Social Icons

Pages

Friday, 15 November 2013

Travelog Turki : Istanbul (1)

Info tentang Turki

Sedikit ringkasan info menarik tentang Turki:

- merupakan sebuah negara Timur Tengah yang kedudukan geografinya terletak antara Eropah & Asia. Laut Marmara digunakan sebagai sempadan memisahkan antara Eropah dan Asia.

- sejarah kegemilangan empayar Turki Uthmaniyyah

- didiami oleh 73.7 juta penduduk, bahasa Turki sebagai bahasa rasmi, sebuah negara secular dan tiada agama rasmi (Islam merupakan agama dominan iaitu 97%), menggunakan matawang Turkish Lira (TL) yang dianggarkan lebih kurang 2 kali ganda nilai Ringgit Malaysia, zon waktu GMT+2.

- perkhidmatan pengangkutan awamnya sangat efisien dan terdapat banyak pilihan yang memudahkan pelancong untuk melancong. Perkhidmatan bas ekspress di sini sangat mantap. Makanan disediakan oleh pramugara bas bagi perjalanan jauh. Urusan pembelian tiket juga memerlukan info jantina penumpang agar penumpang akan duduk di sebelah penumpang yang sama jantina. Subhanallah, seronoknya kalau ada perlaksanaan sistem sebegini dalam bas di Malaysia. Bagi penumpang suami isteri/keluarga, boleh kemukakan kad sah nikah/ kad pengenalan.

Istanbul

Perjalanan kami bermula di Istanbul. Sebaik saja mendarat di Attartuk International Airport, kami segera mengatur langkah ke hsotel yang disewa, iaitu Stray Cat Hostel. Misi bermula dengan pencarian mesin tiket untuk pengangkutan awam (Tren & Tram). Mujur Allah kirimkan seorang pakcik untuk bantu kami dalam usaha membeli tiket tersebut. Tiket tersebut lebih kurang seperti kad Touch n Go yang boleh ditambahnilai. Jika tak silap saya, kami topup 10L setiap hari memandangkan tram merupakan pengangkutan utama kami untuk ke setiap destinasi. Boleh je nak berjalan kaki, tapi almaklumlah bila tram ada, kita ‘hop-on hop-off’ jelah. ^_^

Dari airport, kami menaiki tren dan bertukar menaiki tram untuk sampai ke hostel di New Istanbul. Keadaan hostel agak ok lah untuk kami yang travel sebagai backpackers dan budget travel. Mungkin kurang sesuai bagi mereka yang allergic kepada kucing. Kami berehat dan keluar mencari makan setibanya di hostel. perjalanan diteruskan pada keesokan harinya.

Topkapi Palace

                                              Gambar pintu utama Topkapi Palace

Pada keesokannya, kami memulakan perjalanan kami selepas breakfast dan menuju ke Topkapi Palace di Old Istanbul. Alhamdulillah cuaca sangat baik. Musim panas di Turki terasa seperti di Malaysia, cumanya kadang-kadang terasa angin yang dingin. Dicadangkan masa melawat Topkapi Palace adalah sekitar 3-4 jam dan mulakan lawatan pada awal pagi, muzium akan ditutup pada pukul 4petang, dibuka setiap hari kecuali Selasa. Tempoh lawatan bergantung juga kepada bilangan pengunjung. Kami tak berkesempatan melawat ke semua penjuru istana, tak sempat memasuki Harem (perlukan bayaran asing jika ingin masuk). Tapi Alhamdulillah kami sempat melihat muzium barang tinggalan Rasulullah SAW walaupun terpaksa beratur panjang. Terdapat sebuah muzium (Royal Apartment) yang mempamerkan barang-barang Rasulullah SAW seperti pedang, kesan tapak kaki, helaian rambut dan juga barang-barang lain kepunyaan para sahabat dan para anbiya. Sayangnya, kami tidak dibenarkan mengambil gambar di muzium ini.

Kaligrafi di hadapan pintu besar.

                                                             Miniature Topkapi Palace.

Di sudut lain pula, ditempatkan koleksi pedang-pedang yang digunakan ketika berperang. Kejap merasa izzah dengan kemenangan Islam dalam perang tersebut, kejap pula merasa gerun bila teringat pedang tersebut telah menumbangkan ribuan manusia. Terdapat juga muzium yang menempatkan barangan dapur istana & juga koleksi jam yang dihadiahkan oleh negara-negara lain. Koleksi jam yang sangat unik dan sangat cantik. InsyaAllah rasanya susah sangat nak jumpa sebegitu pada zaman sekarang.

Subhanallah cantik hasil seni binaan tamadun Islam pada zaman dulu. Pernah diberikan kesempatan untuk melihat istana tinggalan tamadun Inggeris. Tapi personally saya rasa, seni bina istana tamadun Islam seperti Topkapi Palace (di Istanbul) dan Istana Cordoba (di Spain) ternyata jauh lebih menarik perhatian saya. Seni binanya penuh dengan tulisan khat yang mengagungkan Allah dan ayat alQuran di dinding-dinding. Berbeza dengan seni bina istana tamadun Inggeris, misalnya Istana AtTartuk yakni istana Dolmabahce (di Istanbul) yang lebih menekankan unsur kemewahan melalui penggunaan emas pada tiang, rangka pintu, bingkai gambar dan perabot.

Setelah hampir 3 jam di situ, kami menunaikan solat Zuhur di salah sebuah surau di dalam istana dan bergerak ke arah Haghia Sophia.

Haghia Sophia/Ayasofya Mosque

                                                     Gambar dari luar Haghia Sophia

Haghia Sophia pada asalnya merupakan gereja, kemudian diubah kepada masjid selepas pembukaan dan kini, merupakan sebuah muzium. Ketika Sultan Mehmed II menguasai bandar ini pada tahun 1453, Haghia Sophia berada dalam keadaan terbiar memandangkan pemerintah sebelum itu tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Setelah penguasaan Constantinople ataupun Istanbul, bangunan ini diubahsuai menjadi masjid. Ketika diubah menjadi masjid, solat fardhu Jumaat yang pertama adalah diimamkan sendiri oleh Sultan Mehmed II. Subhanallah, sangat kagum dengan pemimpin yang berjaya memimpin rakyat bukan sekadar dalam urusan pentadbiran negara, tetapi juga dalam amal ibadah. Di setiap bucu dalam bangunan, diletakkan kaligrafi tulisan “Allah, Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Hasan, Husein.” Kami berkesempatan menziarahi makam para sultan yang terletak di dalam sebuah muzium di antara Topkapi Palace dan Haghia Sophia. Kami hanya mengambil gambar di luar Haghia Sophia dan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam kerana ada berita yang mengatakan bahawa hasil kutipan tiket akan disumbangkan kepada gereja. Sahih ataupun tidak, wallahualam. Lagi pun kami agak kepenatan bila ternampak barisan pengunjung yang beratur terlalu panjang. Jadi kami hanya berehat dan menjamu makanan ringan di gerai berhampiran.

