata-kata seorang tokoh Islam yang berjumpa akhlak Muslim di Negara Eropah (Negara bukan Islam). Huhu menyedihkan, tapi itulah reality yang kami dapat lihat. Jika orang di sana memeluk Islam dan tidak meminum arak serta menjaga ikhtilat, insyaAllah mereka mampu menjadi Muslim yang baik. Inilah antara tugas yang berat bila belajar di sana; menjadi duta Islam dan menyampaikan Islam. Alhamdulillah sepanjang 5 tahun di Cork, belum pernah terjumpa dengan peragut atau mendengar kes penyeluk saku. Ada juga beberapa kes mencuri di rumah. Kalau kes tembak- menembak tu memang agak rare di Ireland. Keadaan ni mungkin berbeza di Dublin, di mana ada sahabat yang pernah dicuri telefonnya ketika sedang mendengar lagu di dalam bas.

Seperti negara barat yang lain, di Ireland juga mengamalkan toilet tanpa air ( air hanya terdapat di sink). Digalakkan untuk membawa botol mineral kecil sepanjang berada di Ireland bagi sesiapa yang rasa kurang selesa menggunakan tisu sahaja.

Do's
- ucapkan terima kasih kepada pemandu bas. Mungkin situasi ini agak janggal jika di Malaysia tetapi di Cork ia merupakan budaya yang dilakukan oleh hampir kesemua penumpang.
- bawa shopping bag. Di sesetengah shopping complex di malaysia, ini sudahpun menjadi budaya.tak mengapa kalau terlupa bawa shopping bag. Beg plastic boleh dibeli dan setiap beg plastik akan dikenakan bayaran tertentu.
- bagi muslim, biasakan membawa kompas dan alas yang boleh dijadikan sejadah (sejadah plastic yang foldable ataupun shawl/mafla. Selalunya kami menunaikan solat di dalam fitting room, ambil 1 baju dan bawa masuk ke dalam fitting room. Ini salah satu tips survival di negara bukan Islam. Kebiasaanya tiada prayer room, melainkan di universiti ataupun di airport. Amalkan memakai pakaian menutup aurat seperti stoking supaya mudah untuk bersolat di mana-mana asalkan tempat itu diyakini bersih. Hehe jangan pakai telekung pulak bila nak solat atas rumput nanti ;)
- ambil tahu senarai barang yang mengandungi bahan yang haram, contohnya, lard, spirit dan sebagainya. To be safe, beli makanan suitable for vegetarian dan check if ada alcohol. Jangan risau untuk practise sebagai muslim di sana. InsyaAllah Irish sangat respect Muslim/Christian yang nak practise their religion.

Don'ts
- do not bargain. Di Ireland, setiap barang dijual dengan harga tetap
- jika nak ambil wudhu di tandas awam, jangan angkat kaki ke sink. Dinasihatkn agar memakai khuf sebelum keluar rumah. Elakkan juga membiarkan air menitis ke lantai sehingga basah.
- elakkan bertanya soalan-soalan yang sensitive kepada local people misalnya umur, status perkahwinan. Jika ingin memulakan perbualan, boleh mulakan dengan isu cuaca ireland ataupun sukan. Orang-orang Ireland suka sangat  bila berbual tentang cuaca.

Beberapa tempat menarik yang sempat saya lawati sepanjang saya belajar 5 tahun di Ireland (hehe tak banyak sangat travel dalam Ireland sebab selalunya cuaca tak mengizinkan):

Cork:
University College Cork (a must visit place, cantik sangat..hehe maybe bias sikit)


Cork City Centre (TK Max yang best! Shopping complex yang menjual barang branded pada harga yang murah, lebih kurang macam reject shop tapi best. Penneys/Primarks, Aldi (tapi bukan kat city centre), Debenhams)

The Lough Lake

Blarney Castle

Fota Zoo


Inchidoney Beach & Mini Railway Museum. Tempat favourite fiedhia bila dapat tengok bangunan, rumah semua kecil je :)



Ballycotton


Kerry/Killarney:
Ring of Kerry

Killarney

Limerick:
Bunratty Castle (tempat yang sangat menarik kalau nak belajar tentang sejarah & budaya di Ireland.)



Galway:
Cliffs of Moher. (Tebing yang sangat cantik. Kalau kenal Westlife, kat sini lah lokasi salah satu video clip, kalau tak silap, lagu My Love. hehe masa ni guna kamera lama lagi..)

