Social Icons

Pages

Sunday, 27 October 2013

Tiada lagi tangisan

                
Saya masih lagi ingat sebuah kisah yang pernah diceritakan ketika usrah di KMB beberapa tahun yang lalu….
Ketika sedang memetik buah-buahan yang masak ranum di sebatang pohon yang renek, seorang pemuda terjumpa sebuah kepompong kupu-kupu. Sambil diperhati dan diamati kepompong itu, dia terlihat akan sebuah lubang yang kecil pada kepompong itu. Selama beberapa jam, dia memerhatikan seekor kupu-kupu yang bertungkus-lumus untuk keluar daripada lubang yang kecil itu. Subhanallah, sungguh menakjubkan! Setelah beberapa lama memaksa dirinya keluar dari kepompong itu, si kupu-kupu berhenti seketika. Pemuda itu terus memerhati dan pada sangkaannya, si kupu-kupu telah berputus asa dan berhenti berusaha.

Pemuda itu berasa kasihan dan terus membuat keputusan untuk membantu si kupu-kupu. Diambilnya gunting dan terus menggunting lubang yang kecil itu. Si kupu-kupu berjaya keluar dengan mudahnya dari kepompong itu. Namun, tubuh kupu-kupu itu sangat kecil dan sayapnya masih berkedut. Pemuda tersebut terus memerhatikan kupu-kupu itu dan mengharapkan sayap kupu-kupu itu kembang dan mampu menampung berat badannya, dan kemudian dapat terbang bebas.

Namun,sangkaannya meleset. Apa yang diharapkan oleh pemuda itu, kini hanya tinggal harapan. Si kupu-kupu terpaksa melalui seluruh hayatnya dengan hanya merayap, tidak dapat terbang seperti rakan-rakannya yang lain. Sayapnya masih berkedut dan tidak mampu menampung badannya yang berat itu. Ia tidak mampu terbang selama-lamanya. Barulah pemuda tersebut faham bahawa setiap kejadian alam itu ada hikmahnya. Kesusahan yang terpaksa si kupu-kupu hadapi, akan menjadikannya lebih kuat. kupu-kupu itu perlu berjuang dengan usahanya sendiri untuk melepasi setiap halangan. Melalui lubang yang kecil itulah, si kupu-kupu dapat memaksa cecair daripada tubuhnya untuk masuk ke dalam sayap-sayapnya supaya dapat bersedia untuk terbang sebaik sahaja berjaya keluar daripada kepompong itu. Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.
******************************************************
Tiada perkara yang akan datang dengan mudah tanpa perlu berusaha. Setiap pahit manis dalam melalui kehidupan ini, perlulah dihadapi dengan tabah, kerana itulah yang akan mematangkan seseorang. Mari kita ikuti teladan daripada kisah kehidupan Rasulullah sendiri, meskipun telah mempunyai darjat yang tinggi sebagai kekasih Allah, namun Baginda tetap diuji dengan pelbagai ujian. Sejak kecil, baginda diuji dengan kehilangan ibu bapa tersayang dan terpaksa menjadi yatim piatu. Namun, Baginda tidak pernah menyalahkan takdirnya. Baginda lalui dengan hati yang terbuka.
Apabila meningkat dewasa, baginda diuji lagi apabila mendapat tentangan semasa ingin berdakwah. Baginda tidak pernah berputus asa. Semakin banyak ujian yang diberikan, semakin terserlah personaliti Baginda yang kita kagumi sehingga kini. Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin apabila diuji, kita akan mudah mengeluh, menangis dan seterusnya berputus asa. Berat sangatkah ujian kita sebagai manusia jika dibandingkan dengan Rasulullah? Rasulullah tidak pernah berputus asa biarpun nyawa menjadi taruhan.
“Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu…” (Al-Baqarah :214)
                                    Sumber: Google
Setiap kejadian alam dan ciptaan Allah memberi ruang kepada kita untuk berfikir sejenak dan cuba mengadaptasikannya ke dalam realiti kehidupan ini. Seekor larva tidak mungkin akan bertukar menjadi seekor kupu-kupu yang cantik sekiranya ia tidak berubah dan berusaha sedaya upaya menghadapi setiap halangan sepanjang perubahan itu. Begitu juga manusia, perlukan perubahan untuk berjaya. Sentiasa istiqamah dalam berubah dan tidak sesekali berasa lemah dan berputus asa.
Thomas Alva Edison, seorang pereka mentol pernah berkata, 3 perkara yang paling diperlukan bagi meraih kejayaan adalah bekerja keras dan cerdas, ketekunan dan akal fikiran yang sihat. Beliau juga menjelaskan, setiap perkara dapat dihasilkan dengan baik bagi orang-orang yang terus bekerja sambil mencari dan memanfaatkan kesempatan. Baginya, “ Hidup adalah satu perjuangan. hidup memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, malah bagi meraih kejayaan, keringat dan air mata diperlukan.” Beliau sendiri pernah menghadapi beribu-ribu halangan sebelum berjaya mencipta sebuah mentol yang dapat digunakan sehingga kini. Namun beliau tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa mencuba sebanyak 1000 kali dan gagal dalam setiap percubaan.
Pernah salah seorang sahabatku memberikan kata-kata semangat, “A diamond is a chunk of coal that is made good under pressure.” Ya,tepat sekali! Tanpa tekanan yang sangat tinggi, takkan mungkin sebuah permata yang sangat indah dan sangat bernilai, dapat kita lihat pada hari ini. Seorang insan yang boleh digelar sebagai Muslim berjaya, pasti telah melalui setiap detik-detik yang mencabar  yang telah membentuk peribadinya sebagai seorang yang lebih berani, kuat dan sentiasa bersabar dengan ujian yang diturunkan oleh Allah. Allah telah berfirman,
“ Dia (Ibrahim) berkata, “Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Al-Hijr: 56)
Ayuh kita imbas kembali zaman bayi yang dilalui oleh kita semua. Bayi yang lahir secara fitrahnya tidak pernah berputus asa, meskipun acapkali terjatuh apabila cuba bertatih, bayi-bayi ini masih lagi bersemangat untuk bangkit semula dan terus berjalan. Dan kini, bayi yang kerap jatuh bangun itu telah berjaya menjadi seorang manusia dewasa. Apakah yang akan terjadi sekiranya bayi-bayi ini berputus asa sejak kecil? Allah telah memberikan begitu banyak contoh dan teladan melalui alam semulajadi yang boleh kita jadikan iktibar. Semuanya terpulang kepada kita semua untuk mengambil masa dan berfikir sejenak tentang keajaiban yang kita lalui selama ini. Semoga Allah sentiasa menjaga hati kita agar sentiasa berfikiran positif terhadap ujian yang diberikan, respond dengan cara bersabar dan tidak cepat berputus asa, insyaAllah. Wallahualam.