Di bahagian luar Haghia Sophia, terdapat gerai-gerai makana, dan salah satu gerai yang menarik perhatian adalah gerai menjual Simit. Simit, roti berbentuk seperti cincin besar yang ditaburi dengan bijan dan boleh dicelup ke dalam coklat cair, lebih kurang macam pretzel. Salah satu makanan yang terkenal di Turki. Minuman yang terkenal pula adalah teh Turki yang dihidangkan dalam cawan yang kecil.

                                                                             Gerai yang menjual Simit.

Blue Mosque (Sultanahmet Mosque)

                                    Blue Mosque. (alamak termasuk pula gambar makcik Turki)

Kami kemudian meneruskan lagi perjalanan ke Blue Mosque yang terletak sangat hampir dengan Topkapi Palace dan Haghia Sophia, mungkin sekadar 100-150 meter jarak. Di pertengahan jalan, kami diberhentikan oleh 3 orang gadis bertudung dan memberi salam kepada kami dan bertanyakan sekiranya kami berasal dari Indonesia. Adik-adik ni sangat excited semasa memberi salam dan apabila kami beritahu yang kami orang Malaysia, riak wajah mereka nampak seakan-akan agak kecewa kerana menyangka kami orang Indonesia. Apa-apa pun kita masih serumpun. Kami berbual sebentar dengan adik-adik tu. Rupanya adik-adik ni belajar di salah sebuah university di Turki dan sedang menghadiri conference di Istanbul. Tak lama kemudia, datang pula 3 orang lelaki menyapa kami bertiga. Mereka bertiga antara peserta conference tersebut juga. Selepas berbual-bual dengan keenam-enam adik ini, kami bergerak ke Blue Mosque untuk solat Asar berjemaah. Subhanallah, seronok rasa dapat melancong ke negara orang dan bukan saja tak perlu risau tentang tempat untuk menunaikan solat, tapi dapat peluang menunaikan solat secara berjemaah di dalam masjid. Mungkin itu yang menambahkan lagi kemanisan bermusafir.

                                                                                         Blue Mosque 

Blue Mosque telah dibina antara tahun 1609 dan 1616 dan upacara pecah tanah dilakukan oleh Sultan Ahmed I.Pada awalnya, kompleks masjid ini mengandungi sekolah rendah, hospital, maahad tahfiz, hamam (tempat mandi umum) dan kedai-kedai. Kebanyakkan bangunan-bangunan telah roboh dan yang menjadi tinggalan sekarang adalah masjid, makam dan madrasah. Hiasan dalaman masjid ini cukup cantik. Kebanyakkan masjid di Turki mempunyai chandelier (lampu besar) di bahagian tengah masjid. Ini antara masjid yang wajib dilawati jika melancong ke Istanbul. Anatara typical senibina masjid disini adalah mempunyai kubah yang banyak, menara di setiap penjuru kubah dan chandelier.


Selepas selesai menunaikan solat, kami bergerak keluar mencari makan malam. Perjalanan diteruskan pada keesokannya.

Thursday, 14 November 2013

Tips to survive long haul flights with baby/kids


Alhamdulillah Allah izinkan & permudahkan perjalanan family saya ke Ireland (termasuklah anak saudara, Fiedhia yang baru setahun setengah masa tu). Bila family dapat datang ke Cork, tu antara hadiah yang sangat special daripada Allah, Alhamdulillah.. InsyaAllah saya kongsikan sedikit tips yang sempat saya cari & beri kepada kakak saya untuk handle Fiedhia semasa dalam long haul flights Penang-KL-Amsterdam-Cork. Huhu, kesian kat family, terpaksa travel lama. Yelah, kalau estimate total journey, it took 19 hours (including transit). Dalam flight KL ke Amsterdam ambil masa 12+ hours. Before this, paling lama pun parents pernah travel untuk umrah & haji, dan flight ambil masa lebih kurang 6-8 hours. Alhamdulillah they managed well, Fiedhia pun sangat2 excited naik her first flight. Selalunya yang merisaukan ibu-ibu adalah space flight yang limited, anak-anak meragam dalam flight dan jet lag.

                                      
                                                      Gambar fiedhia tengah excited kt airport ^_^

So few tips to handle baby/kids for a long flight journey. Thanks to izyan jugak yang tolong2.

Before travelling:
1.      Make sure semasa booking untuk flight ticket, check if basinet is provided. Basinet ni macam baby cot yang kecil dan ada certain measurement. Kalau tak silap, maximum length is 78cm. So kalau baby yang dah besar, tak muat dan si ibu perlu mendukung anak semasa dalam flight. Kalau nak bawa stroller, make sure check kids luggage rules. InsyaAllah stroller boleh check-in ataupun boleh bawa sampai ke pintu flight and ambil semula bila arrive at destination. Kalau boleh, pilih flight yang akan travel waktu malam supaya mudah anak-anak nak tidur.
2.      Bagi ibu yang kurang selesa mendukung anak untuk tempoh yang lama, dinasihatkan untuk membeli seat untuk anak (bagi anak yang dah boleh duduk). Kebanyakkan flight tidak menyediakan tempat asing untuk kanak-kanak. Kalau tak silap, bayaran dikenakan untuk tax.
3.      Pastikan pakaian yang dipakai oleh anak adalah pakaian yang selesa. Kalau nk fly ke negara yang sejuk, tak perlulah pakai tebal semasa dalam flight. Bawa coat/knitwear dalam handluggage dan just pakai bila dah kapal dah landing di negara tersebut. Kesian kt anak-anak kalau panas dalam flight. InsyaAllah suhu dalam flight boleh dikawal secara personal. Kalau tak tahu, boleh tanya kepada stewardess, jangan biar anak-anak sejuk J
4.      Antara barang-barang yang perlu dimasukkan dalam hand luggage (beg yang dibawa masuk ke dalam flight) : botol susu kosong (insyaAllah air suam boleh diisi dalam flight nanti), susu tepung, shawl/selendang (bagi yang breastfeeding, bolehlah guna shawl semasa menyusu dalam flight nanti), pakaian extra untuk anak-anak, lampin pakai buang, alat permainan/storybooks (jika flight lama, bawa 4-5 toys, especially new toys supaya diorang tak cepat boring. Cuba sembunyikan sedikit toys ni supaya diorang tak nampak dan si ibu boleh control bila nak bagi new toys. Make sure toys yang dibawa tiada air/peralatan tajam. Boleh guna Apps on smartphone jugak), snack (walaupun dalam flight nanti ada disediakan snack, just bawa je supaya anak-anak tak cepat lapar dan kadang-kadang, si anak akan cerewet dengan inflight meal.), minyak angin/balm yang selalu digunakan bila anak kembung perut, baby lotion & powder, baby wipes.
5.      Risau jet lag? ada yang bagi tips suruh sediakan anak-anak mengikut local time. Maksudnya, kalau nak fly ke London yang mempunyai beza waktu 7 jam lambat daripada Malaysia, pastikan anak-anak tidur mengikut waktu malam London. Ada jugak yang bagi tips, just ignore je. Yang penting, pastikan diorang tenang pada hari nk fly. Kalau fly waktu tengahari, pastikan before fly, anak-anak aktif atau busy bermain. insyaAllah diorang akan letih & mengantuk semasa dalam flight nanti. Ada yang suggest untuk ajak si anak bermain masa kat airport nanti. Ajak lompat atau lari-lari anak (hehe tapi kalau malu, control2 lah sikit, hehe). Tapi semua tips ni bergantung kepada individu. sometimes, it works, sometimes, not.