Connemara National Park

Dublin:
Dublin City Centre
Kildare village (factory outlet yang sangat best untuk beli barang branded tapi pada harga yang murah. Tapi saya mampu beli Tefal & Clarks jelah.. hehe tu pun sebab kasut Clarks sangat berkualiti dan tahan setahun kalau berjalan setengah-1 jam ke kampus/hospital di Cork. Harganya pun jauh lebih murah berbanding Clarks di Malaysia. Dan Tefal pulak, well known for stainless steel cookware. Memang best lah bagi yang suka memasak bila dapat guna periuk yang berkualiti.)
Japanese garden, Kildare (yang ni tak sempat masuk sebab dah tutup. So gambar google jelah)

InsyaAllah Ireland mampu memikat hati bagi yang sukakan kehijauan dan kehidupan yang simple, tak hectic sangat.. rindu Ireland ^_^


Monday, 6 January 2014

Travelog Turki : Pammukale

Pamukkale antara tempat yang terindah pernah saya lawati sepanjang 25 tahun hidup di bumi Allah. Subhanallah, terkedu bila menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke salah satu tempat yang sangat cantik. Kalau dunia seindah ini, tak terbayang keindahan Syurga nanti. Keindahan ciptaan Allah yang sangat memukau siapa saja yang memandang ini, insyaAllah pasti akan senantiasa terpahat dalam ingatan. 

Keindahan yang akan membuat setiap Muslim memuji Subhanallah setibanya di sana. Walau secanggih dan sehebat mana pun camera yang dibawa, takkan sama gambar yang ditangkap dengan keindahan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Subhanallah.. Kalau diberi peluang untuk vote tempat-tempat yang layak dinobatkan sebagai 7 Wonders of the World, saya pasti akan vote Pamukkale.:)

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 10 jam menaiki bas dari Ankara ini amat memuaskan hati kami,hehe terutamanya saya yang memang sangat berhajat untuk melihat sendiri Pamukkale dan Cappadocia. Alhamdulillah dapat lihat Pamukkale, tak berpeluang melihat Cappadocia disebabkan jarak yang juga agak jauh dan menyebabkan kami terpaksa memilih antara 2 tempat istimewa tersebut. 

Dari stesyen bas, alhamdulillah Allah temukan lagi kami dengan hamba Allah yang baik hati dan sudi bantu kami. Trip kali ini memang trip paling banyak saya bertemu dengan orang-orang yang baik. Sebaik turun dari bas, seorang pemandu pelancong bertanya kepada kami sambil menunjukkan nama seorang lelaki berbangsa Inggeris (maybe?) dan bertanya ke mana kami hendak pergi. Dia menawarkan untuk membawa kami ke kawasan bukit Pamukkale yang terletak agak-agak 30minit perjalanan dengan kereta. Dia meminta kami menunggu sebentar sementara dia sedang menunggu pasangan English tu. Kami pada mulanya decide untuk naik shuttle bus je sebab duit pun tak banyak sangat, hehe.. tapi pakcik tu insist untuk hantar kami. Setelah pasangan English tiba, kami berenam bersempit-sempit dalam kereta yang hanya boleh muatkan lima orang. Rupa-rupanya, makcik & pakcik English yang baru tiba itu, pasangan doktor di UK yang baru saja bersara. Alhamdulillah akhirnya kami sampai di checkpoint kami. Dari checkpoint/perkampungan kaki bukit, kami berjalan selama 5 minit ke kaki bukit dan singgah sebentar untuk lunch.

Bagi yang merancang untuk ke sana, usah risau jika lapar. Banyak restoran halal di sepanjang perjalanan ke bukit ini. Dari Turkish food sampailah ke Korean food, semua ada, kecuali Malaysian food lah, hehe.. Hraga agak reasonable, tapi di kawasan perkampungan ni, memang banyak sikit anjing-anjing besar yang dibela. so, be careful kalau takut anjing ;) Kalau tak silap saya, tiket masuk ke kaki bukit Pamukkale, TL10, tak pasti kalau dah naik harga, dan tak dibenarkan memakai kasut sepanjang mendaki. Digalakkan pelancong untuk memakai seluar yang tidak mudah basah, and make sure, jangan pakai baju kurung atau jubah untuk mendaki.