Doa mengawal kemarahan

           

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan. (Riwayat Ibn Abi Dunya)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” (Riwayat al-Bukhari)

Marah adalah sifat mazmumah yang menunjukkan kelemahan seseorang kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang). Banyak kaedah yang Rasulullah ajarkan apabila seseorang anak Adam itu marah.
Rasulullah SAW bersabda, Jika salah seorang di antara kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk, apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring” (H.R. Ahmad)
Tidak semua sifat marah yang dilarang. Ada sifat marah yang terpuji, iaitu perasaan marah apabila berlakunya perlanggaran terhadap hokum yang dilarang oleh Allah. Orang mukmin yang tiada langsung rasa marah apabila melihat agama ditindas dan hukum Allah dipermainkan oleh orang lain, perlu muhasabah sejauh mana imannya. Lemah sangatkah iman sehingga tiada langsung rasa marah demi mempertahankan agama?
Marah yang dicela adalah apabila rasa marah itu dikawal oleh hawa nafsu semata-mata tanpa berlandaskan penghayatan agama dan iman yang teguh. Kita sering mengaku bahawa syaitan itu musuh kita, tetapi masih ada di kalangan kita yang sentiasa mengikut telunjuk syaitan tanpa disedari apabila dia bersikap reaktif terhadap sesuatu masalah dan mudah melemparkan kemarahan. Marah itu sifat semulajadi manusia, bukan manusialah seseorang itu jika tidak pernah ada sedikitpun rasa marah dalam hatinya.
Imam al-Ghazali pula berkata: Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.
Ada segelintir yang cepat melenting apabila tidak diberikan sesuatu yang dikehendakinya. Ada juga yang marah dan bersangka buruk dengan Allah apabila Allah lambat dan tidak memperkenankan doanya. Akhlak seorang mukmin itu apabila dia tidak mendapat apa yang dihajati,dia berasa gembira dan sebaliknya, apabila dia diberi kesenangan itu, dia berasa bimbang. Bimbang sekiranya kesenangan itu menjadi ujian baginya. Jangan kecewa jika Allah tidak memberi apa yang dihajati. Bersyukurlah, pasti ada hikmahnya. Berlapang dadalah. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Jangan biarkan diri dikuasai oleh syaitan. Marah itu umpama api, kawallah ia sebaik-baiknya.
Doa menghilangkan rasa marah, yang bermaksud:
“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”
Doa menghadapi orang yang sedang marah, yang bermaksud:
“Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arasy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”
Maafkanlah orang yang berbuat kesalahan terhadap kita jika kita mampu. Akhlak kita melambangkan tahap keimanan kita, samada kita benar-benar hambaNya yang beriman ataupun tidak. Semoga kita tergolong dalam hamba-hambaNya yang mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.