During travelling:
  1.             Baca bismillah, doa minta Allah permudahkan perjalanan. Jangan lupa bawa dokumen anak jugak (passport/MyKid).
  2.             Ada jugak yang suggest supaya menyusukan anak semasa take-off supaya telinga si anak berasa selesa. Kalau bayi, dia tak mampu nak beritahu si ibu pasal telinganya yang rasa terseumbat ketika take off, so dia akan menangis jelah. insyaAllah kalau menyusu, diorang akan rasa lebih selesa. Kalau kita yang dh dewasa ni, bolehla kunyah chewing gum.

During arrival:
  1.      Jaga anak-anak. Jangan biar diorang terlepas. Kadang-kadang diorang sangat excited sampai terlupa parents diorang.
  2.     Pastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya bila tiba di hotel/rumah. Kadang-kadang kanak-kanak lebih cepat adapt dengan suasana baru dan kurang jet lag.
Nice video & tips utk ibu-ibu ^_^ http://uk.lifestyle.yahoo.com/video/handle-children-long-haul-flight-104001658.html

Jangan expect perfection during the journey. Hehe, kalau ada masalah ataupun anak-anak kurang sporting, it’s ok. Just anggap yang kita tengah race in The Amazing Race. Biasalah budak-budak, excited dengan benda & tempat baru.. ;)  Enjoy the journey!

Sunday, 27 October 2013

Tiada lagi tangisan

                
Saya masih lagi ingat sebuah kisah yang pernah diceritakan ketika usrah di KMB beberapa tahun yang lalu….
Ketika sedang memetik buah-buahan yang masak ranum di sebatang pohon yang renek, seorang pemuda terjumpa sebuah kepompong kupu-kupu. Sambil diperhati dan diamati kepompong itu, dia terlihat akan sebuah lubang yang kecil pada kepompong itu. Selama beberapa jam, dia memerhatikan seekor kupu-kupu yang bertungkus-lumus untuk keluar daripada lubang yang kecil itu. Subhanallah, sungguh menakjubkan! Setelah beberapa lama memaksa dirinya keluar dari kepompong itu, si kupu-kupu berhenti seketika. Pemuda itu terus memerhati dan pada sangkaannya, si kupu-kupu telah berputus asa dan berhenti berusaha.

Pemuda itu berasa kasihan dan terus membuat keputusan untuk membantu si kupu-kupu. Diambilnya gunting dan terus menggunting lubang yang kecil itu. Si kupu-kupu berjaya keluar dengan mudahnya dari kepompong itu. Namun, tubuh kupu-kupu itu sangat kecil dan sayapnya masih berkedut. Pemuda tersebut terus memerhatikan kupu-kupu itu dan mengharapkan sayap kupu-kupu itu kembang dan mampu menampung berat badannya, dan kemudian dapat terbang bebas.

