Bila izrael memanggil...
Makcik : Owh, pakcik tak solat sejak pakcik terlantar selama 2 bulan ni.
Pelajar : Hmmm, pakcik tahu tak cara-cara bersolat ketika sakit? Ada kemudahan untuk solat ketika sakit.
Makcik : Tahu. Pakcik ni orang-orang masjid.
Selang 3 hari kemudian, kami dikejutkan dengan berita kematian pakcik tersebut. Al-Fatihah. Sungguh tak disangka-sangka, bila ajal tiba, tiada siapa yang dapat menghalang. Semoga Allah merahmati hambaNya.
****************************************************************
*Kisah benar di atas tidak diceritakan secara terperinci bagi menjaga confidentiality pesakit tersebut. Susunan ayat ketika perbualan tersebut mungkin sedikit berbeza. Ia merupakan pengalaman yang diperolehi oleh saya dan beberapa orang sahabat lain yang ditemani oleh doktor ketika menziarahi pesakit semasa program Medical Conference baru-baru ini.
*Kisah benar di atas tidak diceritakan secara terperinci bagi menjaga confidentiality pesakit tersebut. Susunan ayat ketika perbualan tersebut mungkin sedikit berbeza. Ia merupakan pengalaman yang diperolehi oleh saya dan beberapa orang sahabat lain yang ditemani oleh doktor ketika menziarahi pesakit semasa program Medical Conference baru-baru ini.
Masih ramai lagi masyarakat Islam di luar sana yang kurang menekankan aspek ibadat terutamanya solat apabila sakit. Mungkin masih ramai yang merasakan beribadat ketika sakit adalah perkara yang amat sukar dan mungkin juga ada yang masih cetek ilmu dalam beribadat ketika sakit.
Ketika sakit..
Tanggungjawab pesakit :
Hampir kesemua manusia di muka bumi ini akan diuji dengan kesakitan. Sesungguhnya Allah cuba menguji kita dengan kesakitan agar kita sentiasa mengingati mati, lebih mendekatkan diri kepadaNya dan beramal soleh bagi menambahkan bekalan yang akan dibawa ke akhirat kelak.
1. Menjaga amal ibadat yang wajib dilakukan.
Walaupun sakit dan tidak berupaya untuk bangun/duduk, setiap hamba Allah masih mempunyai kewajipan untuk menunaikan solat. Islam tidak membebankan umatnya. Terdapat kelonggaran / rukhsah kepada pesakit dalam menunaikan solat. Melalui solat, ia membuktikan cinta kita kepada Maha Pencipta dan menjadi medium untuk kita memohon pertolongan daripada Allah supaya menyembuhkan penyakit.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan menunaikan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali untuk orang-orang yang khusyuk. (Surah Al-Baqarah : 45)
2. Tidak mudah berputus asa memohon pertolonganNya.
Biarpun sakit yang dialami mungkin sudah berada di tahap yang kritikal, namun, sebagai hambaNya yang soleh, seorang pesakit tidak seharusnya berputus asa berdoa agar disembuhkan.
Tanggungjawab penjaga/keluarga pesakit :
1. Menjaga kebajikan pesakit.
Beruntunglah ibu bapa yang memiliki anak yang dapat menjaga kebajikannya ketika sakit sepertimana kedua ibu bapanya menatangnya ketika bayi dahulu. Ada anak-anak yang kurang sabar dengan karenah ibu bapa apabila sudah tua dan sakit. Inilah salah satu ujian yang Allah berikan bagi menguji sejauh mana seorang anak taat kepada ibu bapanya.
2. Memastikan pesakit tidak meninggalkan ibadah dan membantu meringankan bebannya.
Adalah menjadi kemestian kepada ahli keluarga untuk sentiasa mengingatkan pesakit agar tidak meninggalkan ibadah. Selain menjaganya, kita juga perlu membantunya beribadat. Kita perlu sentiasa memberi kata-kata semangat dan pendorong agar pesakit cepat sembuh.
3. Memastikan ilmu Fiqh Perubatan & juga ilmu pengurusan jenazah telah dikuasai oleh ahli keluarga.
Sebagai seorang ahli keluarga, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu pesakit untuk beribadat. Pesakit yang terlantar dan tidak dapat bergerak, sudah pasti mengharapkan bantuan kita untuk membantunya bersuci, berwuduk dan menunaikan solat. Kita juga perlu bersedia dengan ilmu pengurusan jenazah agar setiap kemungkinan yang berlaku dapat kita hadapi dengan mudah pada masa akan datang.
Tanggungjawab sebagai pengamal perubatan:
1. Berusaha memberikan rawatan dan jagaan yang terbaik kepada pesakit.
Dalam membantu merawat pesakit, kita sebagai doktor perlulah melengkapkan diri dengan ilmu perubatan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
2. Allah yang menyembuhkan sesuatu penyakit, bukannya disembuhkan oleh doktor.
Seorang doktor Muslim yang baik, akan senantiasa mengingatkan pesakitnya supaya mengingati Allah yang berkuasa menyembuhkan penyakit. Jika pesakit sudah hampir kepada tahap akhir sesuatu penyakit, doktor tersebut perlulah menasihati pesakit agar lebih mendekatkan diri kepada Allah dan redha dengan ketentuanNya.
3. Seorang doktor juga mestilah berusaha mengingatkan dan mendidik pesakit tentang beribadat ketika sakit.
Mungkin masa yang boleh diluangkan bersama pesakit adalah agak singkat, jadi gunakan masa yang singkat itu sebaik-baiknya. Sebagai pengamal perubatan, kita juga boleh menyediakan buku/pamphlet panduan ibadah ketika sakit, menyediakan alatan yang dapat membantu ibadat (misalnya debu tayammum), dan memberi galakan kepada keluarga pesakit supaya mambantu pesakit menunaikan solat.
Ketika ajal tiba..
Tanggungjawab keluarga arwah :
1. Menguruskan jenazah sebaik-baiknya
Sebaik sahaja seseorang disahkan meninggal dunia, waris terdekat perlulah berusaha menguruskan jenazah tersebut. Seorang anak yang soleh pasti akan berusaha menguruskan jenazah kedua ibu bapanya. Kita sebagai anak, perlu cuba melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan jenazah. Sudah pasti ibu bapa akan berbangga sekiranya anaknya sendiri yang mampu memandikan dan menguruskan jenazahnya, bukannya orang luar. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskan jenazah keluarga kita sedangkan kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
2. Cuba menyelesaikan hutang-hutang yang pernah ditanggung oleh arwah.
Waris wajib melunaskan hutang arwah. Islam amat menitikberatkan persoalan menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesame manusia ketika hidup di dunia hingga akhirat kelak.
Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi”. (HR At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)