Sunday, 20 October 2013

Terapi 10T Tips mengawal stress yang dikongsikan di IKIM fm

  1. Tadabbur alquran - Mendalami alQuran sehingga memberi ketenangan. 
  2. Tafakkur - merenung kejadian sedalam-dalamnya hingga merasai hikmah yang Allah cuba sampaikan melalui kejadian tersebut. 
  3. Tawadhu' - mengambil wudhu’ apabila berada dalam keadaan stress -menghasilkan ketenangan jiwa 
  4. Tahajjud - mengorbankan nikmat duniawi demi merai niat menyembah Allah SWT. 
  5. Takallam - meluahkan perasaan kpd orang lain (kaunseling) dan berbicara perkara yg baik 
  6. Tadbir - urus kehidupan dgn cara yg baik (masa, kerja,keluarga) 
  7. Tawakkal - berserah diri di bawah perlindunganNya pada waktu menghadapi kesukaran. 
  8. Tadzkir - mengingati Allah SWT dengan cara berzikir. 
  9. Tasykur -berterima kasih/bersyukur kpd Allah.Tidak memikirkan apa yang kita tidak miliki 
  10. Taqarrub - mendekatkan diri kpd Allah sehingga dapat menduduki tempat yang terhormat dan mulia disisiNya dengan cara mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Selamat beramal! :)

Friday, 11 October 2013

Doa hari Arafah

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Saya kongsikan doa pada hari Arafah yang pernah dikongsikan oleh seorang sahabat. Moga Allah makbulkan setiap doa kita, insyaAllah. Maklumat lanjut berkenaan perbahasan hadith doa hari Arafah :
http://abuanasmadani.blogspot.ie/2013/10/doa-pada-hari-arafah.html 

"YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN. YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI, DOSA MASYARAKAT KAMI DAN DOSA SELURUH UMAT ISLAM YANG TELAH MATI DAN YANG MASIH HIDUP.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN APA YANG TELAH DIPOHONKAN OLEH RASULULLAH SAW, DAN KAMI MEMINTA PERLINDUNGAN DARI APA YANG PERNAH DIMITA PERLINDUNGAN OLEH RASULULLAH SAW.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN SYURGA TANPA HISAB, DAN BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI, SUPAYA KAMI DAPAT MELAKUKAN SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KAMI KE ARAHNYA,SELAMATKAN KAMI YA ALLAH DARI SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KAMI KE NERAKA.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYULAZIM,
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI KELEMAHAN DIRI KAMI ZAHIR DAN BATIN,BERILAH KEKUATAN, TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA KAMI DAPAT MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRIKAMI YA ALLAH.