Namun,sangkaannya meleset. Apa yang diharapkan oleh pemuda itu, kini hanya tinggal harapan. Si kupu-kupu terpaksa melalui seluruh hayatnya dengan hanya merayap, tidak dapat terbang seperti rakan-rakannya yang lain. Sayapnya masih berkedut dan tidak mampu menampung badannya yang berat itu. Ia tidak mampu terbang selama-lamanya. Barulah pemuda tersebut faham bahawa setiap kejadian alam itu ada hikmahnya. Kesusahan yang terpaksa si kupu-kupu hadapi, akan menjadikannya lebih kuat. kupu-kupu itu perlu berjuang dengan usahanya sendiri untuk melepasi setiap halangan. Melalui lubang yang kecil itulah, si kupu-kupu dapat memaksa cecair daripada tubuhnya untuk masuk ke dalam sayap-sayapnya supaya dapat bersedia untuk terbang sebaik sahaja berjaya keluar daripada kepompong itu. Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.
******************************************************
Tiada perkara yang akan datang dengan mudah tanpa perlu berusaha. Setiap pahit manis dalam melalui kehidupan ini, perlulah dihadapi dengan tabah, kerana itulah yang akan mematangkan seseorang. Mari kita ikuti teladan daripada kisah kehidupan Rasulullah sendiri, meskipun telah mempunyai darjat yang tinggi sebagai kekasih Allah, namun Baginda tetap diuji dengan pelbagai ujian. Sejak kecil, baginda diuji dengan kehilangan ibu bapa tersayang dan terpaksa menjadi yatim piatu. Namun, Baginda tidak pernah menyalahkan takdirnya. Baginda lalui dengan hati yang terbuka.
Apabila meningkat dewasa, baginda diuji lagi apabila mendapat tentangan semasa ingin berdakwah. Baginda tidak pernah berputus asa. Semakin banyak ujian yang diberikan, semakin terserlah personaliti Baginda yang kita kagumi sehingga kini. Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin apabila diuji, kita akan mudah mengeluh, menangis dan seterusnya berputus asa. Berat sangatkah ujian kita sebagai manusia jika dibandingkan dengan Rasulullah? Rasulullah tidak pernah berputus asa biarpun nyawa menjadi taruhan.
“Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu…” (Al-Baqarah :214)
                                    Sumber: Google
Setiap kejadian alam dan ciptaan Allah memberi ruang kepada kita untuk berfikir sejenak dan cuba mengadaptasikannya ke dalam realiti kehidupan ini. Seekor larva tidak mungkin akan bertukar menjadi seekor kupu-kupu yang cantik sekiranya ia tidak berubah dan berusaha sedaya upaya menghadapi setiap halangan sepanjang perubahan itu. Begitu juga manusia, perlukan perubahan untuk berjaya. Sentiasa istiqamah dalam berubah dan tidak sesekali berasa lemah dan berputus asa.
Thomas Alva Edison, seorang pereka mentol pernah berkata, 3 perkara yang paling diperlukan bagi meraih kejayaan adalah bekerja keras dan cerdas, ketekunan dan akal fikiran yang sihat. Beliau juga menjelaskan, setiap perkara dapat dihasilkan dengan baik bagi orang-orang yang terus bekerja sambil mencari dan memanfaatkan kesempatan. Baginya, “ Hidup adalah satu perjuangan. hidup memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, malah bagi meraih kejayaan, keringat dan air mata diperlukan.” Beliau sendiri pernah menghadapi beribu-ribu halangan sebelum berjaya mencipta sebuah mentol yang dapat digunakan sehingga kini. Namun beliau tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa mencuba sebanyak 1000 kali dan gagal dalam setiap percubaan.
Pernah salah seorang sahabatku memberikan kata-kata semangat, “A diamond is a chunk of coal that is made good under pressure.” Ya,tepat sekali! Tanpa tekanan yang sangat tinggi, takkan mungkin sebuah permata yang sangat indah dan sangat bernilai, dapat kita lihat pada hari ini. Seorang insan yang boleh digelar sebagai Muslim berjaya, pasti telah melalui setiap detik-detik yang mencabar  yang telah membentuk peribadinya sebagai seorang yang lebih berani, kuat dan sentiasa bersabar dengan ujian yang diturunkan oleh Allah. Allah telah berfirman,
“ Dia (Ibrahim) berkata, “Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Al-Hijr: 56)
Ayuh kita imbas kembali zaman bayi yang dilalui oleh kita semua. Bayi yang lahir secara fitrahnya tidak pernah berputus asa, meskipun acapkali terjatuh apabila cuba bertatih, bayi-bayi ini masih lagi bersemangat untuk bangkit semula dan terus berjalan. Dan kini, bayi yang kerap jatuh bangun itu telah berjaya menjadi seorang manusia dewasa. Apakah yang akan terjadi sekiranya bayi-bayi ini berputus asa sejak kecil? Allah telah memberikan begitu banyak contoh dan teladan melalui alam semulajadi yang boleh kita jadikan iktibar. Semuanya terpulang kepada kita semua untuk mengambil masa dan berfikir sejenak tentang keajaiban yang kita lalui selama ini. Semoga Allah sentiasa menjaga hati kita agar sentiasa berfikiran positif terhadap ujian yang diberikan, respond dengan cara bersabar dan tidak cepat berputus asa, insyaAllah. Wallahualam.

Doa mengawal kemarahan

           

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan. (Riwayat Ibn Abi Dunya)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” (Riwayat al-Bukhari)

Marah adalah sifat mazmumah yang menunjukkan kelemahan seseorang kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang). Banyak kaedah yang Rasulullah ajarkan apabila seseorang anak Adam itu marah.
Rasulullah SAW bersabda, Jika salah seorang di antara kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk, apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring” (H.R. Ahmad)
Tidak semua sifat marah yang dilarang. Ada sifat marah yang terpuji, iaitu perasaan marah apabila berlakunya perlanggaran terhadap hokum yang dilarang oleh Allah. Orang mukmin yang tiada langsung rasa marah apabila melihat agama ditindas dan hukum Allah dipermainkan oleh orang lain, perlu muhasabah sejauh mana imannya. Lemah sangatkah iman sehingga tiada langsung rasa marah demi mempertahankan agama?
Marah yang dicela adalah apabila rasa marah itu dikawal oleh hawa nafsu semata-mata tanpa berlandaskan penghayatan agama dan iman yang teguh. Kita sering mengaku bahawa syaitan itu musuh kita, tetapi masih ada di kalangan kita yang sentiasa mengikut telunjuk syaitan tanpa disedari apabila dia bersikap reaktif terhadap sesuatu masalah dan mudah melemparkan kemarahan. Marah itu sifat semulajadi manusia, bukan manusialah seseorang itu jika tidak pernah ada sedikitpun rasa marah dalam hatinya.
Imam al-Ghazali pula berkata: Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.
Ada segelintir yang cepat melenting apabila tidak diberikan sesuatu yang dikehendakinya. Ada juga yang marah dan bersangka buruk dengan Allah apabila Allah lambat dan tidak memperkenankan doanya. Akhlak seorang mukmin itu apabila dia tidak mendapat apa yang dihajati,dia berasa gembira dan sebaliknya, apabila dia diberi kesenangan itu, dia berasa bimbang. Bimbang sekiranya kesenangan itu menjadi ujian baginya. Jangan kecewa jika Allah tidak memberi apa yang dihajati. Bersyukurlah, pasti ada hikmahnya. Berlapang dadalah. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Jangan biarkan diri dikuasai oleh syaitan. Marah itu umpama api, kawallah ia sebaik-baiknya.
Doa menghilangkan rasa marah, yang bermaksud:
“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”
Doa menghadapi orang yang sedang marah, yang bermaksud:
“Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arasy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”
Maafkanlah orang yang berbuat kesalahan terhadap kita jika kita mampu. Akhlak kita melambangkan tahap keimanan kita, samada kita benar-benar hambaNya yang beriman ataupun tidak. Semoga kita tergolong dalam hamba-hambaNya yang mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.

Sunday, 20 October 2013

Terapi 10T Tips mengawal stress yang dikongsikan di IKIM fm

  1. Tadabbur alquran - Mendalami alQuran sehingga memberi ketenangan. 
  2. Tafakkur - merenung kejadian sedalam-dalamnya hingga merasai hikmah yang Allah cuba sampaikan melalui kejadian tersebut. 
  3. Tawadhu' - mengambil wudhu’ apabila berada dalam keadaan stress -menghasilkan ketenangan jiwa 
  4. Tahajjud - mengorbankan nikmat duniawi demi merai niat menyembah Allah SWT. 
  5. Takallam - meluahkan perasaan kpd orang lain (kaunseling) dan berbicara perkara yg baik 
  6. Tadbir - urus kehidupan dgn cara yg baik (masa, kerja,keluarga) 
  7. Tawakkal - berserah diri di bawah perlindunganNya pada waktu menghadapi kesukaran. 
  8. Tadzkir - mengingati Allah SWT dengan cara berzikir. 
  9. Tasykur -berterima kasih/bersyukur kpd Allah.Tidak memikirkan apa yang kita tidak miliki 
  10. Taqarrub - mendekatkan diri kpd Allah sehingga dapat menduduki tempat yang terhormat dan mulia disisiNya dengan cara mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Selamat beramal! :)

