Social Icons

Pages

Sunday, 22 June 2014

Kempen derma darah

Assalamualaikum dan salam jumaat. Ingin mewar-warkan peluang untuk menambah pahala kita insyaAllah..


Bagi sahabat2 yg berkesempatan pulang bercuti di Kedah, gunakan peluang ini utk menyumbang sedikit darah yg Allah berikan kpd kita. Bekalan darah masih diperlukan di hospital sekitar Kedah. Kadar penggunaan tabung darah lebih banyak berbanding kadar pendermaan darah buat masa sekarang memandangkan semakin bertambah pesakit kanser darah. InsyaAllah 1 beg darah yg kita dermakan akan mampu disalurkan kepada 3 org pesakit yg memerlukan. Pernah seorang pesakit bertanya kpd saya, 'macam mana kalau pakcik dapat darah org bukan islam yg makan benda haram? Nanti ada unsur haram lah dalam badan pakcik nanti.' soalan pakcik td dijawab dgn pjg lebar, cuma apa yg ingin difokuskan adalah peranan kita sebagai umat Islam agar lebih kehadapan dan bersedia utk menyumbang darah kita yg insyaAllah terhindar dari unsur haram.


Beberapa kriteria yg melayakkan kita utk menderma darah:
- berat badan lebih drpd 45kg
- umur 18 tahun ke atas
- tidak menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, hepatitis, sifilis, malaria, HIV, TB
- tidak menerima suntikan imunisasi dlm tempoh 3 minggu yg lalu.
- tidak bertindik, akupunktur atau berbekam dlm tempoh 1 tahun yg lepas
- tidak dalam haid, mengandung atau mempunyai anak berusia kurang drpd 1 tahun
- tidak tinggal di UK dan Ireland dari thn 1980-1996 utk tempoh lebih drpd 6 bulan, atau tinggal di negara Europe lain dari thn 1980-sekarang utk tempoh lebih drpd 6 bln


Alhamdulillah Allah berikan nikmat kesihatan kpd kita yg masih muda ni. Jom sama2 gunakan nikmat yg Allah beri ini utk membantu mereka yg memerlukan. Boleh luangkan sedikit masa dan hadirkan diri ke Tabung Darah di mana2 hospital kerajaan utk menyumbangkan darah. Jika takut sakit dicucuk jarum, banyakkan berdoa kpd Allah supaya dipermudahkan dan dikurangkan rasa sakit. Niatkan di hati utk ikhlas menyumbang darah kpd hamba Allah yg ingin sihat dan terus beribadah dan berjuang utk Islam, insyaAllah moga Allah berikan keberanian kpd kita sepertimana Allah berikan keberanian kpd para sahabat Rasulullah yg sanggup sakit dihunus pedang demi menyumbang kpd Islam. Moga Allah berkati setiap titis darah yg disumbangkan insyaAllah..

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text