TAMBAHKANLAH YA ALLAH KEPADA KAMI ILMU, IMAN DAN AMAL, HIDUPKANLAH KAMI DALAM ISLAM DANMATIKANLAH KAMI DALAM ISLAM.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN KEPADA ENGKAU IMAN YANG SEMPURNA, ILMU YANG MEMBERI MANFAAT, REZEKI YANG HALAL, ANAK YANG SOLEH, RUMAHTANGGA YANG BAHAGIA, USIA YANG BERKAT, DOAYANG MUSTAJAB, HAJAT YANG TERTUNAI, KESIHATAN YANG BERTERUSAN, HUTANG YANG TERBAYAR, KESELAMATAN DI DUNIA INI DAN DI AKHIRAT NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI SEGALA YANG BERLAKU DI HATI KAMI, HIDUPKAN HATI INI DAN SAMPAIKANLAH HATI INI KEPADA ENGKAU, SEMBUHKANLAH SEGALA PENYAKIT YANG ADADI DALAM HATI KAMI, SELAMATKANLAH HATI KAMI DARI SIFAT-SIFAT YANG KEJI DAN JAUHI KAMI DARI PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMATIKAN HATI KAMI.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYUL AZIM
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI YANG SENTIASA MENYEDARI AKAN HAKIKAT KETUHANAN DAN KEAGUNGAN KERAJAAN ENGKAU DAN MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, HIDUPKANLAH KAMI DALAM IMAN DAN MATIKANLAH KAMI DALAM IMAN,SELAMATKANLAH IMAN KAMI DARI SEGALA GANGGUAN SYAITAN SEMASA KAMI MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG AKHIR NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA BERADA DALAM KUBUR, JADIKANLAH KUBUR KAMI SATUTAMAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA, SELAMATKANLAH KAMI DARI SEGALA ANGKARA AZAB KUBUR DAN JANGANENGKAU JADIKAN KUBUR KAMI ITU SALAH SATU LUBANG DARI LUBANG-LUBANG NERAKA.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA DALAM PERJALANAN MENUJU MAHSYAR, SELAMATKANLAH KAMI YA ALLAH, SEMASA BERADA DI PADANG MAHSYAR DAN MASUKKANLAH KAMI KE DALAM TUJUH GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT BAYANGAN NAUNGAN ARASY ENGKAU YA ALLAH.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN SEMASA KAMI DIJALANKAN HISAB, HISABKANLAH KAMI YA ALLAH DENGAN HISAB YANG SEDIKIT, BERILAH PELUANG KEPADA KAMI UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP INI DAN BERJAYA MENERIMA SURATAN AMAL DENGAN TANGAN KANAN.

YA ALLAH, BERILAH KESEMPATAN KEPADA KAMI MEMINUM AIR KOLAM NABI KAMI AL KAUTHAR, SELAMATKAN KAMI SEMASA MENYEBERANGI TITIAN SIRATAL MUSTAQIM DAN MASUKKANLAH KAMI KE SYURGAMU BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG MULIA DI SISIMU YA ALLAH.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILAHIL ALIYYUL AZIM
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI INI, MUSTAJABKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH,DENGAN BERKAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW. DAN DENGAN BERKAT AMALAN KAMI YANG PALING IKHLAS KEPADAMU YA ALLAH.

YA ALLAH, ENGKAU MAHA MENGETAHUI BETAPA MENDERITANYA
DIRI KAMI DENGAN LUMURAN DOSA
BETAPA SENGSARANYA HIDUP KAMI DENGAN MENUTUPI AIB
BETAPA HINANYA DIRI KAMI DENGAN MAKSIAT
BERSIHKAN KAMI YA ALLAH
BERSIHKAN DOSA KAMI YA ALLAH
AMPUNI DOSA KAMI KEPADA ORANG TUA KAMI
AMPUNI JIKALAU MEREKA MENYESAL MELAHIRKAN KAMI
AMPUNI DOSA KAMI KEPADA KELUARGA KAMI YA ALLAH,
BERIKAN  KESEMPATAN BAGI KAMI MEMPERBAIKI SEGALANYA.