                                     

                          Pemandangan dari tasik di bahagian kaki  bukit. MasyaAllah cantik sangat!

                                    Pemandangan di sepanjang pendakian ke puncak bukit.

                                    
               Pemandangan dari atas bukit. Rasa macam nak mandi je dalam kolam tu, kalaulah orang lelaki takde kat situ..
                                             My favourite moment.. sunset! ^_^

Alhamdulillah setelah hampir 3-4 jam di situ, kami pun bertolak pulang sejam sebelum Maghrib.. Perjalanan pulang ke Istanbul semula untuk misi yang seterusnya :)




Saturday, 4 January 2014

Travelog Turki : Bursa & Ankara


Perjalanan pada pagi seterusnya diteruskan dengan menaiki feri dari hentian Kabata ke Bursa. Setibanya di Bursa, kami menaiki bas untuk ke city centre. Hurm, seperti biasa, ada masalah sedikit bila berkomunikasi dengan pakcik2 bila nak bertanya tentang bas mana yang perlu diambil. Alhamdulillah Allah temukan kami dengan seorang pakcik yang juga merupakan pelancong di situ. Setelah hampir 45-60 minit menaiki bas, kami tiba di city centre. Susah jugak sebenarnya nak mencari bus stop yang dicari. Mujurlah Ulucamii agak besar dan kami memilih bus stop selepas ternampak Ulucamii. Kami menunaikan solat Zuhur di salah satu surau sebelum bergerak ke Ulucamii.

Huhu, perut pun dah mula lapar. Susah jugak nak mencari kedai makan yang menjual kebab atau makanan berat. Kebanyakkan kedai makan di sekeliling Ulucamii adalah café yang menjual kopi dan minuman. Alhamdulillah, setelah berjalan 15-20 minit, kami terjumpa restoren Kebab Iskander. Kebabnya agak mahal. Menu yang kami makan: kebab Iskander + jus delima, berharga lebih kurang 20 TL atau 10euro atau RM40+. Kebiasaanya, kalau di Ireland, kebab selalunya dijual pada harga 5-7euro, tapi kalau di UK, lagi murah. Boleh dapat 1 meal kebab (termasuk fries) pada harga kurang 5 pound (bergantung pada tempat). Walaupun haga Kebab Iskander ni agak mahal, tapi masyaAllah, ni kebab paling sedap pernah saya makan di dunia ^_^ hehe exaggerate. Tapi seriously sangat sedap, Alhamdulillah..

Kami meneruskan perjalanan ke Koza Han iaitu bazaar. Barang yang best dijual disini bukanlah baju (walaupun target nak membeli jubbah disini), tapi buah-buahan yang segar, manis & murah.. Bazar yang sangat besar dan mempunyai 4 penjuru. Kalau nak shopping di sini, pastikan anda bargain..



Selesai shopping & makan buah-buahan, kami bergerak ke Ulucamii/Mescid. Masjid di Turki terlelu banyak. Bagi yang bercadang nak ke Turki, tanamkan azam untuk beriktikaf dan mengumpul pahala solat tahiyatul masjid di masjid-masjidnya. Alhamdulillah kami juga berkesempatan untuk bertemu dengan makcik-makcik yang sangat baik dan mesra. Jelas kelihatan kemesraan mereka meskipun kami tak mampu berbual-bual kerana makcik-makcik ni tak memahami bahasa Inggeris. Memang agak sukar untuk bertemu rakyat Turki yang boleh speaking English di Bursa.

Sejam sebelum Maghrib menjelang, kami segera bergerak ke stesyen bas Bursa yang terletak lebih kurang 30-40minit dari Ulucamii. Lebih kurang 4 jam di sana, kami bergerak menaiki bas ke Ankara.
 
Ankara

Kami bermalam di sebuah hostel berhampiran Universiti Ankara. Kami sempat menziarahi Kocatepe Camii/mosque. Masjid yang sangat besar. Perjalanan dari hostel kami mengambil masa lebih kurang setengah jam berjalan untuk ke masjid. Sekali sekala berpeluang tarbiyah badaniyah, apa salahnya ^_^ asyik berjalan dalam cuaca sejuk di Ireland, kali ni tukar angin pulak :)

Pada asalnya kami bercadang untuk ke makam Attarturk, tapi memandangkan masa yang tidak cukup untuk perjalanan ke sana, kami membatalkan niat kami.



 

Sample text

Sample Text