Friday, 11 October 2013

Doa hari Arafah

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Saya kongsikan doa pada hari Arafah yang pernah dikongsikan oleh seorang sahabat. Moga Allah makbulkan setiap doa kita, insyaAllah. Maklumat lanjut berkenaan perbahasan hadith doa hari Arafah :
http://abuanasmadani.blogspot.ie/2013/10/doa-pada-hari-arafah.html 

"YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN. YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI, DOSA MASYARAKAT KAMI DAN DOSA SELURUH UMAT ISLAM YANG TELAH MATI DAN YANG MASIH HIDUP.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN APA YANG TELAH DIPOHONKAN OLEH RASULULLAH SAW, DAN KAMI MEMINTA PERLINDUNGAN DARI APA YANG PERNAH DIMITA PERLINDUNGAN OLEH RASULULLAH SAW.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN SYURGA TANPA HISAB, DAN BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI, SUPAYA KAMI DAPAT MELAKUKAN SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KAMI KE ARAHNYA,SELAMATKAN KAMI YA ALLAH DARI SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KAMI KE NERAKA.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYULAZIM,
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI KELEMAHAN DIRI KAMI ZAHIR DAN BATIN,BERILAH KEKUATAN, TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA KAMI DAPAT MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRIKAMI YA ALLAH.

TAMBAHKANLAH YA ALLAH KEPADA KAMI ILMU, IMAN DAN AMAL, HIDUPKANLAH KAMI DALAM ISLAM DANMATIKANLAH KAMI DALAM ISLAM.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN KEPADA ENGKAU IMAN YANG SEMPURNA, ILMU YANG MEMBERI MANFAAT, REZEKI YANG HALAL, ANAK YANG SOLEH, RUMAHTANGGA YANG BAHAGIA, USIA YANG BERKAT, DOAYANG MUSTAJAB, HAJAT YANG TERTUNAI, KESIHATAN YANG BERTERUSAN, HUTANG YANG TERBAYAR, KESELAMATAN DI DUNIA INI DAN DI AKHIRAT NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI SEGALA YANG BERLAKU DI HATI KAMI, HIDUPKAN HATI INI DAN SAMPAIKANLAH HATI INI KEPADA ENGKAU, SEMBUHKANLAH SEGALA PENYAKIT YANG ADADI DALAM HATI KAMI, SELAMATKANLAH HATI KAMI DARI SIFAT-SIFAT YANG KEJI DAN JAUHI KAMI DARI PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMATIKAN HATI KAMI.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYUL AZIM
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI YANG SENTIASA MENYEDARI AKAN HAKIKAT KETUHANAN DAN KEAGUNGAN KERAJAAN ENGKAU DAN MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, HIDUPKANLAH KAMI DALAM IMAN DAN MATIKANLAH KAMI DALAM IMAN,SELAMATKANLAH IMAN KAMI DARI SEGALA GANGGUAN SYAITAN SEMASA KAMI MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG AKHIR NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA BERADA DALAM KUBUR, JADIKANLAH KUBUR KAMI SATUTAMAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA, SELAMATKANLAH KAMI DARI SEGALA ANGKARA AZAB KUBUR DAN JANGANENGKAU JADIKAN KUBUR KAMI ITU SALAH SATU LUBANG DARI LUBANG-LUBANG NERAKA.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA DALAM PERJALANAN MENUJU MAHSYAR, SELAMATKANLAH KAMI YA ALLAH, SEMASA BERADA DI PADANG MAHSYAR DAN MASUKKANLAH KAMI KE DALAM TUJUH GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT BAYANGAN NAUNGAN ARASY ENGKAU YA ALLAH.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN SEMASA KAMI DIJALANKAN HISAB, HISABKANLAH KAMI YA ALLAH DENGAN HISAB YANG SEDIKIT, BERILAH PELUANG KEPADA KAMI UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP INI DAN BERJAYA MENERIMA SURATAN AMAL DENGAN TANGAN KANAN.

YA ALLAH, BERILAH KESEMPATAN KEPADA KAMI MEMINUM AIR KOLAM NABI KAMI AL KAUTHAR, SELAMATKAN KAMI SEMASA MENYEBERANGI TITIAN SIRATAL MUSTAQIM DAN MASUKKANLAH KAMI KE SYURGAMU BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG MULIA DI SISIMU YA ALLAH.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILAHIL ALIYYUL AZIM
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI INI, MUSTAJABKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH,DENGAN BERKAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW. DAN DENGAN BERKAT AMALAN KAMI YANG PALING IKHLAS KEPADAMU YA ALLAH.

YA ALLAH, ENGKAU MAHA MENGETAHUI BETAPA MENDERITANYA
DIRI KAMI DENGAN LUMURAN DOSA
BETAPA SENGSARANYA HIDUP KAMI DENGAN MENUTUPI AIB
BETAPA HINANYA DIRI KAMI DENGAN MAKSIAT
BERSIHKAN KAMI YA ALLAH
BERSIHKAN DOSA KAMI YA ALLAH
AMPUNI DOSA KAMI KEPADA ORANG TUA KAMI
AMPUNI JIKALAU MEREKA MENYESAL MELAHIRKAN KAMI
AMPUNI DOSA KAMI KEPADA KELUARGA KAMI YA ALLAH,
BERIKAN  KESEMPATAN BAGI KAMI MEMPERBAIKI SEGALANYA.

AMPUNI YA ALLAH JIKA DI SEKUJUR TUBUH KAMI ADA HARTA HARAM
DI RUMAH KAMI BANYAK BARANG HARAM
PADAHAL ENGKAU MENGHARAMKAN KE SYURGA BAGI YANG DITUBUHNYA ADA DAGING HARAM
BERIKAN KESEMPATAN KAMI UNTUK MENYUCIKAN DIRI
DARI HARTA HARAM YA ALLAH
JAUHKAN SEJAUH-JAUHNYA YA ALLAH
CUKUPI DIRI KAMI DENGAN REZEKIMU YANG HALAL

YA ALLAH AMPUNI JIKALAU KAMI SERING MENZALIMI
HAMBA-HAMBAMU YANG LEMAH
BERIKAN KESANGGUPAN BAGI KAMI UNTUK TERPELIHARA DARI KEZALIMAN
YA SAMIUL ALIM, WAHAI YANG MAHA MENDENGAR,
HANYA ENGKAULAH TUMPUAN HARAPAN KAMI
JADIKAN (KAMI/ KAUM MUSLIMIN) MENJADI SUAMI YANG BENAR
MENJADI AYAH YANG JUJUR
MENJADI LELAKI YANG SOLEH
JADIKAN (KAMI/ KAUM MUSLIMAT) ISTERI YANG SOLEHAH
MENJADI IBU YANG SOLEHAH
MENJADI MUSLIMAH YANG TERPELIHARA
KURNIAKAN KEPADA KAMI YA ALLAH,
KETURUNAN YANG LEBIH BAIK DARI KAMI
LINDUNGI DARI KEDERHAKAAN DAN KEHINAAN DUNIA DAN AKHIRAT