AMPUNI YA ALLAH JIKA DI SEKUJUR TUBUH KAMI ADA HARTA HARAM
DI RUMAH KAMI BANYAK BARANG HARAM
PADAHAL ENGKAU MENGHARAMKAN KE SYURGA BAGI YANG DITUBUHNYA ADA DAGING HARAM
BERIKAN KESEMPATAN KAMI UNTUK MENYUCIKAN DIRI
DARI HARTA HARAM YA ALLAH
JAUHKAN SEJAUH-JAUHNYA YA ALLAH
CUKUPI DIRI KAMI DENGAN REZEKIMU YANG HALAL

YA ALLAH AMPUNI JIKALAU KAMI SERING MENZALIMI
HAMBA-HAMBAMU YANG LEMAH
BERIKAN KESANGGUPAN BAGI KAMI UNTUK TERPELIHARA DARI KEZALIMAN
YA SAMIUL ALIM, WAHAI YANG MAHA MENDENGAR,
HANYA ENGKAULAH TUMPUAN HARAPAN KAMI
JADIKAN (KAMI/ KAUM MUSLIMIN) MENJADI SUAMI YANG BENAR
MENJADI AYAH YANG JUJUR
MENJADI LELAKI YANG SOLEH
JADIKAN (KAMI/ KAUM MUSLIMAT) ISTERI YANG SOLEHAH
MENJADI IBU YANG SOLEHAH
MENJADI MUSLIMAH YANG TERPELIHARA
KURNIAKAN KEPADA KAMI YA ALLAH,
KETURUNAN YANG LEBIH BAIK DARI KAMI
LINDUNGI DARI KEDERHAKAAN DAN KEHINAAN DUNIA DAN AKHIRAT

YA ALLAH BERKATILAH SISA UMUR KAMI
BERKATILAH REZEKI YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI
BERKATILAH ILMU YANG ENGKAU KURNIAKAN
BERKATILAH SISA UMUR INI

ALLAHUMMAGHFIR LILMUMININ WAL MUMINAT MUSLIMIN WAL MUSLIMAT, AL AHYAAI MINHUM WAL AMWAAT..
YA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH
SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH
JANGAN BIARKAN ENGKAU SAKSIKAN KAMI TERHINA SEPERTI INI
PERSATUKAN HATI KAMI YA ALLAH
BANGKITKAN PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAIMU DAN MENCINTAI UMATMU

TOLONGLAH SAUDARA KAMI YANG TERANIAYA DI PENJURU MANA PUN YA ALLAH
JANGAN BIARKAN KAUM ZALIMIN BERJAYA ATAS KAUM BERIMAN YA ALLAH
JANGAN BIARKAN KAUM YANG INGKAR KEPADAMU MENZALIMI KAUM YANG BERSUJUD KEPADAMU

BANTULAH SAUDARA KAMI PEJUANG-PEJUANG ISLAM DAN UMAT ISLAM DI PALESTIN, IRAQ, AFGHANISTAN DANSELURUH PEJUANG AGAMAMU.
YA ALLAH MEREKA DALAM GENGGAMANMU YA ALLAH
YA ALLAH CEGAHLAH KEZALIMAN KE ATAS UMATMU YA ALLAH

YA ALLAH SELAMATKAN NEGERI KAMI YA ALLAH
ENGKAULAH YANG MAHA TAHU KEADAAN NEGERI KAMI
JANGAN BIARKAN UMATMU SERAMAI INI DITINDAS DAN DIHINA
BANGKITKAN YA ALLAH
JADIKAN NEGERI KAMI NEGERI YANG MEMANCARKAN CAHAYA ISLAM
MENJADI NEGERI YANG RAHMATAN LILALAMIN

YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI PEMIMPIN YANG SOLEH
PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAI UMATMU
PARA PEMIMPIN YANG TEGUH HIDUP DI JALANMU
PARA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MENJADI SURI TAULADAN BAGI KAMI

YA ALLAH, IZINKAN KELAK KAMI BERTEMU DENGAN MU YA ALLAH
BERTEMU DENGAN RASULMU
BERTEMU DENGAN KEKASIH-KEKASIHMU

RABBANA AATINA FIDDUNYA HASNAH WAFIL AKHIRATI HASANAH
WAQINA AZABANNAR

RABBANA TAQOBBAL MINNA INNAKA ANTA SAMIULALIM WATUB ALAYNA INNAKA ANTATTAWABURRAHIM.SUBHAANA RABBIKA RABBIL IZZATI AMMAA YAASHIFUUN WASALAMUN ALAL MURSALIN WALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN."


 

Sample text

Sample Text