YA ALLAH BERKATILAH SISA UMUR KAMI
BERKATILAH REZEKI YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI
BERKATILAH ILMU YANG ENGKAU KURNIAKAN
BERKATILAH SISA UMUR INI

ALLAHUMMAGHFIR LILMUMININ WAL MUMINAT MUSLIMIN WAL MUSLIMAT, AL AHYAAI MINHUM WAL AMWAAT..
YA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH
SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH
JANGAN BIARKAN ENGKAU SAKSIKAN KAMI TERHINA SEPERTI INI
PERSATUKAN HATI KAMI YA ALLAH
BANGKITKAN PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAIMU DAN MENCINTAI UMATMU

TOLONGLAH SAUDARA KAMI YANG TERANIAYA DI PENJURU MANA PUN YA ALLAH
JANGAN BIARKAN KAUM ZALIMIN BERJAYA ATAS KAUM BERIMAN YA ALLAH
JANGAN BIARKAN KAUM YANG INGKAR KEPADAMU MENZALIMI KAUM YANG BERSUJUD KEPADAMU

BANTULAH SAUDARA KAMI PEJUANG-PEJUANG ISLAM DAN UMAT ISLAM DI PALESTIN, IRAQ, AFGHANISTAN DANSELURUH PEJUANG AGAMAMU.
YA ALLAH MEREKA DALAM GENGGAMANMU YA ALLAH
YA ALLAH CEGAHLAH KEZALIMAN KE ATAS UMATMU YA ALLAH

YA ALLAH SELAMATKAN NEGERI KAMI YA ALLAH
ENGKAULAH YANG MAHA TAHU KEADAAN NEGERI KAMI
JANGAN BIARKAN UMATMU SERAMAI INI DITINDAS DAN DIHINA
BANGKITKAN YA ALLAH
JADIKAN NEGERI KAMI NEGERI YANG MEMANCARKAN CAHAYA ISLAM
MENJADI NEGERI YANG RAHMATAN LILALAMIN

YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI PEMIMPIN YANG SOLEH
PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAI UMATMU
PARA PEMIMPIN YANG TEGUH HIDUP DI JALANMU
PARA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MENJADI SURI TAULADAN BAGI KAMI

YA ALLAH, IZINKAN KELAK KAMI BERTEMU DENGAN MU YA ALLAH
BERTEMU DENGAN RASULMU
BERTEMU DENGAN KEKASIH-KEKASIHMU

RABBANA AATINA FIDDUNYA HASNAH WAFIL AKHIRATI HASANAH
WAQINA AZABANNAR

RABBANA TAQOBBAL MINNA INNAKA ANTA SAMIULALIM WATUB ALAYNA INNAKA ANTATTAWABURRAHIM.SUBHAANA RABBIKA RABBIL IZZATI AMMAA YAASHIFUUN WASALAMUN ALAL MURSALIN WALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN."


Thursday, 26 September 2013

Alhamdulillah..

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

Rezeki ada di mana-mana. 

Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. 
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. 

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. 
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia. 

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal. 

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. 
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan. 

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala. 

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. 
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua. 

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka. 

Bersabar. Bersyukur. Berdoa. Bertawakal. 
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.
Hitung kesyukuran, usah hitung kesukaran :)

Thursday, 15 August 2013

Panduan ibadah ketika sakit

Saya kongsikan sedikit poster panduan berwudhu & solat ketika sakit yang dikeluarkan oleh PAPISMA.






Bila izrael memanggil...

Makcik : Owh, pakcik tak solat sejak pakcik terlantar selama 2 bulan ni.
Pelajar : Hmmm, pakcik tahu tak cara-cara bersolat ketika sakit? Ada kemudahan untuk solat ketika sakit.
Makcik  : Tahu. Pakcik ni orang-orang masjid.
Selang 3 hari kemudian, kami dikejutkan dengan berita kematian pakcik tersebut. Al-Fatihah. Sungguh tak disangka-sangka, bila ajal tiba, tiada siapa yang dapat menghalang. Semoga Allah merahmati hambaNya.
****************************************************************

*Kisah benar di atas tidak diceritakan secara terperinci bagi menjaga confidentiality pesakit tersebut. Susunan ayat ketika perbualan tersebut mungkin sedikit berbeza. Ia merupakan pengalaman yang diperolehi oleh saya dan beberapa orang sahabat lain yang ditemani oleh doktor ketika menziarahi pesakit semasa program Medical Conference baru-baru ini.
Masih ramai lagi masyarakat Islam di luar sana yang kurang menekankan aspek ibadat terutamanya solat apabila sakit. Mungkin masih ramai yang merasakan beribadat ketika sakit adalah perkara yang amat sukar dan mungkin juga ada yang masih cetek ilmu dalam beribadat ketika sakit.
Ketika sakit..
Tanggungjawab pesakit :
Hampir kesemua manusia di muka bumi ini akan diuji dengan kesakitan. Sesungguhnya Allah cuba menguji kita dengan kesakitan agar kita sentiasa mengingati mati, lebih mendekatkan diri kepadaNya dan beramal soleh bagi menambahkan bekalan yang akan dibawa ke akhirat kelak.
1. Menjaga amal ibadat yang wajib dilakukan.
Walaupun sakit dan tidak berupaya untuk bangun/duduk, setiap hamba Allah masih mempunyai kewajipan untuk menunaikan solat. Islam tidak membebankan umatnya. Terdapat kelonggaran / rukhsah kepada pesakit dalam menunaikan solat. Melalui solat, ia membuktikan cinta kita kepada Maha Pencipta dan menjadi medium untuk kita memohon pertolongan daripada Allah supaya menyembuhkan penyakit.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan menunaikan solat. Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali untuk orang-orang yang khusyuk. (Surah Al-Baqarah : 45)
2.  Tidak mudah berputus asa memohon pertolonganNya.
Biarpun sakit yang dialami mungkin sudah berada di tahap yang kritikal, namun, sebagai hambaNya yang soleh, seorang pesakit tidak seharusnya berputus asa berdoa agar disembuhkan.
Tanggungjawab penjaga/keluarga pesakit :
1.  Menjaga kebajikan pesakit.
Beruntunglah ibu bapa yang memiliki anak yang dapat menjaga kebajikannya ketika sakit sepertimana kedua ibu bapanya menatangnya ketika bayi dahulu. Ada anak-anak yang kurang sabar dengan karenah ibu bapa apabila sudah tua dan sakit. Inilah salah satu ujian yang Allah berikan bagi menguji sejauh mana seorang anak taat kepada ibu bapanya.
2.  Memastikan pesakit tidak meninggalkan ibadah dan membantu meringankan bebannya.
Adalah menjadi kemestian kepada ahli keluarga untuk sentiasa mengingatkan pesakit agar tidak meninggalkan ibadah. Selain menjaganya, kita juga perlu membantunya beribadat. Kita perlu sentiasa memberi kata-kata semangat dan pendorong agar pesakit cepat sembuh.
3.  Memastikan ilmu Fiqh Perubatan & juga ilmu pengurusan jenazah telah dikuasai oleh ahli keluarga.
Sebagai seorang ahli keluarga, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu pesakit untuk beribadat. Pesakit yang terlantar dan tidak dapat bergerak, sudah pasti mengharapkan bantuan kita untuk membantunya bersuci, berwuduk dan menunaikan solat. Kita juga perlu bersedia dengan ilmu pengurusan jenazah agar setiap kemungkinan yang berlaku dapat kita hadapi dengan mudah pada masa akan datang.
Tanggungjawab sebagai pengamal perubatan:
1. Berusaha memberikan rawatan dan jagaan yang terbaik kepada pesakit.
Dalam membantu merawat pesakit, kita sebagai doktor perlulah melengkapkan diri dengan ilmu perubatan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
2. Allah yang menyembuhkan sesuatu penyakit, bukannya disembuhkan oleh doktor.
Seorang doktor Muslim yang baik, akan senantiasa mengingatkan pesakitnya supaya mengingati Allah yang berkuasa menyembuhkan penyakit. Jika pesakit sudah hampir kepada tahap akhir sesuatu penyakit, doktor tersebut perlulah menasihati pesakit agar lebih mendekatkan diri kepada Allah dan redha dengan ketentuanNya.
3.  Seorang doktor juga mestilah berusaha mengingatkan dan mendidik pesakit tentang beribadat ketika sakit.
Mungkin masa yang boleh diluangkan bersama pesakit adalah agak singkat, jadi gunakan masa yang singkat itu sebaik-baiknya. Sebagai pengamal perubatan, kita juga boleh menyediakan buku/pamphlet panduan ibadah ketika sakit, menyediakan alatan yang dapat membantu ibadat (misalnya debu tayammum), dan memberi galakan kepada keluarga pesakit supaya mambantu pesakit menunaikan solat.
Ketika ajal tiba..
Tanggungjawab keluarga arwah :
1. Menguruskan jenazah sebaik-baiknya
Sebaik sahaja seseorang disahkan meninggal dunia, waris terdekat perlulah berusaha menguruskan jenazah tersebut. Seorang anak yang soleh pasti akan berusaha menguruskan jenazah kedua ibu bapanya. Kita sebagai anak, perlu cuba melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan jenazah. Sudah pasti ibu bapa akan berbangga sekiranya anaknya sendiri yang mampu memandikan dan menguruskan jenazahnya, bukannya orang luar. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskan jenazah keluarga kita sedangkan kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
2.  Cuba menyelesaikan hutang-hutang yang pernah ditanggung oleh arwah.
Waris wajib melunaskan hutang arwah. Islam amat menitikberatkan persoalan menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesame manusia ketika hidup di dunia hingga akhirat kelak.
Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi”. (HR  At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)


Jaulah Turki : Kembara Menjejak Al-Fateh

    Alhamdulillah Allah makbulkan impian untuk ke Turki, dan yang paling best adalah dapat melancong bersama 2 orang teman teristimewa, Izyan & Azira. Kami berjaulah hanya bertiga, memandangkan sahabat-sahabat lain masih lagi berada dalam musim peperiksaan. Tempoh jaulah kami pada kali ini hanya selama 7 hari (dari 15/5 – 22/5), tempoh yang sangat pendek untuk explore seluruh Turki. Kami memulakan perjalanan kami di Dublin dan bergerak ke Turki dengan menaiki Turkish Airlines. Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 4 jam itu akhirnya tiba di Ataturk International Airport. Perjalanan diteruskan ke hostel kami, Stray Cat Hostel (huhu, agak kurang selesa tapi bolehla dengan bajet kami yang agak rendah) dengan menaiki Metro & tram. Setelah hampir 3 bulan kami selesai berjaulah, baru sempat nak share.

Seperti yang kami rancangkan sebelum perjalanan, kami akan menghabiskan masa selama 3 hari untuk berjalan di sekitar Istanbul, setengah hari di Bursa, sehari di Ankara, dan sehari di Pamukkale. Hajat untuk melawat Edirne pada awalnya, tak dapat kami tunaikan disebabkan kesuntukan masa. InsyaAllah detail lawatan kami, akan dikongsikan nanti.

Kerana manisnya ukhuwwah

Subhanallah, jaulah kali ini benar-benar terasa manisnya ukhuwwah. Ukhuwwah di saat susah dan senang. Bukan sekadar ukhuwwah di antara kami bertiga, tapi juga ukhuwwah yang baru terbina bersama orang tempatan di sana. Terasa kemanisan ukhuwah dengan saudara semuslim, walaupun tidak sempat bertanyakan nama, tidak sempat bersembang panjang, tetapi kemanisannya tetap terasa. Bermula di Bursa, kami bertemu dengan makcik dan kakak-kakak yang sangat friendly. Seperti biasa, disebabkan kami memang tidak pandai berbahasa Turkish dan sangat sedikit penduduk tempatan yang memahami English, kami mulalah bercakap seperti ayam & itik, menggunakan bahasa isyarat dan menggunakan perkataan English yang simple2 saja. Ketika di dalam masjid Ulucamii, disebabkan kami buntu dalam mencari tandas dan tempat berwudhu, Izyan & Azira cuba bertanya kepada seorang makcik sementara saya menjaga baranng-barang kami di suatu sudut. Sambil memerhatikan kedua-dua sahabat saya yang sedang bertanya itu, tiba-tiba saya terkejut apabila makcik tersebut memeluk izyan dengan begitu erat sekali, seakan-akan seorang ibu memeluk anaknya. Masing-masing membuat andaian yang mungkin makcik tersebut salah faham soalan kami ataupun mungkin jugak memberi pelukan sesama jantina menjadi budaya di kalangan orang-orang Turki terutamanya apabila terjumpa pelancong luar yang juga beragama Islam. 


                                       Gambar : Blue Mosque, Istanbul

Dari kota Bursa, kami bertolak ke stesen bas Bursa yang agak jauh dari bandar. Di sana kami berehat selama 2-3 jam untuk mengisi perut yang kekosongan &  juga mengisi rohani kami. Selesai mengambil wudhu, saya disapa oleh seorang makcik dan anak perempuannya. Makcik tersebut cuba bertanyakan sesuatu tetapi saya kurang faham. Matanya sambil memandang kea rah tisu di tangan saya. Oh, mungkin dia perlukan tisu untuk keringkan mukanya selepas berwudhu. Tanpa memahami soalannya, saya menghulurkan tisu, kebetulan terlebiih tisu yang diambil. Makcik tersenyum & memegang tangan saya dengan sangat erat, senyumannya dibalas tetapi masih terasa kekok. Selesai menunaikan solat, saya & izyan berehat sebentar di belakang saf. Tiba-tiba makcik tadi datang dan menyentuh pipi dan dagu izyan dan tersenyum kepada kami. Sekali lagi, kami kehairanan. Mungkin ini cara mereka menyambut kami sebagai tetamu. Subhanallah, jika betul sangkaan kami ini, hebatnya layanan mereka sebagai tuan rumah. Barangkali Allah memakbulkan doa saya yang berharap untuk bertemu insan-insan yang baik sepanjang permusafiran ini. Setiap kali teringatkan makcik-makcik di sana, tersenyum keseorangan. 

Di Eyup camii pula, ketika kami sedang bertanya-tanya kepada polis tentang arah ke Makam Abu Darda, polis tersebut memanggil sahabatnya untuk membawa kami ke situ menggunakan kereta mini (saya tak tahu nama kereta tersebut, seakan-akan kereta yang digunakan di padang golf). Pada ketika itu kereta tersebut digunakan oleh 2-3 orang wanita tua yang bertongkat. Polis tersebut memberitahu kepada makcik tersebut dalam bahasa yang kami tidak faham. Tiba-tiba makcik tersebut turun dan senyum kepada kami sambil berkata ‘Musafirullah, musafirullah..” itu saja yang mampu saya faham. Ya Allah, bersalahnya rasa, disebabkan kami, makcik tersebut terpaksa berjalan. Tak tahu bagaimana nak beritahu dalam bahasa yang mereka fahami yang kami boleh berjalan, cuma perlu tunjukkan arah yang tepat. Disebabkan makcik itulah, saya mendapat ilham untuk menamakan blog ini Musafirullah. Jika Allah berikan pahala di atas perkongsian ilmu di blog ini, moga makcik juga mendapat sahamnya insyaAllah. Kemudian, kami dikejutkan lagi dengan kedatangan sekumpulan adik-adik dari salah sebuah madrasah di Turki yang kebetulan sedang mengadakan lawatan di Eyup Camii. Adik-adik ini masih kecil, sekitar umur 9-16 tahun, agaknya. Ada di kalangan mereka yang agak boleh berbahasa Inggeris, meminta-minta untuk bergambar dengan kami dan meminta autograph kami. Allah, walaupun penat nak melayan adik-adik ni bergambar kerana setiap orang mahu bergambar sorang-sorang dan kesemua mereka mungkin belasan orang, tapi terasa manisnya layanan mereka. Terasa seperti saudara sendiri. Jika di Rome, mungkin ini salah satu taktik untuk mencuri/merompak pelancong. Tetapi di Turki, Allah tidak detikkan rasa curiga dalam hati terhadap adik-adik ini, tapi Allah detikkan rasa gembira seakan-akan berjumpa saudara yang telah lama terpisah.

                    Gambar : Pammukale, Turkey. Subhanallah, cantik sangat!

Di Istanbul juga, kami sempat bertemu dengan Kak Riza & Ustaz Wan yang kebetulan menghadiri Medical Conference di situ. Alhamdulillah, setelah hampir setahun tidak bertemu, Allah temukan kami di Istanbul. Seperti biasa, kami dilayan dengan begitu baik oleh Kak Riza dan ustaz, shopping sama-sama dan dapat makan seafood free di Istanbul J Di Pamukkale pula, kami bertemu dengan sepasang suami isteri yang meminta untuk bergambar bersama kami kerana gembira berjumpa dengan pelancong luar yang seagama dengan mereka. 

Moga setiap ukhuwah yang terbina ini akan dapat dibawa ke Jannah nanti insyaAllah. Moga sahabat-sahabat yang akan melancong juga, akan ditemukan juga dengan hamba Allah yang baik hati & dapat merasai kemanisan ukhuwah itu, insyaAllah.

Kerana manisnya ukhuwwah..

Makan setalam, tidur sebantal dan musafir sekenderaan, bersulam doa rabithah yang diaminkan bersama sejurus selesai melazimi al ma'thurat setiap pagi dan petang. Tersenyum bila ada yang berkongsi berita kejayaan, dimurahkan rezeki, berita bertukar status menjadi isteri ataupun ibu. Air mata bisa berlinang bila sahabat seperjuangan mengadu kesakitan, ditimpa musibah atau bakal berpisah buat sementara waktu. Ukhuwah yang manis tidak cukup dengan hanya bertegur 'Assalammualaikum' ataupun 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang mampu melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana pertemukanku dengan hambaMu yang istimewa, dikurniakan insan-insan yang berusaha melakarkan warna-warna kehidupan ini menjadi seindah pelangi.

Dari Umar bin Khatab ra, Rasulullah SAW mengatakan kepadaku, ‘sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah terdapat sekelompok orang yang mereka ini bukan para nabi dan bukan pula orang yang mati syahid, namun posisi mereka di sisi Allah membuat para nabi dan orang yang mati syahid menjadi iri. Para sahabat bertanya, beritahukan kepada kami, siapakah mereka itu ya Rasulullah? Beliau menjawab, ‘mereka adalah sekelompok orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, meskipun diantara mereka tiada ikatan persaudaraan dan tiada pula kepentingan material yang memotivasikan mereka. Demi Allah, wajah mereka bercahaya, dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut manakala manusia takut, dan mereka tidak bersedih hati manakala manusia bersedih hati.’ Lalu Rasulullah SAW membacakan ayat ‘Sesungguhnya wali-wali Allah itu, mereka tidak takut dan tidak pula bersedih hati.” (HR. Abu Daud).

Abadikan pertemuan di atas kasih sayang, ciptakan kejayaan di atas sebuah perjuangan, kukuhkan ukhuwah di atas keikhlasan, hanya kerana Allah SWT...   Ana uhibbuki fillah..
 

Sample text

Sample Text